16 May 2007

Bioskop Hokkuden::Schindler's List

Panggil kawan gila kalau korang menyampah dengan kawan sebab asyik review muvi-muvi yang semua orang dah tahu.

Kawan tak heran.

Panggil kawan aneh kalau korang tak suka dengan kecanduan kawan dengan muvi-muvi zaman Halocaust.

Kawan peduli hape.

Panggil kawan sesat kalau naluri kemanusiaan kawan tersentuh bila tengok layanan Nazi pada Yahudi.

Kawan kisah ape.

Yeszaaaaaaa... Kali ni kawan kembali lagi dengan review filem terbaru masa kawan tengok antara paper 1 dengan paper 2 exam hari itu. Ahaks. Kawan stress la weh dengan exam. Bukan stress sebab paper 1 susah gile ataupun stress sebab subject kali ni susah nak mampus, tapi kawan stress sebab tak tahu nak start baca ape. Dah nama ko tak belajar apa-apa selama 6 minggu sebelum ni kan, makanya dah sah-sah ko bengong mati kutu kan nak bace notes mane. Ahaks. Seronok ni stress je terus gi pinjam cd.

Review apekah kali ni? Kawan semangat ni nak wat liputan tentang cd kawan pinjam ni.

Yearghh! Movie kita kali ni ialah movie Steven Spielberg yang released tahun 1993. Tak lain tak bukan... Schindler's List.



Tajuk::Shindler's List
Pelakon::Liam Nelsson, Ralph Fienne, Ben Kingsley
Genre::WWII, Halocaust, Drama, Kejam Gila B**i
Pengarah::Steven Spielberg

Sinopsis

Sejurus selepas Perang Dunia Kedua diisytiharkan, Oskar Schindler (Liam Nelsson), ahli perniagaan Katolik Jerman dan juga seorang pengikut Nazi tiba di Poland. Dan di sana, semua Yahudi di Poland telah ditempatkan di sebuah kem di Krakow.

Kisah bermula bagaimana Schindler pada dasarnya mengambil jalan mudah demi keuntungan peribadi dengan memiliki tenaga buruh yakni Yahudi secara percuma hasil bantuan dan kepercayaan Schindler kepada Itzhak Stern (Ben Kingsley), seorang akauntan Yahudi yang hebat. Stern sempat merekrut beberapa teman dan kenalannya untuk menjadi salah satu tenaga buruh di tempat Schindler walaupun sebelum perang, mereka bukanlah manusia berkemahiran dalam produksi periuk dan senjata perang kepada Nazi.

Schindler tamakkan keuntungan. Dan demi keuntungan, Schindler rela mempertaruhkan prinsip peribadi untuk membela nasib Yahudinya daripada menjadi mangsa kekejaman Nazi. Namun, lama-lama hati Schindler sikit-sikit sayang dan rasa jijik memandang Yahudi luntur. Schindler mula membela mereka yang tak bersalah secara rahsia dan gelap.

Kekejaman berlanjut dan memuncak saat Amon Goth (Ralph Fiennes), seorang pegawai Nazi ditugaskan di Krakow. Tapi hal ini tak pernah membuat Schindler lupa pada rasa belasnya pada Yahudi. Dengan strategi tersendiri, Schindler masih mampu mempertahan nyawa-nyawa di sebalik bumbung kilangnya. Dan, sampai satu saat, di mana Schindler merasakan situasi makin genting, Schindler berusaha memindahkan beberapa Yahudi ke kampung halamannya dengan alasan kilangnya berpindah tetapi kepakaran yang sama masih diperlukan.

Bersama Stern, Schindler berjaya menghasilkan satu senarai (list) terisi 1100 Yahudi. Dan hasil ketegaran dan keberanian Schindler, 1100 Yahudi ini selamat dan sehingga ke hari ini berkembang dari generasi ke generasi sebagai Yahudi Schindler.

Pandangan Kawan

Steven Spielberg seorang Yahudi, maka tak hairan kalau ramai yang akan katakan filem ini tak adil bagi pihak Nazi tetapi bagi kawan, Schindler's List adalah salah satu dokumentasi pembunuhan Yahudi yang paling berjaya. Peribadi, tak banyak beza bentuk kekejaman dan kematian yang kawan saksikan dalam SL dan The Pianist. Tapi ada satu yang memisahkannya, iaitu dalam SL, Steven Spielberg begitu berani untuk meng'hitam' dan 'putih'kan SL.

SL bergerak seperti anda sedang menonton dokumentari perang dunia selama 3 jam dan pada permulaannya, anda pasti tercari-cari arah tentang apakah bentuk SL ini. Di sinilah bagi kawan terletaknya kekuatan SL, kawan menonton, menunggu jawapan tentang siapakah Oscar Schindler dan melihat proses demi proses Halocaust bergerak. Dari seringkas keterbatasan hak asasi Yahudi sehingga ke pembunuhan mereka secara terbuka, hina dan kelihatan ringkas di hujung senapang Nazi. Sungguh, kawan tak sedar kawan melihat semua itu.

Kawan tersentuh dengan banyak hal. Kalau kawan membutakan mata tentang pengorbanan Oskar Schindler demi membela nyawa-nyawa 1100 Yahudi, kawan masih lagi sayu untuk melihat suami dan isteri bertemu hasil usaha anaknya, si tua ditembak dengan gembira oleh Nazi kerana dirinya yang cuma satu tangan, ibu bapa lari berteriak menangisi melihat anak-anak mereka diangkut truk Nazi untuk dibunuh, dan juga kerana terlalu pandai, jurutera Yahudi ditembak tepat ke otaknya. Ini cuma sebahagian dari pelbagai kisah-kisah yang telah menjentik rasa belas kasihan kawan. Tetapi kawan berani untuk berkata SL kelihatan gah kerana kisah-kisah ini. Dan, menata kisah benar untuk kelihatan sangat nyata.

Cabaran melakonkan watak yang benar-benar wujud adalah pelakon harus berlakon seperti pemilik watak itu. Untung kawan tak tahu siapa sebenar Oskar Schindler, maka kawan harus tersenyum dan memuji Liam Nelsson kerana kesungguhannya kawan terkesan dengan pemilik watak itu. Ralph Fiennes tak perlu berlebihan. Dia tampak kejam dan saat dia berteriak "Today, is history.." kawan semakin kagum. Tetapi secara keseluruhan, kawan akan berdiri bertepuk tangan untuk Ben Kingsley sebagai Itzhak Stern yang bagi kawan terlalu halus dalam impaknya. Karakter yang kawan tak sedar betapa kawan sedang melihat sebuah lakonan.

SL pasti tak sekuat ini kalau ia hadir tanpa gesekan violin solo Itzhak Perlman, dan tangga nada melankolik John Williams. Kejayaan SL yang kawan saksikan sangat-sangat bukan kejayaan mutlak Spielberg. Di bahagian teknikal, mereka mengaduk dan membancuh SL dengan begitu hati-hati. Maka, bunyi-bunyi pujian yang diterima adalah ayat untuk semua di SL. Mereka berhak mendabik dada kalau begini hasilnya.

Sebagai Muslim kawan tahu siapa dan di mana letaknya taraf Yahudi, tetapi kawan sedih bukanlah hanya kerana melihat Yahudi ditembak hidup-hidup, tapi kawan sayu melihat sejarah kehidupan manusia. Kawan sayu untuk melihat betapa peperangan itu bukan hal yang indah walaupun dalamnya terkandung pelajaran yang tak ternilai. Kawan sayu untuk tahu betapa kejadian manusia itu penuh ketak-samaan dan kerana ketak-samaan inilah yang akan disalah ertikan oleh mereka yang degil. Kawan sayu kepada diri sendiri betapa kawan sayu pun dan betapa ramai pun yang akan terlentur hati tentang hal ini, namun di dunia luar, kekejaman tamadun ini tak pernah akan berhenti. Tak kira siapa, yang lemah pasti diancungkan senapang oleh yang kuat. Kisah yang takkan bertemu noktah selagi bumi tak berhenti berputar.

Sebuah adaptasi kisah benar dan coretan novel Thomas Keneally, Schindler's Ark, SL harus berjabat tangan berterima kasih pada Oskar Schindler dan senarai 1100nya kerana memberi cerita yang sangat menarik untuk dikongsi. Walau kawan percaya pasti ada tambah tolak di sana sini, tetapi pada dasarnya SL tak menafikan fakta malah memberi.

Kesempatan hidup yang kita miliki. To gather is liberty.

Tahap Wajib Nonton::Wajib

Rating::5/5 bintang

3 comments:

Anonymous said...

ramai gak kn jumlah org yg diselamatkan tu...mcm menarik...tp chii nk citer yg sblm ni A Very Long Engagement..

Kurt Kuden said...

kuden still suke schindler's list la chii.. serius.. chii kene tengok.. haha

Anonymous said...

genre kejam..erm...ganas ngan kejam lebih kurang je kan :D