01 November 2007

Dirty Little Secret

Woopppsss!!

Alamak! Putus! Satu-satu manik hitam berdiameter 1.5 sentimeter putus. Kawan memang tak sengaja tertarik gelang itu sampai ke lengan. Agaknya daya kekenyalan gelang itu tak cukup kebal untuk tahan sampai lengan gemuk kawan.

Kawan sempat terkekek ketawa sendiri memikirkan bagaimana gelang ini boleh putus. Tapi kawan tetap gelabah.

Kawan gelabah sebab gelang itu bukan milik kawan. Tapi milik Ma! Mak cik yang jual gelang sebelah gerai mak bagi percuma pada Ma. Bukan mahal bak gelang mutiara. Gelang suka-suka, yang ramai orang kita pakai buat aksesori. Walaupun tak mahal, tapi itu masih gelang Ma. Ma tak pernah pakai. Sebab Ma tahu gelang itu memang tak sesuai dengannya dan baju yang dipakai (Perempuan.. haha!). Ma cuma letak tepi komputer atas meja.

Tangan kawan jadi gatal nak main gelang itu. Bila dipakai ke tangan, kelihatan sangat lucu. Seperti Sami pun ada. Kawan tak adalah pakai sampai pergi ke luar rumah. Saja poyo-poyo depan anak-anak saudara.

Waktu gelang itu putus, cuma kawan di rumah. Tak ada yang nampak tapi kawan tahu, Tuhan nampak. Kawan cuba masukkan butir-butir manik pada tali gelang. Tak sempat kawan siapkan, kawan dengar kereta Ma masuk garaj. Kawan cepat-cepat genggam gelang dan manik-manik yang bercerai-berai setiap satunya. Kawan gelabah mahu sembunyi di mana. Kawan nampak ada satu mangkuk bertutup atas rak coklat itu. Kawan sembunyi di dalamnya. Di otak kawan, nanti malam kawan beritahu Ma, dan kawan yakin sangatlah Ma takkan marah. Malah kawan siap untuk diperli oleh Ma. Sebab perosak barang-barang di rumah cuma kawan.

Manusia kan sifatnya pelupa. Dah hampir dua minggu kawan di Jogja dan lebih 3 minggu dari hari kejadian. Ternyata semalam bila Ma mesej kawan dan beritahu yang rak coklat di ruang tamu Ma nak pindah ke dapur, terus kawan teringat gelang yang putus itu! Sah-sah kawan akan kantoi. Urgh!

Ampun Ma!

Kawan cuba lakarkan bentuk gelang sebelum putus tu. Sorry.. ni je yang kawan mampu.


I Love U~

5 comments:

drNO said...

hahhahah...naughty boy ye....:D:D

chii said...

ape susah...p beli blk getah tu kt kedaii ..ada je jual..err..guna getah kn

Kurt Kuden said...

dr no.. sume org pun da annoyed ngan aku agaknya haha

chii.. kuden kat jogja la skang.. kalo bli baru, mne sempat nak cover? muahahah

panjang langkah said...

kat jogja best tak?..bol;eh tengok parambanan

Kurt Kuden said...

stakat ni ok la.. mmg a ade prambanan.. tp stakat tgk je a.. haha oppss lupe.. arkitek.. byk gile candi2 kat sini.. bersepah..