24 January 2007

Pesona Jawa Timur 3

Hari 3
15 Januari

Perut masih kosong, tetapi seawal jam 7 pagi kami sudah mula bertolak ke Kebun Raya Selecta.

Destinasi 4 - Kebun Raya Selecta

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Selecta
terbentang dengan hamparan rumput menghijau, pohon-pohon yang dipangkas rapi serta bunga-bunga cantik nan segar. Lanskap kebun bunga yang bagi kawan sangat mesra pengunjung dan juga mesra lensa. Dengan pengunjung yang tidak ramai pagi itu, kami tak perlu control macho untuk beraksi depan kamera. Siapa kata lelaki nampak tak sesuai di taman bunga? Haha! Kami serakus-rakusnya menghirup udara pagi Selecta tanpa menyisakan sedikit pun kerana kami tahu nikmat segar dan sihat di Selecta mungkin tak lagi kami temui di Jogja. Kami tak sia-siakan peluang yang ada. Keistimewaan Selecta terletak pada lanskapnya dan indah untuk dikunjungi, tetapi lupakan Selecta kalau anda memang tak mahu senaraikan pemandangan lanskap indah sebagai salah satu destinasi pelancongan anda.

Photobucket - Video and Image Hosting

Kami tak dapat menafikan walaupun kenyang menikmati udara pagi, perut kami sebenarnya masih perlu diisi dengan keperluan fisiologi. Berlokasikan bandar utama Batu, kami sekali lagi berkenalan dengan menu sarapan baru, Susu Madu. Queen Bee memang salah satu pusat produksi susu dan madu yang terkenal di Batu. Segelas susu lembu diaduk dengan madu menjadikan minuman sarapan kawan yang sangat manis. Tapi jangan bimbang, manis madu berbeza dengan manis gula dan kandungan gula dalam madu tak sama kandungan gula dalam gula yang kita ambil sehari-hari. Kawan semakin bersemangat menghabiskan susu madu apabila Anep bercerita tentang susu madu adalah salah satu diet Rasulullah s.a.w yang bukan sahaja sihat malah menyihatkan. Bagi yang kurang senang dengan rasa manis yang terletak pada skala maksimum, mungkin boleh datang untuk sekadar mencuba. Manisnya sedap.

Pak Lasimin membawa kami ke destinasi seterusnya, Agrowisata Petik Apel Kusumawijaya.

Destinasi 5 - Agrowisata Petik Apel Kusumawijaya

Photobucket - Video and Image Hosting

Kami masuk dengan pakej Rp27500 seorang yang menyediakan peluang menikmati memetik apel sendiri, percuma sebotol sari apel, dan hidangan makan tengahari istimewa dari Kusumawijaya. Kawan tak pernah meletakkan apel sebagai salah satu buah kegemaran kawan. Tetapi, ini tak bermakna kawan perlu sia-siakan peluang yang ada. Dengan penerangan dan bimbingan Mas Gigi, kami diberi peluang memetik 2 biji apel Manalagi yang segar dari pohon. Awalnya kami mengeluh, kenapa cuma 2? Tetapi, setelah makan 2 biji apel yang dipetik sendiri, memang kami dah mula get sick of it. No more apples, please! Baru 2 biji tapi kami rasakan semuanya adalah apel. Melihat ladang apel yang menghijau menutupi sebahagian besar kawasan Kusumawijaya, kami juga dibawa ke kilang produksi produk berasaskan apel seperti jus dan kerepek apel. Kawan dah bosan dengan apel. Destinasi terakhir di Kusumawijaya, kami menikmati hidangan istimewa nasi goreng apel dan jus apel. Not again. Kawan dah mabuk apel, tapi kawan terpaksa akui nasi goreng apel dan jus apel yang dihidangkan sangat sedap. Paling penting, mereka telah menutup rasa bosan kawan pada apel. Haha

Kami tak punya banyak masa untuk kembali ke kota Surabaya, memandangkan masih ada 2 tempat sekitar sana untuk kami singgah. Sebelum ke Taman Safari Indonesia 2, kami tak berputus asa untuk menyaksikan sendiri keindahan Air Terjun Coban Baung sekali lagi.

Destinasi 6 - Air Terjun Coban Baung

Objek wisata ini merupakan wisata alam yang memilik air terjun dengan ketinggian 100 meter, yang terletak di desa Purwodadi tepatnya di sebelah timur Kebun Raya Purwodadi, di lokasi tersebut dikelilingi hutan lindung dengan aneka satwa seperti kera, kijang dan lain-lain serta disediakan juga tempat berkhemah.

Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting

Trilion molekul air yang bebas terjun dari ketinggian lebih dari 100 meter memantulkan pemandangan yang luar biasa. Kami terpaku dengan betapa segaknya air terjun itu berdiri. Kami menuruni tebing yang masih beberapa meter jauh menghampiri curahan air terjun tersebut. Melewati jalan-jalan yang berliku dan dibasahi titis-titis keringat yang memercik, kami dapat dengar air sungai yang mengalir. Kami tiba dan berdiri beberapa meter dari air terjun. Cahaya matahari yang masih tegak berdiri membiaskan gambar yang menakjubkan sambil sang pepatung bebas terbang berputar-putar di permukaan air. Kawan terpana dengan betapa indah perkara yang berlaku di depan mata kawan. Kawan akui kawan hampa sebab tak dapat mandi melihatkan kondisi air yang deras, dalam dan tak terduga. Malah, yang ada di situ cuma kami berlima, tiada orang luar dan tiada penjaga keselamatan. Bagi mengelakkan apa-apa yang tak diingini, kami memutuskan untuk sekadar menikmati sekonyong-konyongnya peluang yang ada dengan melihat air terjun luar biasa hebat dari jarak terdekat yang pernah kawan alami. Momentum air yang kuat jatuh menghempas sungai yang lebih rendah memberi kami peluang menikmati titis-titis air yang terpecik ke wajah kami. Puas.

Destinasi 7 - Taman Safari Indonesia 2

Merupakan Lembaga konservasi Ex-situ dan objek wisata Nasional yang terletak di kaki Gunung Arjuno berketinggian 800 hingga 1500 meter dari paras laut. Udaranya sejuk suhuhnya 24-25 darjah celcius pemandangannya indah mudah dijangkau hanya 1 jam dari Surabaya. Sebagai pusat suaka marga satwa seluas 340 hektar dan dibagi 3 zona, yaitu zona satwa tempat wisatwan menyaksikan kehidupan satwa liar di habitat aslinya alam bebas. Zona rekreasi tempat yang menyuguhkan berbagai atraksi yang dikemas dalam education through entertainment dan permainan ala dufan. Zona baby zoo tempat yang memberikan kesempatan kepada wisatawan untuk dapat lebih dekat dengan anak-anak satwa liar untuk bermain atau berfoto.

Kawan tak nafikan inilah destinasi yang paling kawan teruja. Kawan perlu imej baru dalam kotak memori kawan tentang hidupan muka bumi ini setelah 2 dekad kawan cuma menatap lembu, kambing, ayam, kucing. Haha! Jangan bimbang, kawan masih pencinta binatang. Yek mengemudi kereta sementara merentas Taman Safari di mana anda akan dibawa berkenalan dengan haiwan dari Afrika, Amerika dan Asia yang bebas berkeliaran tanpa sebarang objek menghalang seperti pagar. Barulah kawan kenal siapa encik Ilama, tahu menyebut bison dengan sebutan Bai-sen, melihat maskot Indonesia, biawak komodo secara langsung dan beberapa aksi mengawan haiwan yang sering kita temui dalam saluran 51 dan 52 di Astro. Juga satu lagi pengalaman berharga kami di sini, kereta yang kami naiki, tiba-tiba enjinnya mati di tengah-tengah tempat lepak kuda belang, burung unta dan rusa. Seperti biasa, kawan panik takut-takut gajah datang melintas dan memijak kereta. Kawan bayangkan betapa nipisnya mayat kami waktu itu. Tetapi, mujur penjaga Taman Safari secara kebetulannya muncul dan membantu. Akhirnya, kami siap menghabiskan lawatan kami petang itu.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Kami langsung menuju kota Surabaya dan mencari tempat menginap untuk malam terakhir di Jawa Timur. Memangnya, kredibiliti Pak Lasimin bukan sekadar seorang supir. Dengan bantuan adiknya yang bekerja di Pertamina, kami berjaya menyewa bilik yang besar di Mes Pertamina, Surabaya dengan harga Rp195000 satu malam. Biliknya lumayan selesa untuk kami berlima. Pelbagai pengalaman yang mengesankan di hari ketiga, mendorong kawan untuk lebih cepat tidur. Kawan tertidur saat Non dan If masih asyik menonton The Matrix di tv.

-bersambung...

3 comments:

Anonymous said...

destinasi hr ke-3 sgt menarik..lgik2 kt kebun raya selecta ngan Agrowisata Petik Apel Kusumawijaya..jeles nya

Kurt Kuden said...

hehe.. kuden punye gamba posing2 lagi aa best! haha! kalau chii tgk sure muntah. haha

Anonymous said...

buh la kt sini..drpd nk tunggu hapdet..baik letak dulu gambo2..yg menarik je ar