Kawan mainkan mp3 I'll Feel A Whole Lot Better dari The Byrds.
Apa perasaan anda bila anda tahu tahap imaginasi anda tidak seteguh yang diharapkan? Usaha yang anda luangkan masih tak cukup untuk anda memusatkan fikiran anda supaya lebih kreatif daripada yang anda mahu, adakah anda mengeluh marah? Kawan orang biasa dan kawan tak tahu bagaimana anda, tetapi itulah hakikat yang kawan 'nikmati' di sini. Mencuba untuk berfikir yang kononnya kreatif bila melihat sesuatu, ataupun seperti yang termaktub di tugasan,
'Semasa membulatkan satu titik dengan pen merah, apa yang kamu lihat?'
Sambil ketawa, kawan akui kawan maha-B.I.N.G.U.N.G
Kawan bermain dengan imaginasi sendiri, titik dan bulat merah. Seolah menembak jawapan teka-teki, dengan tanpa rasa bersalah kawan monolog, "Ooh, itu seperti Gerhana Matahari.." dan berdebat, "Tak, itu bull's eye" Kawan paksa diri kawan bahawa kawan telah lihat objek!
Bagaimana kalau garis bulatan itu warna hijau? Tentu mencanak-canak kawan harus fikir apalagi benda lain.
Sekarang kawan tak tahu apa warna latar belakang titik dan bulatan merah. Kawan bayangkan latarnya warna putih. Kali pertama tengok, kawan nampak titik, kali kedua juga titik, kali ketiga juga kawan hanya nampak titik itu. Kawan penat untuk asyik nampak titik sahaja dan sekali sekala berselang dengan garis merah.
Sampai satu tahap, kawan nampak apa yang kawan lihat. Jadi, kalau ditanya lagi apa yang kawan lihat, jawapannya, kawan lihat PUTIH.
Kawan tahu ada satu titik (yang warnanya juga masih misteri) dan dibulatkan dengan garis merah, tapi itu cuma beberapa persen dari keseluruhan gambar yang kawan lihat. Kawan endahkan titik hitam dan bulatan merah sebab fokus mata kawan sekarang lebih banyak dihuni warna putih (latar belakangnya).
Hakim mungkin kecewa jika kenyataan kawan yang tak-kisah-langsung pada warna merah, tapi jangan bimbang, kombinasi merah dan titik jugalah yang menyebabkan warna putih di dasarnya lebih kontra. Tidak dapat tidak, kawan ikhlas katakan ia cantik.
Kalau kawan dibenarkan intimidasi jawapan kawan dengan manusia, kawan ingin berteriak untuk bertanya,
"Kenapa kita sering nampak keburukan orang walau ia cuma setitik, sedangkan mereka punya kebaikan yang terduga banyaknya?"
Kita sering salahkan teman kita bila ada satu silap yang dia ter-lakukan, padahal kita lupa seusia persahabatan, betapa banyak hal-hal yang pernah dia buat agar hati kita riang. Kita sering lupa dan terus lupa. Padahal bila kita diposisi orang yang ter-lakukan kesilapan, kita juga harapkan teman kita untuk ketahuilah bahawa macam-macam sebenarnya kita buat untuk dia gembira. Paling tidak, kita senyum.
Ini jawapan yang kawan mampu - kawan melihat Sang Putih (andai latar belakangnya hijau, kawan akan nampak hijau, tergantung latar belakangnya)
Kawan matikan mp3 I'll Feel A Whole Lot Better setelah beberapa kali ulang pun kawan tak tahu. And yes, I feel really much better now.

11 comments:
ooooo yessss!!!!mcm selalu, Kuden mmg tak pernah mengecewakan....! Tapi entry ni betul2 tegang... tak mcm selalu yang ala2 kendur mcm penyidai bile kita sidai baju...melendut sampai ke tanah...hahahaha...
Dan mcm biasa jugak.......jap lagi Chii dgt , he he he
well, sorry for intruding... saja nak tengok apa yang orang buat dengan asiignment pertama...
try gak jawab, tapi hampeh...
but i like the way u express the question...
tu yg tiba2 gatal nak komen...
bagus!
kak kujie, a`ah.. mmg pun tense ms nk pikiq apeee la nk tulis tu. haha! sbb tu ayat2 die pn tegang.. tq gak kak kujie.. betul tu, sy ngah nunggu chii plak skang.. tq kak kujie
bro ak, hehe.. tq gak! i read ur post pasal rapu.. haha? tak penah tau pun.. ahaks
erk!! nama chii disebut2 disini plak * blusihing*
kalo difikirkan..nape kaler merah yg dipilih..knp bukan ungu,biru atau kaler yg lain..
merah terkenal ngan simbolik amaran,marah ,cinta,dan yg berkaitan..
errr..sebenarnya pala chii agak pening tgk titik itam dilingkari bulatan merah berlatar belakangkan putih tu..adeih
btw..gud luck!!
ooooo...
pun masih blur...
wakakaka
chii, hehe... mesti a kena sebut name.. btw, kuden tak leh wat pape ttg warna merah sbb juri die sgt nak merah.. ahaks..
joey, haha! takpe.. buat2 paham je..
bila tgk bulatan tu..seolah2 ada mata yg memandang..lalalala...lariiiiiiiiii
waa.. cam best! betul tu chii..
tp kalo ada 2..lgik real arr..mcm mata yg tgh marah :p
so7 tadek wat konsert ke kt sana...pe cite dorang eh
chii,, tu la chii, kuden pun tatau.. ngah despo lagu2 indon best ni.. plg best pun skang The Adams - Halo Beni hehe..
pape pun..s07 tetap di ati lgik la..ngeee
Post a Comment