15 December 2006

Kayakah Anda Bekerja Menyunat Orang? Haha

Kawan terima panggilan dari keluarga di Malaysia. Bapak kawan ialah bekas tok mudim sekitar 60-an hingga awal 80-an. Tiba-tiba bapak dengan serius dan bersungguh-sungguh suruh kawan serius dalam bidang 'menyunatkan' orang. Dalam erti kata lain, kawan berusaha untuk menjadi pakar sunat orang.

Kawan tak pasti dalam perubatan, 'pakar sunat' masuk dalam kepakaran apa. Bedah? Pakar sakit tuan? Kulit?*mengeluh*. Alasan utama bapak, anak buah kawan, Amir dan Abid yang baru bersunat Isnin kelmarin, masing-masing dicaj RM70 seorang.

Kalau seorang RM70, dan satu hari ada sepuluh orang yang mahu disunat, maknanya RM700 sehari. Kalau dalam seminggu ada 3 hari saja untuk bersunat, dalam sebulan sudah RM8400. Kadar kelahiran Malaysia sehingga Ogos 2006 sudah mencecah 22.86 per seribu populasi. Di Terengganu, jumlah populasi penduduk sehingga 2001 sudah mencapai 879 692. *pening*.

Paling pasti, kalau jumlah pendapatan sebulan boleh dikira sesenang ini seperti kita seorang sahaja dalam dunia ni menjadi doktor, mesti kawan antara manusia yang tercepat kaya di Malaysia*khayal*. Sayangnya, itu semua sekadar nombor dan statistik ialah sebuah fakta yang tidak semestinya tepat.

Kalau destinasi hidup kawan memang kerja 'sunat orang' *???* itu sudah rezeki kawan, paling memuaskan hati sendiri kawan dapat menyambung warisan keluarga (kerana arwah atuk kawan juga seorang Tok Mudim). Soal pendapatan yang dianggarkan oleh 'mathmatics idiot' seperti kawan memang terang-terang tak boleh pakai. Kalau boleh pakai, mesti semua orang mahu sunat orang, kan *???*.

Apa-apapun, kawan masih jauh lagi nak bergelar doktor. Semoga akan datang kawan bekerja bukan kerana duit. Paling tidak, bukan duit sahaja yang menjadi sebab kawan bekerja. Someday.

4 comments:

chii said...

waaaa..kirenye lumayan gak kan keje menyunatkan org nih..adeih
mahal nye sampai 70 inggit

KudeN said...

tu la.. mahal kan skadar nak potong kulittttttttt tuuuuuuuttttttttttttt.. hehe

chii said...

aiyaks, pasni kuden kalo ada klinik sendiri..jgn mahal2 sgt..ekekek

kujie said...

kak jie dah tak der anak yg nk disunat kuden....tak po la bile² ko dh jadi penyunat, kakjie wat iklan tampal kt tiang tepoh...msk yellow pages ....hehehehe