17 March 2007

Cerita Geli Ketiak

Jom kita bercakap pasal topik yang menggeli-gelemankan ketiak kita nak? Topik yang buat kita rasa cam nak muntah. Jom!

Topik apa? Topik cinta. Hik hik hik. Kawan pun dah start garu-garu ketiak ni. Hik hik

Bukan apa, semalam kawan masuk dan join group sekolah kawan yang khas untuk budak-budak SPM2002 dan PMR2000. Tengah-tengah baca discussion board tu, tuppppp terpandang kat satu muka ni. Familiar sangat. Rasa macam pernah tengok. Rasa macam pernah ada hubungan (hubungan apakah itu?). Humm.. Pikir punya pikir.. Rupanya itu adalah tuttttttttttttttt... Haha Deja-vu sangat.

Kalau korang semua nak tau, Mis Tut ni lah first time kawan ada gelpren. Hik hik hik. Geli tak? Tak ada lah gelpren sangat pun. Kawan pun tatau macamana jadik gelpren. Sebab masa tu kitorang form 2 dan duk satu kelas. Ko jangan tak tau, sesengal-sengal kawan pun, time form 2 dulu kawan adalah seorang ketua kelas. Kawan berkaliber tau. Masakan tak berkaliber kalau kelas kawan pernah menang kelas tercantik 3 bulan berturut-turut. Penat aku turun naik stage time assembly. Haha! Cukup! Kawan lagi geli ketiak puji diri sendiri.

Ok, berbalik pasal topik geli ketiak ni, Mis Tut ni pulak penolong kelas kawan. Jadi, atas urusan pentadbiran kelas, kitorang selalu sangatlah berhubung-hubung. Alaa.. kira rapatlah jugak. Lepas saje menang kelas tercantik, tiap-tiap minggu kelas kawan asyik hias kelas. Dah jadi rupa kelas tadika pun ada kawan tengok kelas kawan time tu. Seronok tau hias-hias kelas ramai-ramai. Gelak ketawa ramai-ramai, aku tolong ko, ko tolong aku. Aku terpegang ko, ko terpegang aku.. Opss! Yang ni kawan bergurau je k. Kitorang sekolah agama mana boleh pegang-pegang.

Nak dijadikan drama, pada masa yang sama, adalah batchmate kawan ni suka kat Mis Tut ni. Kawan time tu takde apa-apa perasaan pun kat Mis Tut. Bila sabahat kawan ni cakap dia suka Mis Tut, kawan cakap no hal la kalau nak tolong. Kawan masa tu suka sangatlah kalau jadi posmen orang ni. Sahabat kawan ni tulis macam-macam tau betapa dia suka dan cinta kat penolong kawan tu. Kawan pun betapa suka lah jugak menjadi orang tengah ni. Kawan suka tengok orang-orang bahagia ni. Tapi, panas ke petang yang kawan dan sahabat kawan harapkan tu rupanya ada hujan di tengahari. Penolong kawan tu rupanya tak suka kat sahabat kawan. Mis Tut tu depan-depan kawan cakap tak suka kat sahabat kawan. Kawan pun balik dorm, cerita lah kat sahabat kawan, betapa ko dah direject hidup-hidup oleh Mis Tut. Kesian gila dekat sahabat kawan. Terus jadi rupa tak tentu arah. Kawan dapat rasakan aura kesedihan sahabat kawan tu. World lah jugak aura dia masa tu.

Korang ingat tak, masa kawan form 2 waktu tu adalah tahun 1999. Time tu filem-filem Bollywood tengah meletup-letup kat Malaysia. Semua orang waktu tu gila-gila nak tengok Hindustan. Kawan kan up-to-date, so, masa tu kawan pun sama-sama mengikuti arus kemajuan time tu dengan jadi seorang yang sangat gila cite hindustan *up-to-date lah sangat.. haha*. Ko cakap apa cerita hindustan time tu yang tengah top, semua kawan tengok. Kalau tak ada vcd hindustan kat Mydin, kawan pergi cari dekat pasar-pasar malam. Kaset-kaset lagu hindustan adalah berkeping-keping kawan beli. Terkumat-kamit kawan mengapal lirik hindustan time tu, walaupun sepatah haram pun kawan tak paham. Adalah jugak beberapa kawan paham, tapi lagi banyak yang tak paham lah. Ntah apa lirik tu puja tuhan apa tah pun kawan tak tau, kawan main hapaalllll je. Kawan punya feveret actor masa tu Shah Rukh Khan, kalau actress kawan suka Kajol. Kawan suka sangat mereka berdua ni, semua filem-filem lama dia kawan beli. Balik cuti weekend, melangut lah kawan mengadap tv tengok cd hindustan. Kalau movie feveret kawan dan sampai sekarang pun kawan still suka ialah Kuch Kuch Hota Hai. Haha! Kawan punya hardcore minat sampai berpuluh-puluh kali kawan tengok. Siap boleh hapal time bile Rahul Khanna batuk dan time bile Anjali Sharma bersin. Hardcore tak hardcore kau.

Kawan punyalah fanatik dekat Kuch Kuch Hota Hai time tu, sampai kan dekat e-mail kawan pun kawan taruk nama Rahul. Haha! Korang jangan gelak, kawan pun taktau kenapa kawan boleh terkonfiden itu buat email Rahul. Tapi tu email masa dulu la. Sekarang dah tak wujud email tu. Dah tak aktif bertahun-tahun dah. Korang tak payah pengaruh kawan untuk tulis nama email tu. Eeeeii.. gelinye ketiak aku.

Ok, berbalik pasal Mis Tut pulak, selepas berbulan-bulan kawan jadi ketua dia dan dia jadi penolong kawan, maka timbullah perasaan untuk 'lebih dari kawan' tu. Kawan kan gila hindustan, so mula lah kawan bayangkan perasaan kawan tu macam dalam cita hindustan. Ada pokok, ada padang rumput, ada gelek-gelek, satu kelas menyanyi dan menari. Haha! Sangat terpengaruh. Kawan pun apa lagi, tulis lah surat. Kau tau apa kawan tulis dalam tu? Kawan tulis lah Mis Tut ni macam Anjali Sharma dalam Kuch Kuch Hota Hai, cantik dan membuatkan kawan rasa ingin berkenalan dengan lebih dekat lagi. Pastu kawan taruk cincin yang kawan beli kat pasar malam. Saiz jari kawan pulak tu. Terang-terang cincin tu besar gila dekat jari Mis Tut kawan tu.

Walaupun kawan seorang posmen dan selalu sangat jadi orang tengah, tapi bab-bab nak luahkan perasaan sendiri, kawan tak berani. Kawan upah classmate kawan untuk bagi surat tu. Perasaan kawan time tu, kawan tak tau nak describe macamana. Berdebar-debar.

Rupa-rupanya kawan punya nasib sangat baik. Mis Tut approved kawan. Kawan suka gila. Yang kawan sukanya, Mis Tut ni pulak melayan kawan punya Rahul Anjali segala macam tu. Kalau dalam surat nama kawan jadi Rahul, nama dia jadi Anjali. Lepas pada tu selalu sangatlah kitorang tukar-tukar surat. Dia pun ada kasi hadiah music box dekat kawan dan atasa music box tu ada tulis Rahul dan Anjali. Hik hik hik.. Dalam kelas, kitorang profesional, tak ada dating-dating ke ape ke. Hehe.. sebenarnya bukan profesional pun tapi dua-dua orang segan. Dua-dua malu nak start dulu. Seingat kawan ada sekali saje kitorang date tu pun kat tangga sekolah. Jauh-jauh pulak tu. Dua-dua pun malu nak lebih-lebih. Kawan rasa lagi banyak sengih-sengih dari bercakap. Tup-tup dah habis time dating.

Kalau ko bercinta kat skolah ni, mestilah satu sekolah tau kan. Bukan saje kawan-kawan ko, malah dengan cikgu-cikgu pun boleh tau. Guru kelas kawan time tu seorang ustazah, dia mengajar bahasa arab. Ustazah ni baik sangat. Kawan tak tau macamane nak describe. Sangat baik. Hardcore punya baik. Dan perhubungan monyet kawan dengan Mis Tut ni dihidulah oleh Ustazah kawan ni. So, dia pun panggil lah kawan masuk bilik guru dan nasihat kat kawan. Dan sampai sekarang kawan still ingat ayat dia, "Khairudin, jaga diri.. jangan main api.. kelak bakar diri kita sendiri" Sampai sekaran kawan ingat nasihat ustazah tu. Mis Tut pun kena panggil di Ustazah tapi sesi yang berlainan lah.

Tapi kitorang still degil. Still buat bodoh. Kalau balik cuti weekend, kat rumah gayut-gayut kat telepon. Korang sendiri boleh bayangkan macamna kitorang time tu. Haha. Kawan waktu tu bahagia lah jugak. Sampai malas lah nak pikir matematik, sejarah, geografi semua ni. Sebab ko dah bahagia, so taknak lah pikir benda-benda tak bahagia ni. Jawabnya markah ujian bulanan ko pun bahagia sekali nak dapat C, D semua. Haha!

Kawan pun tak tau berapa lama bahagia kitorang bertahan sampailah kawan dapat call dari classmate kawan ni yang jugak seorang sahabat Mis Tut. Dia sampai berita yang sangat meluluhkan hati dan perasaan kawan. Bahawa, Mis Tut mintak putus. Dah tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan kawan. Semuanya berlaku tiba-tiba. Bila kawan tanya sebab apa, teman kawan tu cakap Mis Tut nak belajar. So, apa yang kawan boleh buat. Kawan terima je lah berita perpisahan ni dengan hati yang sedih. Semuanya macam zuuuupppp dan ambil semuanya. Kawan tak tahu apa sebab sebenar tindakan Mis Tut time tu. Kawan cuba tanya dia sendiri tapi, Mis Tut still buat dono je. Mula-mula rasa macam tak boleh terima lah dengan keadaan tu, lama-lama sebenarnya tak ada apa sangat lah pun, kawan rasa tak ada apa-apa dah. Kadang-kadang kawan rasa kawan pun lebih-lebih buat sedih pun ada, konon-konon cam cite Hindustan lah. Mungkin cinta time umur tu, so apa yang ko expect sangat kan. Tapi kawan belajar something yang best lah jugak di sebalik kisah ni, ialah seperti ayat dalam Kuch Kuch Hota Hai dan yang Mis Tut pun suka iaitu ‘Pyar.. Dhosti’, ertinya cinta itu adalah persahabatan. So, kawan rasa sekarang tak yah fikir sangat, bersahabat dulu dengan semua orang. Bersahabat seikhlas mungkin. Insya-allah, ada jodoh ko di mana-mana, korang bertemu lah dengan siapa-siapa. Nanti bila dah sampai waktunya, you will know you are in love, when kuch kuch hota hai *something is happening in your heart*.

Uwek! Uwek! Kawan nak muntah, geli!!!!

So, sekarang korang dah tau rahsia ke-4 dan ke-5 kawan,

Rahsia ke- 4-Kawan punya first love time form 2

Rahsia ke-5-Kawan seorang kaki Hindustan

Kawan stop dulu, kita jumpa lagi.

Daaa

notakaki::kawan akan berjanji untuk berusaha tidak mengutarakan topik-topik geli ketiak ni. Uwekkkkkkkkkkkk!!!!

3 comments:

Anonymous said...

slalunya yg minat hindustan ni ala² romantik sket..alalala...x sangka eh..
so skrg ni still hardcore lgik ke..
KKHH mmg sgt best..satu2 nya citer hindi yg chii ske tgk sampai skrg selain Dil to pagal hai..lalala...

Anonymous said...

kontras betul la kita ni..kakjie langsung tak suka cite² industan ni...fantasi berlebihan..airmata berlambak-lambak....filem pjgn sgt..kebas montot tapi dah tau ending dia mcm mana..hahahaha...spoilkan mood kuden nie..

cinte monyek yek yek ye dolu2 tu....advance tu form 2 dh ade awek.

Kakjie baca entry ni pun bersimpang siur mcm skrip pilem industan..hahaha.siap imagine nyanyi2 golek2 kt kebun bunge super impose

*commercial break* kunyah kacang cap tangan nak tunggu entry seterusnya...

Kurt Kuden said...

Chii, hiks romantik? Euwwww.. Tak langsung. hey, better not to talk about it la.. haha! Padahal kuden yang kuarkan topik ni.. Hiks

Kak Kujie, sebab kita kontra lah macam best jadik gang kan? Hehe.. lagi byk leh argue,lagi banyak leh sembang. Hehe..