18 November 2007

Bioskop Hokkuden::Hairspray

Judul::Hairspray
Genre::Komedi, Muzikal
Pengarah::Adam Shankman
Pelakon::Nikki Blonsky, John Travolta, Amanda Bynes, Christopher Walken, Michelle Pfeiffer, Queen Latifah, Brittany Snow, Zac Efron

Kawan yakin kalau sesiapa yang suka menonton High School Musical, pasti senang dengan Hairspray. Muzikal, kareografi yang meriah, warna-warni, pasal remaja dan ada Zac Efron. Tapi jangan bimbang, bagi kawan kalau anda memang suka dengan Hairspray, tak bermakna anda suka High School Musical, sebab secara jujurnya kawan tak berapa 'masuk' dengan produksi Disney itu. Hairspray telah menggoda kawan dengan lagu, nyanyian serta tarian yang buat kawan tak berhenti menonton sampai habis.

Tak ada benda baru dalam Hairspray melainkan tarian dan lagu-lagunya. Hairspray menyanyi dan menari di sebalik isu diskriminasi. Diskriminasi pada berat badan dan warna kulit. Klise, tapi itulah isu yang takkan pernah diam selagi dunia tak berhenti mengakhirinya. Hairspray, tentang Tracy (Nikki Blonsky) seorang gadis obese yang obses pada bintang TV, Link (Zac Efron), tetapi dicemburui Velma (Michelle Pfeiffer) kerana Tracy disenangi penonton bila muncul perdana di TV dan menjadikan anaknya Amber (Brittany Snow) kurang popular. Supaya Hairspray tak sekadar sebuah filem remaja yang terlihat remaja, Tracy terlibat dalam masalah bila dia terlalu menentang superior kulit putih terhadap populasi kulit hitam.

Walaupun menhiburkan, nyanyian Hairspray taklah seperti Dreamgirls, kerana Hairspray lebih rock and roll kecuali Maybelle (Queen Latifah) yang terdengar kebiasaan Queen Latifah seperti di dalam Chicago. Malah tak terlalu broadway seperti The Producer. Cuma bila pada Zac Efron, Hairspray tak dapat tidak, terdengar seperti High School Musical. Tapi, yang paling mengejutkan kawan dalam Hairspray ialah menonton John Travolta dalam watak yang tak masuk akal, dan kawan sedar itu John Travolta lepas kawan belek sampul DVD Hairspray dan melihat peranannya, sebagai Edna, ibu Tracy. Tak hairan kalau pada hujung-hujung Hairspray, anda akan saksikan John Travolta seperti lepas gian untuk menari walaupun bersalut badan mak cik kolestrol dan suara kepit yang sangat aneh.

60-an memang berwarna-warni, malah lebih ceria dari sekarang. Ini zaman kegemaran kawan, apabila sejarah muzik dunia berkembang pada tahap paling fenomena dan banyak kosa kata baru yang terdengar sangat pop, serta evolusi hair-style yang paling spectacular bila munculnya hairspray. Menghiburkan walaupun ia sebuah remake dari 1988.

Rating::3.5/5 bintang

notakaki::Exam lagiii esok

2 comments:

HLiza said...

Akak teruja nak tengok sebab ada John Travoltalah! Dah download tapi belum tengok lagi..

Kurt Kuden said...

Waaa... peminat john travolta. caya laa kak!! tengok la.. tapi jangan lak terus tak suka john travolta pas tgk hahah.