03 April 2007

Bioskop Hokkuden - A Very Long Engagement

Iyer, review filem lagi. Matilah kawan, mak bapak antar belajar jauh-jauh suruh jadi doktor kat Indon, kawan duk sini siang malam tengok vcd saje katenya. Lepas tu buat review lah bagai macam ko duk sini belajar kursus perfilemankan? Hiks. Mental.

Hari tu filem Italy, hari ni filem Perancis. Konsep world kata kan. Semua bahasa filem pun kawan nak review kan. Lepas ni tatau filem bahasa apa lah pulak mamat gila blogging ni nak review kan? Hiks. Mental.

Orang lain berebut-rebut nak buat review filem-filem terbaru ditayangkan. Kalau hari ni premiere, pagi esok terus dah keluar review kat blog. Kawan pulak orang dah nak muntah muak tengok movie tu, baru lah terhegeh-hegeh buat review kan? Cite dah nak berdebu penuh sarang labah-labah sejak dari taun 2004, baru lah terkinja-kinja nak review bagi sinopsis macam akulah orang pertama yang tengok cite ni kan? Hiks. Mental.

Yes everibadi, I m mental.

So wat gitu lohhhhhhhhhhhhh...

Hiks. Takde kaitan langsung kan? Sebelum kawan merapu meracau-racau pastu mencarut tak tentu pasal, baik korang teruskan sajer membaca review Un Long dimanche de fiancailles di bawah. Huh! Nah kau, terbelit-belit lidah kau membacanya. Sebelum tu meh kita uji korang punye tahap twisted tongue ability, cuba bace ni..

Ujuersad Dased dekude, krustisyhu ngewberwetwe quewr tsute mhuti haktuih

haa............. amacam? dah putus belum urat lidah korang? macamana lah nak sebut ayat kat atas tu kan?

Sebenarnya, cara dia senang saja. Tak payah susah-susah nak baca sebab kawan main taip je sambil tutup mata. Kawan pun tak tau apa kebenda kawan taip tu. Hiks.

Okey!! Review time!!!!

Judul::Un Long dimanche de fiancailles (A Very Long Engagement)
Pelakon::Audrey Tautou, Gaspard Ulliel
Genre::Perang, Drama
Pengarah::Jean-Pierre Jeunet

Sinopsis

5 tentera Perancis telah dihukum bunuh sebab mencederakan diri sendiri ketika awal World War I. Kesemua mereka mempunyai latar belakang yang berbeza dan yang paling muda antara mereka adalah Manech (Gaspard Ulliel). Malangnya, sewaktu peperangan berikutnya di 'no man's land' antara Jerman dan Perancis, kelima-lima mereka ditembak.

Tunang Manech di kampung, Mathilde (Audrey Tautou) menerima kotak berisi barang-barang milik mereka berlima setelah perang berakhir. Tetapi, intuisi Mathilde yang kuat mengatakan bahawa Manech masih hidup selagi dia tak melihat mayat Manech.

A Very Long Engagement bercerita tentang usaha yang tanpa mengenal erti noktah Mathilde menjejaki tunangnya Manech dan kisah bagaimana latar belakang kesemua mereka terkait.

Pandangan Kawan

Kekuatan A Very Long Engagement (AVLE) terletak pada 3 faktor.

Pertama, Audrey Tautou. Sebagai tunangan orang, anak yatim piatu dan tempang akibat penyakit polio, kawan dapat lihat kesungguhan Mathilde. Kawan terasa betapa besarnya harapan Mathilde bertemu tunangnya. Mathilde tak perlu dialog-dialog penuh dramatik dan emosi untuk dilihat cemerlang. Lakonan ketiga Audrey Tautou yang kawan lihat selepas Da Vinci Code dan Amelie, dan kawan sekarang benar-benar salute karismanya.

Kedua, genius story line. Kita biasa dihadapkan dengan kisah-kisah detektif yang merungkai misteri satu demi satu. Seperti kisah-kisah penyiasatan yang lain, banyak hal yang kita 'terkejut'. AVLE, ada kejutannya. Bukan sahaja tempoh pertunangan Mathilde dan Maniche yang lama, malah pergerakan dari plot ke plot AVLE kita dapat rasa sebuah pertukaran masa yang lama. Ataupun, usaha Mathilde adalah proses pencarian yang sangat lama. Babak-babak yang pada awalnya mungkin buat kawan tercengang, tetapi sampai ke penghujung kawan akan faham dan puas serta terkejut. Tetapi jangan bimbang, pengarah bijak mentafsir adaptasi novel ini tanpa membuat kawan merasakan AVLE bergerak lembab.

Ketiga sinematografi dan art-direction. Kawan terpesona dengan babak perang yang realistik. Kawan teruja dengan klip-klip yang menyelit sepanjang cerita. Kawan puas melihat AVLE dengan pemandangan tahun 1920. Dan kawan menjadi makin dahaga untuk cerita perang dunia yang lain.

Rating::4 daripada 5 bintang

Tahap Wajib Tonton::Menontonlah dengan sabar

9 comments:

chii said...

cite ni pun mcm menarik je..mana dpt eh citer2 ni..stakat ni x penah jumpa lgik la plak..ke chii yg jarang layan cd..miahaha...

ok! next filem plak..

KudeN said...

yap.. menarik sgt2.. kuden pn dtg indon baru ade ms tgk cite2 kayak gitu..

chii said...

ahaahah..adoii..aper daaa
okla tu..kalo bkn kuden..sape lgik mau perkenalkan citer2 camni :p

KudeN said...

ok.. hihi.. nanti kite buat cite2 lain lak. thxx chii... adehh..

kujie said...

mcm pernah tgok je movie cite cam gini kuden...tp yo lah...kakjie ni thn ni dh " poti"..dh kena bius 3 kali time c-section.....byk dh ilang ingatan ni...tp mmmg dh pernah tgok

KudeN said...

poti? ye ke? tak caye aaahh!
hehe.. bius c-section ? hahaha.. bius kat mane? kat dahi ke? haha

takkan kak kuji amnesia mcm manech kott.. hahaaha

adils said...

never watch this one yet...tp sbb review awk cam best..so i'll mark it as my next must see movie..plus jean pierre jeunet...ain't he the director of "Fabuleux destin de'Amelie Poulin"...n audrey tautou as the main role..? whoa...kena tgk ni...

owh btw...saya orang asing. tgh bloghopping tersinggah di sini..u got great sense on films. n i can see u'r one of the BKS contestent...so better get use to strangers now...!

KudeN said...

adils, hey.. thx sbb singgah. Yap, tu movie director same dgn Amelie. Kalo u prasan, cm ada lbh kurang care die bcerita.
bout BKS, thxx gak. Hehe. Ni mmg saje2 join nk having fun dgn blogger lain. n hv no idea at all ttg benda ni..haha! smoga lagi ramai member2 baru.. ;-)

thenoveauheart said...

saya dah tengok film ni bout 2 years ago dan sgt² teruja dgn jalan ceritanya until mathilde managed untuk jumpa tunangnya.

p.s jenguk² la blog sy k.
http://thenoveauheart.blogspot.com