29 March 2007

Bioskop Hokkuden - Life Is Beautiful

Yeee Haaa!

Kawan kembali lagi!

Kali ini kawan bersiaran secara langsung dari bilik komputer international building UGM. Yes, international! Atau dalam BM nya antarabangsa.

Hiks. International lah sangat kan, kalau dalam batch kawan yang berjumlah 54 orang ni, 1 orang dari Jerman, 7 orang dari Indon dan baki 46 lagi ialah rakyat Malaysia. Kawan ingat ade la orang Khazastan ke, Ukraine ke, Bosnia ke ape datang belajar kat sini. Tak payah nak tunggu batang idung orang Khazastan, bau ketiak dorang pun kitorang tak penah hidu tau. Semuanya bau nasi lemak, roti canai dan teh tarik. Kawan dah rasa macam belajar kat UiTM pun ada sebab asyik ulang-alik nampak orang Malaysia saje. Malaysia truly asia.

Kita lupakan pasal tu. Kawan bukan nak cakap pasal tu, sebab pasal tu tak best. Pasal tu jugak tak beautiful. Kawan ada benda lagi beautiful iaitu pasal kawan nak review movie La Vita E Belle. Itu nama movie ok, bukan nama minuman kultur yang buat korang rasa nak berak tiap kali minumnya. Ala.. takkan tak ingat kot. Livita. Kawan time kecik-kecik ikut mak pegi supermarket mesti beli Livita yang jual sepaket 5 tu. Dah la rasa sedap, bila masuk toilet pun semuanya sedap sebab 'perjalanan lancar' katanya. Hiks.

Cukup pasal BAB (Buang Air Besar).

Korang tau tak La Vita E Belle ni movie apa? Itu bahasa Italy, kalau movie ni di dubbed kan jadi English ia akan bertukar dengan beautifulnya menjadik 'Life Is Beautiful'. Jadi korang-korang sekalian, review movie kawan kali ini adalah 'Life Is Beautiful'. Oh yeah!

Judul::Life Is Beautiful
Pelakon::Roberto Benigni, Nicoletta Braschi, Giustino Durano
Genre::Romantik komedi spastik drama leleh
Pengarah::Roberto Benigni


Sinopsis


Berlatar belakangkan zaman The Holocaust, Guido (Roberto Benigni) adalah seorang Italian Jew yang berhijrah ke rumah pak ciknya di Arezzo untuk membuka bookstore di sana. Di Arezzo, Guido jatuh cinta dengan kekasih orang, Dora (Nicoletta Braschi) yang bukan seorang Yahudi dan akhirnya Dora terpikat juga pada Guido.

Guido melarikan Dora di malam pertunangannya. Mereka kemudian bernikah dan mempunyai seorang anak lelaki, Joshua (Giustino Dorano). Mereka hidup dengan bahagia walaupun pada waktu itu, pengusiran Yahudi di Italy sedang berlaku pada peringkat awal.

Guido dan Joshua di tangkap oleh tentera Nazi pada hari jadi Joshua. Dan betapa cintanya Dora pada mereka berdua, menyebabkan Dora menyerah diri pada Nazi untuk ditangkap walaupun dia bukan seorang Yahudi.

Mereka di hantar ke concentration camp dan Dora terpisah dari mereka berdua. Joshua tak tahu apa-apa yang sedang berlaku. Guido pula berpura-pura pada Joshua tentang penangkapan mereka semua ini adalah hadiah hari jadi Guido dan Dora untuknya. Dan, mereka semua sebenarnya sedang berada dalam permainan untuk memenangkan sebuah kereta kebal. Guido berpura-pura tentang berita gembira ini sampai ke penghujung cerita. Guido membuat macam-macam demi Juisho tak terus merengek untuk balik dan yang penting tak dibunuh oleh tentera Nazi (pembunuhan kanak-kanak dan orang tua yang menggunakan gas beracun).


Spoiler warning:
Ending cerita kat bawah. Sanggup ke korang baca? Hiks.


Di hujung cerita, kem yang mereka dikurung di serang oleh Allied Powers, England rasanya. Dan pada malam perpindahan Yahudi ke kem lain, Guido berusaha menyelamatkan Dora dan Joshua keluar dari kem tersebut. Ternyata Guido akhirnya tewas berkorban nyawa demi keselamatan Joshua. Tetapi di akhir hayatnya, Guido masih mampu menggembirakan Joshua bahawa ini masih lagi dalam proses permainan untuk sebuah kereta kebal.


Pandangan kawan


Kawan menonton Life Is Beautiful tanpa tahu bagaimana jalan ceritanya. Kawan bermula dengan tersenyum dan kadang-kadang tertawa sendiri melihat betapa bodohnya Guido dan sempat kagum betapa manisnya Guido mengorat Dora. Kawan ketawa di pertengahan awal cerita, kadang-kadang terbahak.

Di pertengahan kedua Life Is Beautiful kawan tak sedar sejak bila kawan menitiskan air mata sambil ketawa. Bukan terlalu lucu tetapi terlalu terharu melihat Guido melindungi Joshua dengan cerita-cerita kelakar dan permainan fantasinya. Dan inilah yang menjadikan Life Is Beautiful sebuah filem yang sangat genius. Kawan mampu tertawa, tersenyum, menangis dan terharu pada masa yang sama.

Kawan akui kawan terpesona dengan spastik Roberto Guini yang langsung tak buat kawan menyampah. Kawan kagum dengan kesungguhannya berlakon dan kawan setuju untuk kemenangan Roberto Guini di Academy Award 1998. Nicoletta Braschii cukup untuk melengkapkan Life Is Beatiful. Komited Dora sebagai kekasih, isteri dan ibu sangat terasa. Dan terakhir, kawan kagum dengan bakat muda Giustino Dorano. Kawan percaya pemilihan Giustino Dorano sebagai Joshua bukan sebab dia cute tapi sebah bakatnya yang sangat magis. Tahniah.

Kawan terpesona dengan jalan cerita Life Is Beautiful. Mungkin ada yang kata terlalu perlahan dan ada yang kata terlalu tak realistik, tapi bagi kawan Life Is Beautiful bergerak pada graf yang sangat sempurna. Kawan sendiri semakin teruja untuk menontonnya sampai ke penghujung. Kawan kagum dengan usaha Roberto Guini sendiri mengarah filem ini. Sebuah hasil karya yang sangat indah.

Indah ditambah dengan muzik klasik yang menggerakkan Life Is Beautiful pada jalan untuk digelar Filem Hebat. Walaupun dari segi produksi, kita dapat lihat Life Is Beautiful tidak sehebat The Pianist tapi, kekuatan cerita, lakonan dan keihklasannya menjadikan Life Is Beautful sempurna.

After all, Life Is Beautiful is damn beautiful.

Rating::5 bintang daripada 5 bintang. Perfect!

Tahap wajib nonton:: W.A.J.I.B

Kita jumpa lagi.

Sekian, toche toche

7 comments:

chii said...

cam menarik je..mn nk dpt..kuden beli vcd ke tgk kt panggung..kirenye tgk citer tu x paham bhs la kan..len la dlm version english

KudeN said...

hehe.. tu cite lame chii.. 98. kuden sewa kat kedai cd. cite ade dua version. english dgn italian. kuden tgk english.. tp tak spoil mood aa.. still best! atau nanti kuden burn kan kasi kat totin suh totin bawak balik. nak?

chii said...

alaa...dr dulu lgik soh totin bawa blk..tp tadek sampai2 gak..majuk arr camni

KudeN said...

hik hik.. ok. ok.. kali ni chii akan dapt cd nih. haha! merajuk ke? haha!!

chii said...

er...xde arr...buang karan je majuk2 ni kn..miahaha

adils said...

yes...sgt bersetuju. one of the best film ever..pure..authentic...heartwarming story. dah tgk La tigre e la neve (translation: tiger and snow)?
same director and actor.

KudeN said...

oh eh.. nanti aku cari.. tajuk mcm cooooll jek. thxx sbb singgah.. ;-)