19 April 2007

BKS2::Ingin Pergi



Aku pulang ke desa dari kota kerana kota itu kotor. Aku mahu tidur di sini kerana kota itu hanyir. Tetapi ada lolongan yang memanggil. Untuk aku terus tinggal di kota nan sampah.

Jijik mata aku memandang betapa jasad dan jiwa aku tak rela di situ. Meronta-ronta dalam payah, aku tak ingin pergi. Tak pernah ada yang indah untuk membangkitkan perasaanku. Sehingga segala nafsu serakah aku padam untuk bercinta dengannya. Apa yang ada pada sebuah kota yang kering dengan mata-mata riang seperti di desa? Tetapi, yang terlihat hanya mata yang selalu bergenang dengan air mata. Setiap hari aku haus untuk tersenyum nikmat apatah lagi tawa yang jujur dari hati. Di setiap lampu merah, aku ngeri untuk melihat anak-anak kecil dengan kedua telapak tangan kosong memujuk untuk tidak kosong. Tiap kali kaki memijak di bibir-bibir kaki lima, tiap kali itulah paru-paru menghembus nafas yang deras melihat cacat dan tempang bertebaran. Aku jadi makin geli bila memikirkan diri dikandang birokrasi. Aku mahu muntah melayani kerenah makhluk-makhluk yang dahagakan imbalan atas satu rantai urusan yang sangat senang. Benci aku memuncak saat hati kecil teringat betapa aku pernah takut saat bumi bergoncang. Bencana alam yang tak putus-putus menziarah bumi itu, melumpuhkan satu per satu sendi di lutut aku. Aku terduduk berfikir bahawa aku tak dapat lari dari jentikan Tuhan. Aku benci kota itu, lebih benci dari yang kamu tahu. Aku ingin berpaling dan tak akan pernah sekali melihat kota itu. Andai mata aku dan mata kota itu bertentangan, pasti segala amarah dan keji di seluruh timur dan barat akan aku lemparkan. Betapa aku tak mahu tidur beralaskan tanah kota itu, berselimutkan bau-bau hanyir yang berlumba masuk ke setiap rongga di tubuhku.

Aku diam.

Aku mendengar lolongan lagi.

Aku mendengar suara-suara keras. Suara itu mengejutkan aku dari tidur. Suara itu menjerit terus ke lubang telingaku, bahawa aku harus tinggal di situ. Walau sampah, walau hanyir, tempat aku di situ. Aku berhujah dengan sang suara betapa dan kenapa aku tak mahu balik ke kota itu lagi.

"Jangan paksa aku!" Aku menjerit seperti hilang akal. Tapi suara itu makin keras dan berkhutbah.

Aku tak mahu dengar bicara-bicara manis yang meminta aku untuk bertahan di sana. Lantas, aku tekupkan telinga dengan kedua tapak tanganku. Tapi suara itu terus mencucuk ke isi otakku sehingga berdarah. Dan darah yang terkandung suara keras itu mengalir ke seluruh anggota badanku. Tanpa kudratku, aku terpaksa mendengar cerita-cerita dari sang suara. Aku jadi kaku dan seluruh badanku kebas bila mendengar cerita kenapa aku di kota itu. Kisah aku ke sana bukan untuk mencari nikmat hidup, tapi mencari erti hidup. Aku khusyuk mendengar. Suara-suara keras yang aku dengar tadi perlahan-lahan menjadi lembut bak bersyair indah. Dan kini baru aku sedar, segala yang aku benci, itulah guru yang mengajar aku erti hidup.

Tiba-tiba satu persoalan mula timbul di mindaku, 'Kenapa aku harus membenci hal-hal itu, sedangkan aku ke kota bukan untuk berlibur'.

Tak pernah sama sekali. Iya, aku ke kota untuk mengutip ilmu sebanyak mungkin. Kerana aku harus pulang ke desa esok dengan kemahiran yang cemerlang agar orang desa percaya pada aku. Adakah hanya dengan membongkar segala isi kitab di situ dan menghafal setiap satu kalimat di dalamnya, menjadikan aku seorang yang hebat? Suara itu tadi bercerita tentang jawapannya dan sekarang aku tahu, kenapa Tuhan tempatkan aku di situ dengan pemandangan-pemandangan yang pernah menjadi kebencianku. Aku kata pernah sebab sekarang aku sudah tidak benci semua itu. Tapi tak bermakna aku suka. Aku cuba fahami setiap satu, kenapa dan mengapa. Aku percaya hikmah ciptaan-Nya. Pasti ada. Aku belajar di gedung kuliah utamaku iaitu di setiap penjuru kota yang kotor dan hanyir itu. Makin lama aku di situ nanti, baru aku akan sedar betapa kotornya tidaklah terlalu kotor dan hanyirnya tidaklah pula terlalu hanyir. Aku rasa aku akan biasa-biasa saja di kota.

Aku memandang 2 bagasiku yang kaku dan rapat di sebelah lutut kiriku, seraya berkata, "Hanya kamu yang aku bawa dari desa untuk menemani aku di Jogja".

notakaki::selamat hari lahir buat Kak Kujie. Lagi banyak lilin di tiup, lagi besar kek di potong maka lagi kenyang kita semua. Hidup Kak Kujie!

9 comments:

Anonymous said...

huhu...panas...panas..entry baru keluar dari microwave sharp jet convection & grill...:p masih harum aroma kek coklat yang di bakar hingga menenggelamkan bau hanyir kota jajahan Kuden.

Nota kaki tu tak termasuk dalam permarkahan ye..issshhh,nk kena gedik2 gaya Dekna la kat Tuan Juri kita...

KakJie percaya lokasi dan pengalaman kuden di sana banyak membantu mereka plot cerita ini..teruskan . Tengok assignment kawan-kawan yang lain pun semakin baik, masing-masing telah belajar dari komen hakin dan juri minggu lepas...bagus sangat.

Anonymous said...

nice pengolahan..citer berdasarkan pengalaman kuden sendiri..

hurm..kadang2 demi mendptkan segulung ijazah dan harapan org2 yg tersyg..kita terpaksa pekakkan telinga..kuatkan ati dan berdepan ngan segala dugaan dan cabaran yg berada di dpn kita

go go kuden..
ganbatte -neyh

Kurt Kuden said...

kak kujie, a`ah.. semua org cm dah semangat tulis best2.. so sy pn kena smgt jugak a.. hehe.. Kak Kujie, NAK KEK COKLAT!!!@!@

chii, tq chii.. betul tu. bukan segulung ijazah je a.. ape2 la.. dlm cari benda yg kite nak kite kena bersedia hadapi benda yg kita tak nak.. go chii gak!! ehe..

wénkt said...

advokat sudah melawat! cuak tak?

Kurt Kuden said...

wenkt.. urghh encik advokat, mesti aa cuak.. ada kupu2 lam perut ni..

FAIZUL said...

best...cerita best..meaningful...

akma nurain fairuz said...

oit!

ko mmg la seorg yg jiwang2.mcm penulis novel plak.huhu

patutla dulu time skola menang prtandngn menulis sajak!!huhu

p/s:kurt!aku x phm amende yg ko msk nih..kickstart amende ntah.silela personally explain kt aku k!!

Kurt Kuden said...

truata, hehe.. tq tq..

akma nurain fairuz a.k.a kerp rockstar,.. amacam jiwang gila kan aku? haha! nanti kalau dah bole wat lagu, aku wat lirik dia lak. pastu kita jamming. haha.. jgn bimbang, aku takkan wat lirik2 mcm ni..

blogger kick start ni mcm game among 10 bloggers.. setiap selasa satu assignment yg sama diberi dan ari kamis kena antar, ari isnin di kritik oleh seorang juri tetap dan seorang juri jemputan, ari selasa lepas tu juri tetap akan announce seorang blogger akan tersingkir. benda ni berlangsung selama 10 minggu.. haha aku pun tak paham ape aku cakap kat atas tu.. haha

Anonymous said...

wooo..penah menang pertandingan sajak..no wonder gaya penulisan nice..heheh..