29 October 2007

Godspeed


Walaupun hukum geografi menyatakan jarak antara Malaysia dan Indonesia bukanlah jauh kalau dibandingkan antara Malaysia dan Jepun. Malah, pengaruh budaya dan adat antara dua negara ini saling berkongsi antara satu sama lain. Tetapi, dari segi konteks mencari Nasi Lemak di Indonesia atau lebih spesifiknya di Jogjakarta ini adalah antara hal yang di luar jangkauan. Ada sebuah warung kecil di Kilometer 6 Jalan Kaliurang yang menyediakan Nasi Lemak dan Teh Tarik, tetapi sambal Nasi Lemaknya terlalu aneh kalau dibandingkan dengan Nasi Lemak di tanah air, dan keseimbangan antara jumlah teh dan isipadu susu dalam teh tarik tidak terlalu seimbang sehinggakan merubah sensasi segelas teh tarik itu.

Kawan bukan nak bercerita tentang Nasi Lemak di warung itu, tapi kawan cuma mengaitkan pengalaman kawan menikmati Nasi Lemak dalam sebuah majlis yang serba ringkas tapi penuh diingati. Malah, cerita kawan kali ini bukan semata-mata kerana sepinggan Nasi Lemak yang sungguh sedap itu, tapi sebagai ucapan tahniah yang ikhlas dari kawan kepada senior Kak Ayeshah dan Abang Farid yang selamat bergelar Doktor dan pulang Malaysia hari ini. Lebih manis, sekitar pertengahan November, mereka berdua bakal diijab-kabulkan.

Melihat satu-satu senior berjaya menghabiskan perjalanan bergelar pelajar perubatan membuat kawan terfikir betapa betapa ajaibnya ciptaan Tuhan pada masa. Saat hari yang dinanti-nanti itu tiba, pasti kita terfikir betapa cepatnya masa berlalu, tetapi di hari-hari sebelumnya kita penuh tanpa rasa sabar menuduh masa bergerak terlalu perlahan.

In the name of Allah, the Beneficent, The Merciful. Time is witness that, surely, mankind suffers loss, except for those of faith. Who do good, and become a model of truthful living, and together practice and patience and constancy. (Surah Al-asr : 103)

Buat Dr Farid dan Dr Ayeshah, tahniah dan selamat menjadi dokter yang 'keren' (baca:cool) dan selamat menjadi pengantin baru. Biar sukses dan bahagia ke akhir hayat. Ameen.

Bersama Kak Ayeshah dan Abg Farid (baju melayu biru belakang)

5 comments:

HLiza said...

Yeke susah nak jumpa nasi lemak best kat sana..tak syoklah macam tu. Kuden carile pasangan sambil2 belajar tu..ha nanti grad adalah gambar berdua, boleh terus aakad nikah sekali.

Kurt Kuden said...

Haha.. susah aa kak! org sini ni haa jual mahal hahaha takpelah.. cari kat msia laa.
hehe

Precious said...

hahahaha ... saya dah ke tempat tu. dua orang adik saya study kat sana and dorang bawak saya minum teh tarik. ya rabi ... manis terlebih manis . teh terlebih teh .. semacam lah rasanya. tak reti nak kata apa. tapi yang paling best sekali apa tau Kuden, pecel lele di Jalan Kaliurang hampir dengan Bunderan UGM. hampir setiap malam saya minta adik2 saya bawak saya makan kat situ. terasa muda bercampur dengan anak-anak kuliah. hehehehehe ... jangan rindu apa yang akan Kuden dapat bila Kuden balik ke Malaysia sepenuhnya, rindulah apa yang Kuden tak kan dapat bila Kuden tak ada lagi di Indonesia. hehehehe ...

Kurt Kuden said...

haha!! betul tu.. hmm suke pecel lele ehh.. saya tak msk sgt ngan pecel lele.. tapi suke lotek.. es doger.. ahh best..

betul tu.. smentara kite kat tempat org ni la.. kita kena cari pengalaman kan.. nanti abih blaja baru la nk mule rase rindu2 kan. haha

ezza erisa said...

mmg susah mencari nasi lemak di Indonesia

sewaktu kunjungan saya ke Bali, ada sebuah hotel menyajikan Nasi Lemak... kata tukang masaknya belajar dari Malaysia

tetapi, ikan bilisnya diganti dengan ikan masin yang kecik itu..aduh......masinnyeeee