18 December 2007

Bioskop Hokkuden::Letters From Iwo Jima

Judul::Letters From Iwo Jima
Pengarah::Clint Eastwood
Pelakon::Ken Watanabe, Kazunari Ninomiya, Tsuyoshi Ihara
Genre::Drama Perang

Letters From Iwo Jima adalah sebuah kisah dokumentasi perang antara Amerika dan Jepun di pulau kecil yang berkedudukan 1200km dari Tokyo, Iwo Jima. Filem yang mengisahkan surat-surat yang ditulis oleh parajurit Jepun tetapi tak pernah terkirim dan akhirnya terkubur bersama kekalahan mereka. Dan, setiap seorang membawa kisah tersendiri dan diceritakan lewat surat-surat itu.

Saigo, seorang pembuat roti terpaksa ke medan perang dan meninggalkan isterinya yang mengandung, Shimizu, dihantar ke Iwo Jima hanya setelah 5 hari berkhidmat gara-gara sifat kemanusiaannya, General Kuribayashi memimpin serangan terhadap negara di mana dia pernah berkhidmat dan Nishi, jaguh berkuda yang membuktikan lawannya juga sama seperti mereka, memiliki keluarga, ketakutan dan harapan.

Saving Private Ryan pernah memukau kawan dengan perang yang cukup realistik. Situasi-situasi yang menegangkan dan permainan emosi yang tak pernah berhenti mengacau. Namun ternyata Letters From Iwo Jima juga punya semua itu. Iwo Jima memiliki suasana perang yang penuh kacau, penuh tentangan dan penuh perasaan. Kisah perang yang tak digambarkan sekadar sebuah pemberontakan senjata tetapi terlandas dengan kisah-kisah yang tersimpan.

Filem yang cukup halus dan dalam tentang perjalanan perang yang penuh pahit tapi terlalu sentimental. Persembahan cemerlang Ken Watanabe dan unggulan Clint Eastwood yang makin menjadi-jadi membuat kawan jadi tak sabar melihat kesinambungan awal filem ini, Flags Of Our Fathers, perang Iwo Jimo dari mata Amerika.

Rating::4/5 bintang

3 comments:

arsaili said...

salam eid ul adha..maaf zahir

chii said...

pelakon jepun tu hensem dak..ahahaha

Kurt Kuden said...

arsaili.. salam eid ul adha.. maaf jugak hehe

chii.. yg pegang watak Saigo tu salah sorg femes boyband kat Jepun.. hurmm.. so ensem la kot hahah