03 December 2007

Bioskop Hokkuden::Enchanted


Judul::Enchanted
Genre::Muzikal, Komedi
Pengarah::Kevin Lima
Pelakon::Amy Adams, Patrick Dempsey, Jesse Marsden, Susan Sarandon

Di dalam sebuah alam fantasi yang digambarkan secara animasi, Giselle (Amy Adams) gadis muda biasa mengimpikan seorang prince charming untuknya akhirnya benar-benar menjadi kenyataan apabila Prince Edward (Jesse Marsden) jatuh cinta padanya. Namun sebelum sempat mereka live happily ever after, Queen Narisa (Susan Sarandon) ibu tiri Prince Edward menghantar Giselle ke alam nyata di mana dia bertemu dengan Robert (Patrick Dempsey). Maka terjadilah pertembungan antara dunia nyata dan animasi.

Enchanted memang filem tak masuk akal, tetapi layak untuk ditonton seperti kebanyakan filem-filem produksi Disney yang lain; lucu, fantasi dan happy-ending. Malah kawan lebih dari puas melihat Enchanted yang benar-benar sebuah filem yang mendefinisikan kemampuan fantasi Disney yang sebenar. Kagum!

Bermula dengan animasi yang membuat kawan jadi rindu pada zaman kegemilangan animasi Disney seperti Little Mermaid, Pocahontas, Beauty and The Beast, sehingga pada manisnya penghujung Enchanted. Muzikal Enchanted sama sahaja muzikal Disney yang lain, iaitu muzikal pada waktu yang perlu sahaja. Tetapi pada lagu That's How You Know, Enchanted kelihatan begitu indah. Sehinggakan tak melebih-lebih kalau kawan katakan Enchanted adalah jelmaan Marry Poppins. Owh tidak, buat masa sekarang mungkin orang akan mula membicarakan tentang Giselle pula.

Amy Adams terlihat sesempurna yang mungkin dengan karakter animasi dalam tubuh seorang manusia. Dia benar-benar seorang puteri dalam kisah-kisah fantasi. Gerakan, suara, emosi Giselle dalam tubuh Amy Adams tak sedikit pun tergambar cacat. Lihat saja Giselle menyanyi, perfect! Watak ibu tiri yang kejam memang milik Susan Sarandon, tetapi sebagai seekor naga yang tak boleh terbang, Susan Sarandon terpaksa akur bahawa dia terlalu keibuan. Tapi tak mengapa, kerana perkara yang paling hebat dalam Enchanted adalah Pip! Chipmunk yang luar biasa comel. Lebih comel daripada (Mumble) Happy Feet ataupun Puss in Boots (Shrek 2). Jesse Marsden yang sudah terlalu cemerlang dalam Hairspray dan Patrick Dempsey yang tak habis-habis buat teman kawan, Geetha jadi tak keruan juga menyenangkan untuk sebuah filem ini.

Walaupun Enchanted resepinya ringkas dan temanya ringan, namun ia tak bermakna Enchanted cuma pilihan penonton kecil. Enchanted tak perlu aksi-aksi spastic yang buat anda geram ataupun kisah cinta 3 segi yang penuh konflik tak sudah, tapi ia adalah filem yang buat anda terhibur. Buat anda lupakan kelelahan untuk satu hari. Filem yang anda akan bersenang-senang dengannya dan mendengar dialog-dialog yang tak ada satu pun terdengar 'euuuwwwwww...'. Menurut Anep, banyak parody dalam filem ini. Dan sebenarnya, itulah yang ingin disampaikan, perbezaan antara dunia nyata dan fantasi. Berbeza, bukan?

Rating::3/5 bintang

6 comments:

arsaili said...

tak berpeluang nak nonton citer nih..but i willl

Dina said...

kuden...skrg jugak aku rasa nk balik umah dan tinggalkan keje2 di ofis ni sbb nk tgk enchanted...:P

Kurt Kuden said...

arsaili.. samat menonton.. cepat cari dvd, donlod etc.. heheh

dina, hehe.. keje lu.. nanti bos marah kang! hehe

arsaili said...

tapi dh tgk hairspray..lawak gak cite tuhhh

chii said...

nk tgk..tp tunggu cd je kot.1st time tgk kt tv..da tertarik ngn citer ni :)

Kurt Kuden said...

arsaili!! yeayyy da tgk.. heeh

chii...yeayyyyy!! chii da komen balik!!! welcome bck chii!! hehehehh!!! miss u chii heheh