15 November 2007

Wajah Kesayangan Kawan

Hidup kawan biasa-biasa sahaja. Tak banyak benda-benda luar biasa yang boleh dibanggakan kawan. Tetapi mempunyai seorang ibu seperti Ma adalah antara perkara yang paling kawan banggakan. Lebih bangga dari apa-apa pun. Tak ada yang melebihi Ma dalam hidup kawan. Ma adalah belahan jiwa kawan, cinta sampai mati kawan. Ma mencintai kawan lebih daripada sesiapapun yang mencintai kawan. Begitu juga kawan. Ma bulan dan bintang kepada kawan, Ma juga matahari kepada kawan. Darah kawan mengalir penuh dengan nama Ma dan di setiap helaan nafas kawan terkandung kasih Ma. Jangan sesiapapun cuba sakiti hati Ma. Kerana menyakiti hati Ma, sama sahaja seperti menyakiti hati kawan. Dan, di setiap tangisan Ma adalah tangisan kawan.

Ma, beri anakanda waktu untuk melepaskan segala beban Ma hari ini. Tersenyumlah selalu Ma. Agar lebih kuat langkah anakanda di sini. Tak ada hari-hari paling indah anakanda selain melihat Ma tersenyum dan tertawa. Dengan doa dan restumu, satu hari tapi pasti, setiap titis peluh dan air mata Ma akan terbayar. Itu janji anakanda.

Wahai Tuhan, beri Ma kekuatan sepertimana Ma pernah beri aku kekuatan. Bahagiakanlah Ma sepertimana Ma selalu bahagiakan aku. Jangan kau benarkan satu pun zarah duka hinggap di hati Ma. Cukup sudahlah penat Ma sampai hari ini. Keringkanlah tangisan dan peluh Ma. Kerana Ma adalah antara sekalian umat-Mu yang berhak hidup bahagia abadi. Tuhan, Janganlah Kau palingkan hati aku daripada mencintai Ma. Kerana aku takkan dapat hidup tanpa mencintai dan merindui Ma.

Selamat Hari Lahir Ma ke 59.

Sesungguhnya anakanda terlalu mencintaimu dan ingin memelukmu hari ini.


6 comments:

panjang langkah said...

caya lu bro......

HLiza said...

La samalah bday mak kita! Akak baru balik dari Ganu ni Din..

Kurt Kuden said...

panjang langkah.. hehe

hliza.. owhh ehh..caya la kak!! gimme 5!!

Kurt Kuden said...

ecop kak... gi ganu ehh.. waaa best kan ganu hahaha.. ganu gi mane?

HLiza said...

Pegi KT aje..ada kerja. Sempat gak shopping kopok lekor dan serunding. Akak mmg suka Ganu..tempatnya aman dan orgnya baik2.

Kurt Kuden said...

hehe.. saya sebagai wakil org ganu, mengucapkan terima kasih atas pujian akak tu. hehe.. mintak2 saya jd mcm tuu.. orang baikk. ameeeennn hehe