01 March 2007

Dapur Hokkuden::Cucur Kids Perisa Strawberi

Apa khabar semua? Semoga semua sihat-sihat belaka.

Ok, hari ini kita masuk ke dapur dan memasak. Memasak? Ya, kita hari ini akan memasak Cucur Kids Perisa Strawberi. Hurm... Kedengaran lazat bukan? Jadi apa lagi, ambil pen dan kertas dan salin apa yang akan kawan terangkan nanti.


Photobucket - Video and Image Hosting
macam ni lah rupe bungkusan dia..

Cucur Kids Perisa Strawberi


Bahan-bahan yang diperlukan

1. Tepung Cucur Kids Perisa Strawberi.
Kalau takde ni takpe, korang beli je tepung gandum, gula dengan strawberi, pastu gaul kesemuanya sehingga sebati. Ahaks. Main belasah je aku.

2. Minyak goreng secukupnya.
Kalau takde minyak, nak goreng pakai apa? Pakai air boleh? Common sense, ok

3. Air masak.
Sepaket 120g tepung bersamaan dengan 75ml air iaitu sama dengan setengah cawan. Jangan sekali-sekali mengamalkan konsep kedekut dengan menggunakan sekendi air untuk sepaket tepung. Walaupun korang akan dapat buat banyak cucur, tapi rasanya sangat pahit. Seolah-olah korang mengunyah tepung idup-idup. Tawar tak rasa apa-apa. Cucur korang akan jadi Cucur Kids Perisa Air Masak. Oh ya, silalah gunakan air yang sudah di masak atau sudah di suling. Janganlah guna air paip. Sedangkan ikan pun boleh mampus berenang dalam air paip yang kaya dengan zat klorin, apakan pula kita manusia ni. Jadi, masaklah air anda pada suhu 100 darjah celcius.

4. Mangkuk untuk gaul.
Mangkuk di dapur sahaja dibenarkan, mangkuk jamban dan mangkuk hayun dilarang keras. Kalau tukang masak tu dah mangkuk hayun, nak buat camne. Itu dibolehkan.

5. Kuali untuk menggoreng.
Kalau korang jenis tak dengar kata, degil dan dah banyak kali orang nasihat tapi tak reti-reti bahasa nak mendengar, korang boleh jugak menggunakan telinga korang untuk tempat menggoreng. Nama pun telinga kuali kan. Haha

6. Sudu untuk membancuh dan membentuk cucur.
JANGAN GUNA JARI untuk membancuh. Kawan dapat bayangkan kuku-kuku jari yang hitam nan berdaki. Euww

7. Senduk untuk menggoreng.
Kalau korang gagah perkasa, pakai tangan pun tak apa. Tapi jangan pakai kaki ok. Walaupun Kirk Hammet pernah menggoreng pakai kaki, pakai gigi tapi itu ialah untuk menggoreng gitar bukan untuk menggoreng cucur. Kalau korang degil gak nak pakai gigi, cubalah. Kalau melecur muka korang jangan cari kawan ok.

Cara-cara

1. Sebelum kita mulakan apa-apa, korang on-kan radio dan pasang lagu Joget Dimanalah Jodoh yang dipopularkan oleh Ali Mamak sambil memasak cucur ni. Ye lah, orang cakap kalau kau nyanyi sambil masak nanti kawin orang tua. Macam best je. Walaupun lagu ni menceritakan tentang Ali Mamak yang bujang terlajak dan nasib suwey tak dapat-dapat jodoh, kawan rasa sangat sesuai dengan masa depan korang nanti yang berkemungkinan besar kawin dengan warga emas. Lucu tau lagu ni, boleh lah korang masak sambil terngilai-ngilai tersembur air liur masuk lam cucur korang. Opss!

2. Jangan lupa panaskan minyak dengan api yang sederhana. Kalau nak rasa cucur strowberi perisa arang, bukak lah api besar-besar. Silap hari bulan dengan korang-korang yang jadi arang.

3. Bancuhkan cucur tepung cucur dengan air yang kawan dah story kat atas tu berapa banyak.

4. Apabila minyak cukup panas, masukkan bancuhan cucur mengikut saiz yang anda suka menggunakan sudu. Di sini terserah kreativiti korang nak buat saiz dan bentuk apa. Korang nak buat kereta kebal ke, menara KLCC ke, monorel ke, lembu ke, suka hati korang lah korang nak buat bentuk apa. Saiz pun terserah korang, nak buat kecik-kecik macam dot dot dot kambing ke, sederhana kecik ke, besar-besar ke atau sebesar alam di mana korang campakkan saje semua bancuhan tu ke dalam kuali, terserah anda. Anda yang bijak menentukannya.

Photobucket - Video and Image Hosting
sangat susah untuk ambik gambar goreng-goreng sambil minyak panas melepuh-lepuh ke muka anda

5. Digoreng sehingga masak (kemerah-jambuan), angkat dan toskan. Ingat, kemerah-jambuan ye, jangan sehingga kehitaman. Kalau tak merah-merah jambu gak, korang cek lah balik bungkusan cucur korang. Ntah-ntah korang silap beli perisa.

Tadaaa!! Dah siap pun cucur kita. Cepat dan senang kan? Tapi, korang jangan makan dulu! Korang masukkan cucur-cucur strawberi yang siap digoreng itu ke dalam tupperware dan tutup dengan rapat. Kemudian bawalah ke tempat kerja, kelas ataupun mana-mana ada teman-teman korang. Kemudian jemputlah mereka menikmatinya dengah lahap sekali. Setelah beberapa jam setelah mereka makan, dan tiada kes keracunan makanan atau mati sebab makan cucur korang, maka Cucur Kids Perisa Strawberi korang tu selamat di makan. Walah!

Photobucket - Video and Image Hosting
pesal kaler dia semacam?

Selamat Mencuba!

5 comments:

Anonymous said...

s=yg cucur adabi tu eh..
alaaa..pic x kuar plak

Kurt Kuden said...

a`ah.. lupe nk kasi kredit kat adabi. ahakss

Anonymous said...

cam menarik je...bleh ar try test pasni

Anonymous said...

kuden....erkk..guna tangan la..guna sudu tu dh tak der perasan tambahan..tk caye tanya emok ko kt kg.....tu baru org ckp..sedap sbb air tangan mak..tu la salah satunya

Kurt Kuden said...

chii, silahkan cuba try test k. ahaks

kak kujie, a`ah la.. air tangan mak sgt best. ok la. kuden accept pakai jari mak je.. pakai jari org len.. no way.. puhleaseeeeeee