22 June 2007

Bioskop Hokkuden::The Shawshank Redemption

Yerp! Hari ini kita cakap pasal movie lagi. Kisah ape kawan kan korang suka ke tak kawan nak wat review movie lagi. Haha! Totin, ko jangan bengang lak kawan asik tengok muvi je duk sini, bukan sebab kawan banyak mase free, tapi ni maknanye kawan punye life tengah boring. Takde keje je tengok muvi. Haha! Kesian kan?

Seperti biasa, muvi yang kawan nak review ini muvi lame. Muvi yang semua orang pun dah tau tu muvi ape. Dan muvi yang orang tak pernah heran pun kan. Sebenarnya, tujuan kawan reviewkan muvi-muvi lame adalah sebab nak refresh idea korang yang tengah cari dvd-dvd lame nak tengok. Mulia kan? Haha Dan, kebanyakan muvi yang kawan review ialah muvi feveret kawan secara peribadi. So, dah nama blog peribadi, suke ati kawan la kan nak wat review apa. Haha. Apa kawan kesah?

Judul::The Shawshank Redemption
Genre::banyak Drama, sedikit aksi
Pelakon::Tim Robbins, Morgan Freeman, Bob Gunton
Pengarah::Frank Darabont

The Shawshank Redemption (SR) adalah produksi 1994, tahun di mana kehebatan filem ini tetap terpaksa akur dengan kecemerlangan Forrest Gump dan Speed. Walau kenangan SR tak semanis filem Forrest Gump, tapi bagi kawan SR layak untuk dimasukkan dalam senarai filem wajib tonton.

Bagi kawan, menonton sebuah filem tanpa mengetahui langsung jalan ceritanya adalah jauh lebih baik daripada menonton filem yang anda telah baca sinopsisnya. Ini hal yang berlaku pada kawan, menonton SR tanpa faham apa pencipta naskah ini ingin bercerita. Al hasil, kawan puas tahap maksima. Dan, kawan sejujurnya sudah mula percaya dengan relevannya graf menonton saat anda sedang menonton filem.

SR bermula dengan mood menonton 'yang cepat' sebab tiba-tiba penonton akan bersama lebih dari 90% durasi SR dengan berada dalam penjara. Latar tempat yang agak kering tapi SR bercerita lebih dari soal nasib banduan. Dan, aliran adrenalin kawan memuncak sampai ke penghujung cerita. Selesai menonton, kawan masih tetap tersenyum sendiri betapa kawan baru sahaja terkagum dengan idea SR. Brilliant!

Tema SR mungkin yang jelas soal rasuah dan kekejaman di penjara. Iya, kawan setuju. Malah kawan lebih senang untuk menambah dalam SR anda melihat lebih daripada itu. Betapa hal yang pahit pedih sebenarnya boleh menjadi hal yang anda tak ingin lepas kalau itu memang kebiasaan. Walau klise, kawan suka gambar persahabatan dalam SR.

SR bermula dengan Andy Durfense (Tim Robbins) yang dimasukkan ke penjara Shawshank atas tuduhan membunuh isterinya. Di Shawshank, Andy bersahabat dengan Red (Morgan Freeman) dan di sana banyak cerita menarik satu persatu timbul. Kawan tak akan habiskan sinopsis SR sebab cerita sebenar SR adalah pada penghujungnya. Dan untuk menonton penghujungnya, harus menonton dari awal. Itu adat menonton SR. Dan ia wajib dan baru anda tahu betapa puasnya menonton SR.

Hope can set u free!

Tahap Wajib Nonton::Sunat hehe

Rating::4/5 bintang

8 comments:

Mr. Manager said...

Good taste.

KudeN said...

thxx mr manager, tapii kann..

movie tu sbnarnye yg best... so movie tu layak disuka oleh semua orang! ;-)

amni said...

kuden, kawe lamo sangat doh nok caghi cd ni eh.. buleh burn 1? kawe bayor ahh.. buleh dok???

KudeN said...

amni.. sorry.. aku dah di msia.. aku tak de cd tu skang.. sorrry amni.. nnt la kalau aku blk raye aku bwkkan. soryy tau..

mad redo1 said...

shawshank redemption... one of my favourite tuh!

laura said...

this is my all time fav..

clueless imaginations..

KudeN said...

mat redo ngan laura.. tu la.. tgk cite ni terpaksa wat kite masukkan lam list fav film kan. haha

Pato & Pearl said...

You know what...We never grew tired of this movie...Dah brapa kali shown on TV pun...will watch from beginning till end...

Yes, good taste indeed.

P&P