Wheow! Baru sempat akhirnya nak singgah sini. Last week sangat upside-down. Exam bertalu-talu. Sekarang pun exam tak reti nak berhenti lagi. Tapi dah ramai dah yang balik Malaysia. Tinggal beberapa ketul saje. Kawan ada 2 lagi papers, hari Rabu dengan Khamis. Lupakan Kecewa Tingkat Tinggi, sebab hikmah kawan balik lambat, kawan boleh ikut ujian hari Rabu dan Khamis. Dah tak kecewa tingkat tinggi dah. Kawan tengah Cuak Tingkat Tinggi. Hiks. So ramai-ramai, wish me luck yaaarr!!
Semalam Hari Bapak. Kawan tak tau nak tulis apa sempena Hari Bapak ni. Jadi kawan nak suggest satu movie yang sangat sesuai bersempena dengan Hari Bapak. Ini bukanlah movie terbaik untuk Hari Bapak, tapi paling tidak ini antara movie yang paling buat kita teringat tentang orang yang paling macho dalam hidup kita. At least..

Judul::Riding Alone For Thousands of Miles (Qian Li Zou Dan Ji)
Genre::Road Movie, Drama
Pelakon::Ken Takakura, Qiu Lin, Li Jiamin, Shinobu Terajima
Pengarah::Zhang Yimou
Sinopsis
Berkisar tentang perjalanan Takura (Ken Takakura) dari Tokyo, Jepun dan Yunnan, Selatan China yang hanya semata-mata untuk merakamkan nyanyian bangsawan daerah, Li Jiamin. Rakaman itu didedikasikan buat anaknya, Ken-ichi yang sedang sakit tenat di Tokyo kerana kanser dan juga sebagai tanda minta maaf dari Takura buat Ken-ichi setelah beberapa tahun mereka tak bertegur sapa.

Ken-ichi, seorang pencinta naskah sastera klasik China dan sering menjelajah ke sana, pernah mengenali Li Jiamin lewat temubual setahun yang lalu, dan waktu itu Li pernah bercerita tentang nyanyian Riding Alone For Thousands of Mile (RAFTOM). Malangnya, Li tak dapat bernyanyi untuk Ken-ichi kerana sakit tekak, dan berjanji pada Li untuk kembali ke China tahun hadapan dan bertemu dengannya lagi untuk merakamkan nyanyian itu.
Semua hal itu disaksikan oleh Takura melalui rakaman Ken-ichi. Dan Takura bertekad untuk menebus kesalahannya sebagai seorang ayah, dia akan ke China dan mencari Li Jiamin untuk merakam persembahan khas buat Ken-ichi.
Perjalanan Takura tak semudah itu. Di China, Takura di bantu oleh penerjemah tempatan, Lingo (Qiu Lin) yang agak lemah Bahasa Jepunnya. Tambah malang, sesampai Takura di sana, dia diberitahu, Li dimasuk ke penjara kerana kesalahan jenayah.

Usaha Takura bertambah sulit kerana sebagai orang asing untuk melakukan rakaman di dalam penjara adalah hal yang sukar. Takura tak pernah mengalah dan akhirnya dia berjaya ke penjara. Namun, harapan Takura jadi semakin mustahil. Li tak dapat menyanyi kerana teringat tentang anaknya, Yang Yang (Yang Zhen Bour) di pedalaman Selatan China. Tanpa lelah, Takura terus ke sana untuk membawa Yang Yang untuk Li supaya Li dapat menyanyi. Dan nyanyian Li itu akan Takura hadiahkan buat Ken-ichi.
Perjalanan yang penuh dengan kebaikan.
Pandangan Kawan
Adakah seorang ayah harus berusaha sepahit ini semata-mata untuk menebus kesilapan yang belum jelas salah siapa?
Jujur, kawan rasa sayu melihat Takura.
Takura digambarkan seorang yang diam, dingin untuk diajak bersembang apatah lagi bercerita dari hati ke hati dengan seorang anak lelaki. Itu salah satu sisi Takura yang digambarkan Zhang Yimou. Di setengah yang lain, Takura tergambar sebagai seorang yang rindu untuk duduk memeluk erat anaknya, bergelak bersama atau paling tidak, anaknya membenarkannya bertemu dengannya.

Takura jelas kelihatan sesal dan tak ingin di hujung usia diri dan anaknya, mereka berakhir dengan kisah sedih. Dan, ini hal yang menggerakkan Takura untuk mengembara. RAFTOM tak penat mengaduk kisah ayah anak ini pada Takura dan Ken-ichi sahaja. Li seorang yang tak pernah peduli tentang siapa anaknya, juga rindu pada anak. Li yang tak hipokrit menangis seperti anak kecil, berkongsi perasaan pada penonton bahawa dia juga rasa bersalah pada anaknya lewat tangisan dan sendu.
RAFTOM berbincang tentang kemaafan. Tentang mulianya kemaafan dan kadang-kadang ada hal di mana kemaafan itu tak perlu sebarang kalimat untuk diucapkan. Sudah lengkap melalui perbuatan dan perasaan. Walau hakikat terlihat pertengkaran itu belum berakhir, namun sebenarnya ada satu masa di mana kemaafan sebenarnya dah lama terlafaz. Saat hari pertama kita bertengkar.

Zhang Yimou terlihat bijak saat mengadukkan alasan nyanyian RAFTOM kerana secara tak langsung kebudayaan dan keseniaan China terpapar. Malah, geografi yang mungkin belum pernah diterokai orang mengajak penonton untuk ke China. Indah.
Secara keseluruhan, RAFTOM mengajak kita melihat tentang kesempatan hidup dan kesempatan memaafkan dan dimaafkan. Yang paling penting, kita melihat kesanggupan seorang ayah melalui RAFTOM. Itu yang terlihat, kalau yang tak terlihat pasti tak terhitung.

Menjawab soalan kawan di atas tadi, kawan percaya alasan yang menjadikan seorang ayah untuk terus berdiri dan hidup adalah bersandarkan nama anak-anaknya. Itu sandaran ayah yang jangan sekali-kali cuba mengukur kerana sampai titik manapun kita tak akan berhenti mengukur.
Tahap Wajib Nonton::Wajib
Rating::3.9/5 bintang
Rating::3.9/5 bintang
notakaki1::credit untuk lakonan Ken Takakura dan Yang Zhen Bour yang cemerlang
notakaki2::filem cadangan sempena Hari Ayah yang lain ialah Life Is Beautiful dan Finding Nemo.
notakaki2::filem cadangan sempena Hari Ayah yang lain ialah Life Is Beautiful dan Finding Nemo.
13 comments:
ken-ichi..cam nama chii plak kan;)
btw..nice story...kisah seorg ayah..
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan...lalala
Knape xjumpe ko nyer shoutbox ni?
Heh. Lepas ni GEMBIRA MELONJAK tingkat tinggi lah pulak.
Exam aku abes ari rabu.
Lagi awal dari ko.. Muahahah!
chii.. nice aa puisi tu.. ;-)
intan.. eh mane nye shout box ni??? isskk
selamat hari bapa kuden
selamat hari bapa kuden
tu bkn puisi la
tp lagu..ehehe...
chii x reti berpuisi maa :">
hehe... thx kak fibi.. aku da jadi bapa dah rupenye..
chii.. haha! ingat puisi! muahaah! tu lagu sape nyanyi?
kuden..td dh komen berjela..pastu time nk publish..entah..ngape..semua dh hilang..malas la pulak nk menaip..tunggu arr kakjie rajin sok lusa...:p
gudluck!
inteam nyanyi...sentuhanmu..ttg seorg ayah ;)
are u a dad?? there goes my hopes of a date!
kak kujie.. jam 2 nanti xm. ok kuden good luck. haha
chii..ooo inteam.. hehe.. tak penah dnga a pulak. hehe
mr manager.. yes!! i m a father of 3.. hahaha!! merapuu je aku.. haha
weih kudeng! bila mung nok sapa kT nih, hujang lebak doh le ning, smak tannel dok wak lagi, mujor kennyir tu dok buka je... kalu dok tegelang doh kapung mung hok rendoh tuh...
bejela le plok komeng... hehehe...
haha! mung jangang mat redo.. kang tegelang sungguh aku kapung piye nok care.. abih mapuh itik ayang aku kang.. eh aku ade itik ayam ke? muahaha
dok sapa 24 jang lagi, sapa la aku ke negeri darul imang tu.. sabo dehh
Post a Comment