15 February 2007

Limau sakti

Kawan dah lama nak cakap dalam blog pasal ni. Tapi sebab banyak sangat hal few days back, kawan terpaksa tangguh. Pasal apa? Pasal salah satu mentera yang kawan baca dalam buku masa lepak kat Coffee Break minggu lepas. Kawan dah ingat tak ingat tajuk buku tu, tapi dia pasal cara-cara nak jadi ahli sihir. Haha. Bunyi cam sial kan? Memang judul buku tu macam tu, tapi content dia yang sebenarnya sangat positif dan bermotivasi. Mesti korang tak paham kan apa kawan cakap ni kan? Lantak. Salah satu sihir yang menarik nafsu membaca kawan untuk baca ialah pasal Limau Sakti.

Limau Sakti ini sangat berfaedah digunakan dalam kelompok atau kumpulan-kumpulan kecil. Contohnya dalam tiba-tiba dalam kelompok korang ada masalah sampai semua orang macam bengang antara satu sama lain. Ataupun, tiba-tiba korang rasa ada something wrong happens dalam kumpulan korang menyebabkan semua orang jadi senyap tak cakap banyak. Takpun, tiba-tiba korang rasa tak best dengan group members korang. Ha.. pernah kan? Jadi apa lagi, teruskan membaca!

Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah sebijik limau biasa.

Cara-caranya:-

1. Genggam limau tu dalam tangan korang.

2. Sambil menutup mata, korang harapkan benda-benda yang positif.

3. Ketuk limau atas meja 3 kali

4. Kopek limau

5. Bagi-bagikan setiap ulas limau tu kepada semua orang sambil tersenyum ikhlas.

Hurm. Sweet

Ajaib tak? Tiba-tiba lak kawan rasa benda ni biasa saje. Tak menarik langsung. Hari tu time baca macam menarik. Tapi hari ni cam dah tak menarik. Peduli lah. Asalkan kawan suka. Haha

2 comments:

jimi said...

Bagus catatan blog saudara. Dan pengembaraan cantik dan sangat natural. Akan saya datang lagi menjenguk.

KudeN said...

jimi, makasih.. hehe.. datang jangan tak datang