04 May 2007

BKS4::Deklarasi Dafi



Kalau kawan menjadi manager Dafi...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
deklarasi dafi

Kawan ada dua prolog sempena tempoh assignment terpanjang dalam sejarah BKS setakat ini.

Satu, kawan harus jujur untuk tak pernah terlintas langsung di kepala kawan walau satu detik pun tentang apakah kerja sebagai Artist Manager, apatah lagi untuk menyukainya. Tetapi, setelah sejumlah jam yang hanya kawan saja yang tahu berapa kawan guna untuk berkenalan dengan kerja glamour ini, baru kawan faham dan perlahan-lahan kawan mula senang.

Dua, agak panjang kawan mengeluh bila kawan tahu penyanyi itu adalah DAFI. Tetapi untungnya, nasib Dafi tak seteruk Irwansyah yang membuat kawan tak ingin angkat tapak tangan kawan dari terus menutup kedua telinga setiap kali Pencinta Wanita berputar. Tahniah Dafi.

Lupakan hal picisan peribadi kawan di atas dan mari kita berbicara tentang apa yang akan kawan buat kalau kawan seorang pengurus kepada DAFI. Diulang, kalau.

Identiti
Pada awalnya kawan agak skeptikal dengan pasaran Dafi yang mungkin tak terlalu besar diameternya. Kawan tak berapa puas hati kalau Dafi cuma diidolakan di kalangan remaja. Itu yang kawan ingin sekali elakkan. Maka, hal utama yang kawan akan lukiskan dalam diri Dafi adalah identiti. Kawan akan pastikan tiada bayangan Justin Timberlake dalam diri Dafi walaupun Dayang Nurfaizah berjaya dengan kelibat Beyonce. Kawan tak yakin itu satu strategi yang membanggakan. Dafi yang akan kawan persembahkan adalah Dafi yang pasti berbeza. Jenama yang Dafi bawa adalah jenama Dafi. Paling penting kawan tak akan dedahkan kelemahan Dafi. Kalau nyata Dafi tak boleh irama Malaysia, kawan tak akan sekali-kali meng-Noraniza Idris versi lelaki kan Dafi.

Imej
Kawan peduli tentang pembawaan seseorang artis itu. Maka, kawan percaya dengan Dafi sebagai produk Akademi Fantasia. Personaliti dan imej adalah lambang artis. Maka, kawan setuju kalau Dafi dibimbing oleh seorang image consultant, untuk menunjukkannya cara dan rentak apa seorang celebrity itu. Oh ya, paling penting DISIPLIN. Dafi boleh berbahasa Inggeris tetapi kawan lebih senang kalau Dafi memantapkan lagi penggunaannya. Bukan untuk bergelar seorang artis urban, tetapi sebagai seorang public figure, kawan memandangnya sebagai tugas yang wajib. Jangan dilupakan, pengetahuan muzik Dafi adalah sangat penting. Jadi, kawan akan pastikan Dafi mampu bereksperimen dengan idea muziknya sendiri. Tetapi kawan tak melihat ini sebagai sebuah isu, kerana pengetua Dafi di Akademi Fantasia adalah Roslan Aziz. Maka kawan percaya sedikit sebanyak, pengalaman yang Dafi ada, kawan yakin dengan citarasa muzik Dafi. Paling tidak, lebih bagus dari sebelum bergelar pelajar AF. Bukan untuk menjadi James Blunt, James Morrison atau Daniel Powter, tetapi kemampuan bermain alat muzik dan mencipta lagu adalah bonus bagi Dafi. Dafi masih muda dan belajar hal yang baru sebenarnya masih belum terlambat. Agnes Monica sekarang pun baru sahaja berjinak-jinak dengan sang piano. Alasannya cuma satu, Agnes mahu berekspresi dalam lagu.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
radio dafi

Pop
Kalau genre pop yang dimaksudkan Mr. Manager adalah seperti pop Anuar Zain, Adam AF2 atau Glenn Fredly, kawan setuju untuk tidak sama sekali meletakkan Dafi dalam kelompok itu. Kawan percaya kita sudah berlebihan dengan ikon-ikon pop seperti itu. Malangnya skala pop ini besar. Kawan sendiri sukar untuk menidakkan pop-rock, ryhtm-pop atau soul adalah termasuk dalam kelompok pop atau tidak. Mendengar Dafi bersungguh-sungguh dengan Joget Angan Tak Sudah, kawan percaya kemampuan Dafi dengan ketiga-tiga genre yang kawan nyatakan. Dan di sini, menggunakan kombinasi bintang idolanya, Justin untuk rythm-pop dan selera pop-rock yang kental, kawan percaya Dafi pasti terhasil sebagai penyanyi yang segar dan aliran pop tempatan yang baru. Maka tak dapat tidak, Dafi yang dikenali adalah Dafi dengan pop cara Dafi bukan pop Josh Groban, Jamal Abdillah atau Hazami. Apatah lagi Justin Timberlake.

Album
Kawan percaya bahawa kekuatan penyanyi itu terletak pada pembikinan albumnya. Kawan tahu kuasa mutlak album bukan terletak pada telunjuk kawan, tapi sebagai pengurus, hal utama yang akan kawan pastikan adalah album Dafi-album yang dikemas secara mahal. Bermula dari kulit album, pemilihan komposer, teknikal serta klip video, kawan tak akan berganjak. Takkan ada the killer song dalam album Dafi tetapi semua lagu dalam album Dafi adalah killer songs. Kawan tak tahu apakah wujud peranan vocal director di Malaysia? Tetapi, ini adalah salah satu anggota yang akan kawan hadirkan dalam setiap album Dafi. Yang pasti, album Dafi adalah salah satu agenda tahunan negara kerana kawan percaya penghasilan album dengan optimun setahun sebuah atau paling lambat setiap dua tahun merupakan satu cara untuk Dafi terus tampak wujud dan bernyawa. Paling penting produksi album Dafi semuanya adalah mewah-kualiti. Kawan serius.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
dengan dafi

Media
Naik turun masa depan Dafi juga sebenarnya terletak pada lensa-lensa media. Selain imej yang disenangi, peranan kawan untuk memastikan Dafi sentiasa mendapat liputan yang sewajarnya sangat penting. Kawan akan pastikan nama Dafi menjadi nama kegemaran pihak media bukan kerana gosip murahan, tetapi kerana produktifnya Dafi. Liputan pelancaran album, persembahan dan sebagainya, kawan akan pastikan media akan mendapat tempat dan hak yang sewajarnya supaya Dafi tak akan sekali-kali menjadi mangsa mereka. Kawan akui betapa publisiti itu adalah perkara yang sangat diperlukan. Yang penting, bila buruk di mata media, maka buruklah di mata peminat.

Peluang
Sebagai pengurus, kawan akan menghidu setiap peluang persembahan yang ada, dalam atau luar negara. Kawan akan pastikan Dafi akan mendapat tempat untuk berkongsi pentas dengan artis yang lain. Kerana bagi kawan, setiap persembahan yang Dafi ikut adalah peluang buat Dafi melebarkan jenamanya. Apatah lagi kalau persembahan itu bersifat internasional, tentu takkan ada setiap peluang yang kawan siakan. Di sini akan terbukti betapa pentingnya album yang berkualiti, lagu-lagu yang bagus dan identiti Dafi yang hebat. Itu kalau peluang berkongsi persembahan, tetapi kalau Dafi diberikan peluang mengadakan konsert hak milik Dafi, tentu konsert Dafi akan menjadi salah satu konsert terhebat di negara. Apatah lagi kalau ia sebuah konsert jelajah negeri. Tentu ini idaman semua penyanyi dan pengurusnya, iaitu melihat penyanyi di pentas antarabangsa. Kawan akan pastikan kawan tak ambil masa yang panjang untuk menjadikan ia bukan sekadar cakap kosong. Tentu kawan harus berbangga, Dafi yang akan kawan beri kepada penonton dunia adalah Dafi. Kawan pasti mereka semua tak ingin melihat Justin Asia, atau Michael Jackson Jr. Kalau kawan ditempat mereka pun, kawan pasti menjadi orang terkuat melaung 'Boo'.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Peminat
Kawan akur bahawa nadi Dafi adalah peminat. Kawan pasti Dafi mampu memberi sebuah interaksi yang baik dengan peminat tetapi kawan akan pastikan peranan kawan sebagai jambatan utama Dafi dengan peminat. Kelab peminat yang aktif dan sokongan padu setiap kali Dafi membuat persembahan akan menjadi salah satu agenda kawan. Tak kira bagaimana mediumnya, kawan akan meletakkan segala usaha agar peminat selalu merasa dekat. Percaya atau tidak, salah satu target utama kawan ialah Dafi akan sangat popular.

Kawan telah membicarakan subjek-subjek yang biasa. Semuanya berpusat pada satu objektif iaitu menghasilkan Dafi. Dafi yang terhasil bukanlah pengganti Siti Nurhaliza atau Sudirman tetapi kawan pasti Dafi yang kawan ingin kenalkan adalah seorang lelaki yang akan berdiri sebaris dengan mereka. Dan, dalam tempoh 20 tahun ke hadapan, pasti lagi ramai pendatang baru dalam dunia seni negara tapi tak ada satu pun seperti Dafi. Itu janji kawan.

................................

Adakah kawan lupa hal yang penting tentang Dafi?

Dafi cute?

Kawan tak rasa kawan perlu membahaskan senjata utama Dafi - wajah yang cute, sebab peribadi kawan tak pernah terfikir itu hal primer yang harus kawan jajakan buat semua. Cukup kalau Dafi memiliki raut wajah yang disenangi bila dipandang. Noktah.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
generasi dafi

Kawan tak ingin katakan ini, - 3 hari lebih 'bersama' dengan Dafi, kawan dapat lihat potensi Dafi. Kawan mungkin bukan manager yang tepat buat Dafi, tapi kawan melihat kekuatan Dafi. Kawan terasa Dafi mampu berdiri tegak sebagai seorang penyanyi yang hebat walau sekarang mungkin masih ramai yang bermain kata soal tentang bakat Dafi. Satu hari, Dafi pasti senyum dengan lagu-lagu megah dan cantik yang mencuri hati banyak penggemar muzik.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

credits photo::
Blog Dafi
Dafi FC Official Website

10 comments:

Orked said...

erk...Kuden..exams teruk sgt ke? Mcm tak cukup ajinomoto la Kuden....siyes kakjie ckp nie, apa pun kakjie doakan moga masih dpt menambat hati Mak Bawang Merah tu..dgn Mr. Manager.

Kurt Kuden said...

a'ah la kak jie.. saye serius tatau nak ckp mcmane.. saye rase saye sgt serius tuk minggu ni.. tp tah nape. saye sendiri pun tak tau nape tak leh tulis.. saye sendiri bace ape yg saye tulis pun tak sampai habis pun dah start rase bosan. Dah la edit gambar bukan cup of tea saye kan.. mungkin saye tak abis study kot pasal Dafi. Tu salah saye la.. tp yg tak dpt saye elakkan ialah camne nk jadi manager ni? sussssssaaaaaahhhnyeeeeerrrr.. saye rase saye yg perlukan manager. haha

Orked said...

ha ha ha....ade keje kosong ni..sapa nk jadi manager si kuden..:p
tapi kakjie still suke bahasa melayu indon ni...real.
jgn risau arr..masih dlm skop seorg manager ni..tadi tu saja wat gempaQ..bior keruntuhan jantung dan limpa...

Kurt Kuden said...

alaaaaaa.. tp sy sndiri tak puas ati. Saye fanatik muzik sangat-sangat tau kak jie. Dan, bila dapat assignment berkaitan dgn muzik, saye excited gila. tp bile part membuatnye sy kecewa dgn diri sndiri sbb sy tak dpt wat mcm yg saye nak. urghh.. kecewa dgn diri sendiri..

hehe.. ok.. skarang kita wat pertandingan mencari manager kuden. jom! hahah!

Anonymous said...

mungkin sebab jauh kot..kuden di jogja..dafi di mesia..then aura dafi x sehebat mawi dulu..wuteverpun..nice try..insya Allah..harap2 masih leh menambat ati para juri ;)

Kurt Kuden said...

mungkin kot chii.. tah la chii, kuden tatau nak explain mcmaner..

kuden sukekan originaliti. Tak kisah siapa dia, tapi dia perlu original. Dan kuden bukan anti-pop. Kuden dengar semua lagu, tapi tolong jangan bawa kuden Hip Hop, rap atau heavymetal. Kuden susah nak terima.

Kuden bukan nak cakap kuden master bab-bab muzik ni. Kuden sendiri dengar semua lagu. Dan kuden tak kisah kalau nak dengar Dixie Chicks, bob dylan, alleycats atau my chemical romance pada masa yang sama. Kuden hargai sangat sebab bagi kuden bende ni lah salah satu benda yang kuden senang. Benda yang buat kuden selalu rasa dekat dengan diri sendiri. Paling penting kuden hepi.

Tapi sekarang kuden terhimpit antara seni dengan bisnes. Kalau dalam seni, kuden tak kisah kalau seni itu tak laku, sebab kuden percaya interpretasi muzik manusia itu berbeza, tapi kalau dalam bisnes, apa-apa yang kita buat harus laku. Segala yang kita laburkan harus untung. Itu hukum orang berbisnes. Kalau orang tak boleh terima blues, jangan di jual blues walau sehebat mana karya tu.

Tah la. kuden pun tak tau nak cakap apa. Tapi yang penting sekarang, assignment BKS kali ini terpercik ke muka kuden sendiri. Pengajaran untuk kuden, kuden kena lebih realistik.

Nak balik trg!! heheh

Orked said...

wat pa blk t'ganu kuden..ko nk tutup kenet nk bznes kopok?
musim mencandat sotong ni kuden..he he he..

kakjie tau..kakjie ikuti kuden dr thn 2005 masa kt blog sultan muzaffar...sbb tu terus ikur blk jogja...masa tu blog kuden msh yg dulu...belum kena hacked...mmg minat kuden pasai musik..tu la kakjie mcm frust sikit bile tgok ni je hasilnya..kakjie jangka kan lebih lagi...silap gak xpectation too much...tak pa kuden..kita tgok juri dgn hakim kata pa nnt...

Anonymous said...

kuden telah membuatkan chii semakin jatuh chenta pd so7..klo bkn kt kuden yg wat review..sure chii just ambil lewa jerk...alala..

xperla...at least kuden yg da lakukan yg sebaik mungkin..mungkin ada certain org kt x ok..dan ada gak sebilangan yg lain plak kata ok..nk menjd seorg pengurus bkn sesuatu perkara yg mudah..lebih2 lgik menguruskan seseorg yg akan kita tentukan arah tujuannya...errr...betulkan..

nvm la..pasni just tunggu keputusan juri..walau pape pun keputusan dorang..kami akan tetap jd pembaca setia di sini..lalala

me said...

kurt_kuden!
ok je aku bc asemen ni.. bahasa ko strong la. kalo aku tulis BM sure dah jd buku teks darjah 3. Huhu. Jgn sedey2, kite cume enjoy dlm BKS ni. Pembaca2 kite tau gaya kite n ape yg kite ade.
So, chill out beb!
Ur alredi a true blogger, indeed.

Kurt Kuden said...

kak kujie..thxx a lot sbb bagi hope kat sy. Jgn bimbang, sy akan janji sy akan blajar dlm BKS ni!! terharu seyhh ngan kak kujie!!

Chii pun same, kuden dah ok.Sekejap je rase tak best ngan diri sendiri.. kuden nak post pasal benda lain lak,sementara tunggu komen juri.. hehe.. review movie pas-pas ni ehh...

Intan, mane ade ko punye darjah 3. aku suke dua2 BI n BM ko..btw, tq sgt.. kite semua true bloger!! hehe..Betul tu.. lets hv fun and rock n roll!ahaks!