29 November 2007

Pieces of PEACE



Hari ini, Cube Try Test Gok Hokkuden merayakan ulangtahun ke-2. Ertinya, kawan secara rasmi melangkah setapak tahun ke-3 untuk terus menulis. Tahun kedua kawan menulis di sini, kawan menimba banyak pengalaman. Pengalaman yang bersulam antara suka dan duka, tetapi jauh berharga. Tentunya kritik-pujian lewat Blogger Kick Start yang tak akan kawan lupakan. Dan paling penting, pengalaman yang kawan akan bingkaikan agar takkan pernah hilang, ialah senarai 'Saing' di kotak di sebelah kanan makin memanjang dan di atasnya, 'Tempik' menjadi lebih meriah. Peace.

Baju lama

Kawan terilham bila membaca blog Puan Pearl dan suami, The Travelling Ducks untuk bercerita mungkin pada yang belum tahu, kenapa kawan pilih nama Hokkuden. Hok - Kuden adalah dua perkataan yang tercantum antara loghat Terengganu dan nama panggilan kawan, Kuden. Hok membawa maksud kepunyaan atau hak, maka bila dicantumkan dengan Kuden, ia menjadi kepunyaan Kuden.

Nikmati adegan di bawah untuk memahami contoh penggunaan perkataan Hok.

Johari menunggang motosikal kepunyaan Sobri untuk menjemput ibunya di perhentian bas MPKT.

Ibu:: Doh bakpe lambak sangak? Puah cemuh doh mok tunggu mung. (Kenapa lambat sangat? Dah bosan mak tunggu ko)

Johari:: Mitok maah banyok a mok weh. Muto dumoh rosok. Ambe gi cari muto takdi. Baru temung ning. (Minta maaf banyak-banyak mak. Motor kat rumah rosak. Tadi saya pergi cari motor. Ni baru jumpa)

Ibu:: Rosok pulok? Mareng baru bekki, ari ning rosok pulok. Abih gitu a pitih mung bekki muto. (Rosak lagi? Semalam baru baiki, hari ni rosak lagi. Habis macam tu je duit ko buat baiki motor)

Johari:: Doh cepak ar naek mok, ambe nok g anto muto pulok ning. Kekgi maroh gegge pulok tuang muto. Ambe royak nok pinjang kejak je. (Cepatlah naik mak, saya nak pergi pulangkan motor pulak ni. Nanti marah pulak tuan punya motor. Saya cakap nak pinjam sekejap je)

Ibu:: Muto piye ning? (Motor siapa ni?)

Johari:: Hok Sobri. (Punya Sobri)

Peace.

Sebelum kawan menutup ucapan selamat buat Hokkuden, kawan ada satu soalan berhadiah berdasarkan gambar dibawah:

Soalannya, berapakah jumlah rupiah yang dibawa oleh Mr Happy Bean itu.

Semua jawapan boleh dihantar melalui komen atau email kurt_kuden[at]yahoo[dot]com. Yang bertuah menjawab tepat mungkin mendapat saguhati daripada kawan. Tarikh tutup bila-bila sahaja kawan rasa nak tutup. Haha. Peace!

Akhir kata, harapan kawan, teruskan mengkritik, teruskan bersama kawan dan yang paling jauh terbit dari dasar hati ialah agar kawan dapat menulis lagi ucapan seperti hari ini dalam tempoh masa 10 tahun akan datang walaupun mungkin blogspot pada waktu itu sudah tak sepenting hari ini. Sempena ulang tahun ke-2, kawan melipat kelingking, manis dan ibu jari meninggalkan telunjuk dan hantu tegak berdiri, sambil berkata PEACE!

Terima Kasih Buat SEMUA, dan Happy 2nd Birthday to Hokkuden!

With peace, love and respect,

Kurt Kuden,
7.40WIB 28/11/2007

13 comments:

Orked said...

Selamat ulangtahun blog kuden....eemmm...mmg byk perubahan dari awal yg kakjie kenal...kakjie tumpang sonok nengok mu dah meriah camgini...kalo kakjie jarang dtg pun tak po la kan...mu jgn sedih2 lak..dah beso pjgn doh...

semoga tuan blog juga sihat sejahtera...majulah sukan untuk negara...!

:D

Anonymous said...

hepi besday to blog hokkuden. Aku doakan moga kau semakin lebih kreatif utk berkarya (karya ke ??), semakin kreatif utk memberi sinopsis2 muvi dan semakin kreatif utk segalanya......

hidup HOKKUDEN....peace !

HLiza said...

Happy Anniversary pd blog ni! Dah tahun ke 2 akak rasa macam dah kurang cinta pd blog je..tak macam dulu2..he he..teruskan bercerita pd kami!

Kurt Kuden said...

kak kujie..tq.. Takde takde.. kak kujie kena gak dtg selalu sini!! dah la skang chii pun da ilang tau kak kujie.. ilang tanpa jejak.. dtg slalu2 ehhh.. plizzz..

dina, orait !! nnati kite tgk muvi kat blog ni ehh.. tqq dinaaa.. hehe

kak hliza.. tq. ala kak.. jgn la kurang cinta.. ari je kot down.. esok2 msti up balik prasaan tu.. kita saling bercerita ok!!

Unknown said...

tahniah kuden...bg aku ber blog masa 2 tahun kira dah cukup lama..

Kurt Kuden said...

thnxx chot..
tapi org len yg da bertaun2 tu lagi laa super dewa kan..

arsaili said...

salam bro..tahn iah di atas ulang tahun..moga ukhwah persahabatan dapat dieratkan lagi...jenuh ambo bace dialong ganu kite tu...ekekeke

Kurt Kuden said...

arsaili.. orait.time kasih..
hehe.. smoge ukhuwah menten ameen

Unknown said...

selamat hepi besday!!

Kurt Kuden said...

kel@mbu.. yeahh tenkiu~~

mad redo1 said...

disebak kang masalah teknikal maka ucapang selamak ulangtahung buak kudeng pung sapa lambak... so, tahniah le kudeng masuk tahung ke tiga doh hokkuden ning...

Kurt Kuden said...

abg mad.. haha dakpe dakpe.. no hal la.. tq tq banyokk

Vernon Kedit said...

Kuden. Never stop singing.