21 February 2007

Manusia itu cuma Manusia

Photobucket - Video and Image Hosting

Kawan sakit kepala. Kawan rasa nyutttt nyutttt kat seluruh kepala kawan. Kawan dah ambil paracetamol, tapi setakat ni tak ada apa-apa perubahan lagi. Dalam sakit-sakit kepala sempat lagi engkau tulis blog. Haha ~ Lantak

Tetapi sekarang ada beberapa senario membuatkan kawan berfikir

  • Doktor yang sakit, pasti dia perlukan doktor untuk mengubatinya
  • Pelawak yang sedih, dan pasti dia perlukan pelawak untuk hiburkan hati
  • Peguam yang disabitkan kesalahan undang-undang, pasti perlukan peguam untuk membelanya

Sangat jelas untuk kawan simpulkan manusia sangat tidak sempurna. Kawan percaya bahawa walau beratus-ratus kali anda mengamalkan prinsip, 'practise makes perfect', kawan yakin kesempurnaan yang anda cari takkan anda, sebab 'nobody is perfect'.

Senyum. Ketidak-sempurnaan itu sifat manusia dan itulah alasan kenapa kita harus meminta maaf dan memaafkan. Ingat, jangan jadikan alasan ini untuk tidak berusaha, sebab berusaha untuk lebih baik dari semalam adalah sifat tamadun manusia. Nikmat kemajuan kita nikmati hari ini adalah semangat mereka yang faham erti manusia tidak sempurna dan berusaha untuk membaiki diri untuk lebih baik. Sakit kepala kawan jadikan kawan sangat mengada-ngada untuk berceramah. Bosan! Kawan sakit kepala lagi!

Dan sampai bila-bila, Kesempurnaan adalah hak Tuhan.

Photobucket - Video and Image Hosting

No comments: