22 February 2007

Ghazal Untuk Kuden (feat Bioskop Hokkuden-Ghost Rider)

Kawan suka. Kawan dah tak sakit kepala lagi. Kawan rasa sangat best walaupun kawan tahu satu minggu dari sekarang kawan akan sakit kepala lagi. Sebab apa kawan sakit kepala lagi? Sebabnya, kawan ada ujian block 10 - musculoskeletal system dan repeat paper Anatomy dalam masa satu minggu lagi. Repeat paper Anatomy? Iyer.. kawan repeat paper Anatomy sebab masa ujian Anatomy hari tu kawan jawab !#$@#$%@#%#^$% atas kertas jawapan. Ahaks! Kawan suka! Kawan suka!

Ujian-ujian gak, karaoke jangan dilupakan. Kenapalah pusat karaoke kat sini takde lagu Ghazal Untuk Rabiah? M. Nasir tak cukup internasional ke? Dush! Kawan tak suka! Kawan tak suka!

Korang dah tengok Ghost Rider? Filem yang diadaptasi dari komik keluaran Marvel? Alaa.. Filem yang dilakonkan oleh Nicholas Cage tua gayut dan Eva Mendes yang hot terutama kat ...... Kat mana? Mana-mana lah..

Dah tengok belum? Kalau belum mari baca ulasan filem Ghost Rider ni bersama kawan. Nanti korang fikir nak tengok ke tak.



Judul:: Ghost Rider
Pelakon:: Nicholas Cage, Eva Mendes
Genre:: Aksi komik tahyul kejam ganas rakus
Pengarah:: Mark Steven Johnson

Sinopsis

Tersebut alkisah ada seorang superstar motorcycle stunt yang bernama Johnny Blaze (Nicholas Cage) telah sign kontrak dengan Syaitonnnnn demi melindungi bapaknya dari mati akibat kanser.

Seperti yang termaktub dalam kontrak JB ngan Setan tu, bapak JB mati lah jugak, dah nama ajalkan, nak buat macamana. Kalau Tuhan nak kata mati, mati lah jugak kan. Yang istimewanya, JB ni pulak dapat power yang sangat hebat. Die rempit la macamane pun, jatuh la tinggi mane pun, kene gilis di lori ke, di kereta kebal ke, JB ni tetap gak idup. Tak mati-mati. Yelah.. ajal mautkan di tangan Tuhan. Tapi, benda ni sangat meresahkan JB dan akhirnya JB dapat tahu bahawa dia masih lagi terikat dengan kontrak dengan Si Setan tu. Bahawasanya JB kena pergi bunuh Setan-Setan lain yang kononnya jahat. Tapi Setan yang buat perjanjian ngan JB pun jahat gak, dan Setan yang JB nak bunuh ni pun jahat gak. Ape ni? Yang mana satu Jahat ni? Tak paham! Setan betul!Alaa.. Semua name Setan lam cerita ni pokoknya semua jahat lah. Nama pun Setan kan. Ade ke Setan baik?

Ok.. ok.. sambung. Dalam misi si JB nak bunuh Setan-setan ni dia pun ada gak konflik dengan first love dia zaman budak skolah menengah dulu-dulu, namanya Roxanne (Eva Mendes). Roxanne ni sangatlah cantik, kerja sebagai pembaca berita. Dah la cantik, seksi. Kena sangatlah karier dia sebagai pembaca berita. Kalau pakai baju tu, mesti tak nak butang kat atas-atas, mesti nak tunjuk lurah dendam dia. Eeiii.. Kawan tak suka. Ahaks

Ok sambung lagi. So nama pun misi nak bunuh Setan kan. So, mesti la ada bunuh-bunuh Setan. Jangan tak tau, kalau time malam JB ni leh jadi tengkorak berapi. Haa.. Tu la kostum dia. Ghost rider tak perlu pakai brief kat luar seluar dia atau nak pakai topeng apa ke.. sebab memang power dia terus berubah seluruh anggota badan jadi tengkorak berapi. Pastu, motor dia pun siap dapat power tau. Power motor dia memang boleh buat mat mat rempit seluruh alam maya telan air liur nengok JB a.k.a Ghost Rider ni rempit.

Dah nama hero kan, Ghost Rider ni pun dengan tali berapi, tumbukan berapi dan macam-macam api lagi bunuh la seekor demi seekor Setan yang jahat tu. Ending dia? Ending dia tu lah, semua Setan telah mampus dibunuh oleh Ghost Rider. Ahaks. Terspoil cerita lah pulak.

Pandangan Kawan

Takde pandangan. Sebab cerita ini sangat tak best. Sangat rugi untuk ditonton dengan semangat nak tengok wayang sebab dah lama tak tengok wayang.

Kawan kadang-kadang agak meluat dengan akak Eva Mendes yang kadang-kadang overdose punya gedik. Tolong lah kak, kawan rasa akak tak cukup hot lagi nak goda saya.

Nicholas Cage pulak kawan tak tau nak komen apa dan kenapa dia berlakon cerita ni. Mungkin sebab Keanu Reeves yang berjaya dalam Constantine, lantas Nicholas Cage pun nak lah buktikan jugak dia pun leh berlakon cerita adaptasi komik jugak. Ahaks! Suka ati kawan je buat spekulasi.

Efek dia kawan kategorikan biasa je. Dah la 3 ekor Setan yang mampus tu cikai gila. Tak horror langsung. Wat malu keturunan Setan je. Ptuih!

Overall, kawan rasa cerita ini sangat tak best. Hak hak!
Yolah..tadi kata takde pandangan. Haha

Rating::5 bintang daripada......daripada... daripada.. 10000000 bintang. haha

Tahap wajib tonton?::Kawan dah cerita ending dia, so baik korang takyah perabih duit gi nonton. Simpan duit wat gi umrah atau haji ok.

notakaki::kawan sebenarnya banyak cerita best-best nak share dengan korang, tapi tiap kali nak tulis mesti ada halangan. Tapi bila kawan nak start kutuk dan mencarut cerita yang tak best seperti Ghost Rider ni, laju la pulak. Banyak je peluang. Sialan

2 comments:

mohdismail said...

eh...
tak best ye citer ghostrider ni?
huu

KudeN said...

tak tengok anda tak akan menyesal. haha..
tapi ade je kawan aku cakap cite ni best.. eeee