19 November 2007

Sedih Tak Berhujung

Ok. Kawan akan bersikap jujur.

Sejujurnya, kawan sedih, geram, bengang dan marah. Semuanya bercampur jadi satu sehingga kawan sendiri tak dapat gambarkan perasaan kawan. Kawan bengang bila kawan baru tahu lagu ensemble sebenarnya harus dihafal, tapi kawan rasa sedih sebab kawan terpaksa mengaku dihadapan Pak Sethyabudi bahawa memang kawan tak pernah diberitahu hal itu. Kawan rasa seperti seorang pengkhianat pada gurunya, tapi itulah hakikatnya, kawan tak tahu. Sorry Pak Budi, memang silap kawan tapi kawan sangat pasti yang kawan tak punya informasi itu. Kawan marah dengan C-40 yang terlalu 'ke laut' walaupun dibetul berkali-kali. Sorry, C-40. Malah kawan bertambah geram dengan adrenalin kawan yang terlalu memuncak sehingga kawan jadi blank dan keliru antara 2 oktaf dan 1 oktaf! Kawan sendiri tak boleh terima bagaimana kawan boleh lupa My Lady, walhal di rumah kawan lancar bukan main. Dan, proses ujian pagi tadi merupakan ujian paling bencana alam buat diri kawan.

Kawan tersandar di kusyen teksi dengan rasa jauh. Seperti rasa nak pegang dagu kawan kuat-kuat dengan tangan kiri sementara tangan kanan kawan lempang muka kawan berkali-kali sambil berteriak, TOLOL! Kawan tak pernah mengalami perasaan ini atas alasan bernama ujian. Walau sesampah mana kawan buat, perasaan bukan-bukan seperti hari ini dah lama tak wujud. Tetapi tidak untuk hari ini, kawan meratapi kacau bilau kawan dengan sepenuh jiwa dan raga. Hati kawan sakit bukan kepalang. Sedih yang tak pernah berhujung. Kawan menangis dalam hati di dalam sebuah teksi.

Teksi berhenti sebelum sempat membelok di dua lorong terakhir. Betul-betul di depan rumah ibu kost F-31 (Wisma Anugerah), kost lama kawan yang dahulu, sebelum kawan pindah ke E-46 (Wartel Amalia). Jalan ditutup. Ramai orang memenuhi hadapan rumah Ibu Sukatini. Kawan jadi kaget.

"Ada apaan, mas?" Tanya kawan pada seorang pemuda yang bertanggungjawab menutup lorong.

"Bapak Margono meninggal. Tadi pagi"

Kawan terdiam. Kawan melewati rumah Allahyarham Bapak Margono dan Ibu Sukatini dengan rasa sayu.

Kawan tiba di bilik kawan. Kawan terkenang betapa Bapak Margono memang seorang Bapak Kost yang menyenangkan. Semua anak kost F-31 pun senang. Belum sempat kawan bertukar baju, kawan dapat satu SMS daripada Ain.

Ayah Syis 02 telah meninggal dunia tadi jam siang. Mohon doannya. Al-fatihah. Sebarkan.

Syis 02 adalah bekas Yang Di Pertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Yogyakarta (PKPMI-CY) 2005/2006.

Kawan diam. Sesungguhnya, kisah-kisah sedih kawan terlalu kecil kalau dibandingkan dengan menerima dua berita kematian dalam satu hari.

Semoga roh Bapak Margono dan Ayahanda Syis Zulkifli di sisi-Nya bersama mereka yang beriman. Ameen.

No comments: