23 November 2006

Ketoprak dan Es Doger

Pernah try Ketoprak? Pernah try Es Doger?

Menatang hape Ketoprak ngan Es Doger ni? Walaupun name dua ekor ni buruk dan horror.. sebnarnya mereka ialah nama makanan tempatan di Indonesia. Walaupun juga name die macam hape tah.. rase mereka juga sebnarnya sedap. Sedap tahap korang menjilat mangkuk Ketoprak ngan Es Doger.

Photobucket - Video and Image Hosting
Ketoprak yang penuh misteri

Ketoprak ni same je sebnarnya dengan Gado-gado. Kalau Gado-gado, ia sangat femes dan original di Jawa Timur, tapi kalau Ketoprak ni lebih meletup di Jawa Barat. Dan, rase dia lebih masin kalau nak banding Gado-gado.

Kalau nak membuat Ketoprak ni senang saje.. tak macam korang nak buat nasi minyak, nasi beriyani.. kalau masuk Malaysia, Ketoprak ni masuk kategori cekodok tahap membuatnya sebab gampang! *gampang di Indon ertinya senang dan mudah*. Setelah anda mencuba Ketoprak ni, anda akan berjumpa dengan potongan sayur-sayuran segar yang dipotong dadu, dam, catur semua ada.. lepas tu anda juga akan berjumpa dengan kekacang yang rangup dan crunchy and then anda juga tidak akan ketinggalan untuk berjumpa dengan tomato, potato, dan macam-macam toto lagi. Dan, jangan dilupakan, seperti yang anda lihat lam gambar yang dijepret oleh jurupoto amatur di atas, Ketoprak jugak pakai dressing yang sensasi, iaitu Kuah Kacang yang sungguh menakjubkan.

Amacam? Teruja dan ghairah tak? Walaupun, Ketoprak ni masuk kategori cekodok, dia jugak sebnarnya salah satu santapan berat warga Indon. Macam Nasi Lemak yang boleh buat korang macam Singa Masai tidur kekenyangan.

Photobucket - Video and Image Hosting
Es Doger yang erotik

Kawan suke Es Doger. Kalau kawan jadi juri pertandingan masakan, kawan sure kasi johan sape-sape yang reka Es Doger ni. Sangat genius sape-sape yang buat menda ni. Es Doger ni salah satu daripada es-es yang sangat masyuk di Indon ni. Perhatikan penggunaan kata 'salah satu'.. haha!

Es Doger ni kawan rase lah.. die berasaskan santan. Dalam tu ada roti-roti yang dipotong dadu.. buah-buahan yang segar import dan eksport yang juga dipotong dadu.. dan anda juga boleh request sama ada nak taruk tapai ke tak. Oh ya.. yang paling penting.. mesti ade ais batu.. Fuh!! Es Doger sangat menusuk kalbu... seolah-olah membelai setiap inci tunas-tunas rasa di lidah ko.. Rasenya yang manis menggoda dan sekali-sekala gigi ko menggigit kekenyalan jelly yang sangat montok.. membuatkan anda terbuai dalam dunia fantasi yang penuh berbeza. Over sangat ke kawan describe Es Doger ni?

Kawan rase tu lah saje persembahan kawan untuk kali ini. Semoga kalau korang datang Indon, jangan lupa mencuba mereka berdua ni. Dan, jangan lupa nantikan banyak lagi cerita-cerita menarik cuisine of Indonesia di masa akan datang. Haha!

notakaki::Aktivis Bul-kur, adakah korang surrender? Haha!

6 comments:

Nashrex said...

es doger? lawak giler nama...

gado2 tu apa ek.. aku cam pnah dgr je.. tapi ketoprak tu mmg x pnah dgr..


*ko mmg da jadi hindon!

Anonymous said...

cam menarik je makanan tuh...adeih..
terasa lapa da nih..

erk..nape sampai camtu skali dok describe pasal es doger

Kurt Kuden said...

nash, gado-gado tu mcm ketoprak aa.. ketoprak tu macam gado-gado a. haha! aku tatau aa nak describe camne.. hehe..
best woo jadi indonnnnn..

chii, cepat chiii datang indon!! kuden banje ketoprak!!! haha

Anonymous said...

gado² tu yg mcm mana eh..
sama mcm otak² ke
mau banjer..alerk..banjer tiket flight la br best

Chika Chika said...

aphal burok sgt nama? cam geli...

Kurt Kuden said...

chii.. kat msia gado-gado tu cam rojak pasembur.. haha!!

chikadior.. buruk?? buruk pun buruk aa.. asalkan sodapp..