17 December 2007

Tamansari

Sambungan Pasar Burung Ngasem.

"Mas, kalau mau ke Taman Sari, lewat sini aja. Dekat kok. Pojokan sana udah masuk Tamansari"

Lelaki berusia pertengahan 30 tahun itu berbicara kepada kami sambil telunjuknya tepat ke lorong celahan Pasar Ngasem. Namun, kami tak semudah itu untuk percaya. Kami tinggalkan lelaki itu kerana kami tak mahu senang-senang diperdaya dan berakhir dengan kami dirompak beramai-ramai. Bukan tohmahan, tapi memang pernah berlaku, tapi bukan di Tamansari.

Kami keluar dari sempadan Pasar Ngasem dan berjalan mengikut intuisi semata. Kami belajar setiap papan tanda dan akhirnya kami masuk ke perkampungan. Jauh, matahari di langit tak berhenti buat kami rasa penat. Akhirnya, kami mengalah kepada ibu-ibu yang duduk di muka pintu.
Ibu-ibu itu memahami tanda soal di dahi kami. Kami ditunjuk mereka arah ke Tamansari. Katanya, kami sedang melewati jalan belakang. Agak jauh, tapi pasti menuju ke Tamansari. Mereka memetakan kami dengan bersungguh-sungguh. Tutur bicara mereka terlalu menyenangkan. Halus dan selesa.

Kami menapak dengan penat. Dan akhirnya, kami tiba di sebuah geografi yang jarang-jarang kami dapat lihat dengan mata kepala kami sendiri. Berdiri dan merasakan kehebatan kerajaan dahulu membina empayar yang cukup indah sepertinya di zaman itu. Senibina acuan Portugis dan ditambah rasa Jawa menjadikan bekas istana kerajaan Yogyakarta ini sebuah pameran sejarah yang sangat mengesankan.




Inilah Tamansari, kompleks peninggalan kerajaan Yogyakarta zaman dahulu sewaktu pemerintahan Sultan Hamengku Buwono I yang telah mewujudkan beberapa struktur berupa kolam pemandian, tempat pertapaan Sultan dan keluarga serta lorong-lorong bawah tanah. Segalanya tersimpan sejarah tersendiri.

Antara yang buat kawan terpesona adalah kolam pemandiannya milik Sultan dan keluarga. Lihat binaan di setiap penjuru kolam tersebut. Tentu akal manusia biasa kawan terduga dengan kemampuan-kemampuan orang-orang zaman dahulu. Lorong-lorong bawah tanah juga kononnya dihubung terus ke arah pantai, iaitu laluan sulit Sultan untuk bertemu isterinya Nyai Roro Kidul.

Satu lagi binaan yang membuat kawan tertanya adalah Masjid Saka Tunggal. Masjid yang dipasak oleh cuma satu tiang ini sangat menarik kerana sifatnya dibawah tanah terutama untuk masuk kedalamnya. Struktur dalamnya juga unik. Kawan sempat mendengar Anep berbicara pada salah seorang penduduk sekitar Tamansari, kononnya Masjid Saka Tunggal ini dibina agak tenggelam kerana mengelak dari pengetahuan musuh.

Masjid Saka Tunggal

Sebelum kami sempat berlalu, kami singgah di sebuah rumah kecil yang dalamnya mengeluarkan irama yang sangat menyenangkan. Keroncong, salah satu aset muzik Indonesia dibawa dengan bersahaja oleh penduduk setempat tetapi kawan terpaksa mengakui mendengar nyanyian dan muzik keroncong di sana adalah pengalaman yang sangat berbeza. Walaupun itu cuma latihan di petang hari, persembahan mereka buat kawan jadi asyik. Mereka mengalu-alukan kami di sana. Orang-orang di sana menjadikan suasana petang itu sungguh sentosa. Mereka benar-benar orang baik-baik. Membuatkan kami ingin menafikan hal-hal yang tak enak yang dialami oleh sesetengah orang di sini. Kata teman kawan, mereka yang tinggal di sekitar Tamansari dan Kraton adalah orang yang benar-benar baik, lembut dan sejati Jawa. Mereka datang dari orang-orang istana. Dan tertib mereka tak tercemar sehingga hari ini. Kawan akui benar kenyataan itu.

Kami singgah di sebuah bahagian istana yang sudah agak teruk akibat perang dan bencana alam. Namun, ia merupakan antara tempat tertinggi di Tamansari yang mungkin dijadikan tempat pengintaian. Dari atas, kami melihat sejauh mata memandang sekitar Kraton dan Malioboro. Kami melihat penduduk bermain dengan merpati. Beca-beca memenuhi setiap genap jalan disekitarnya. Dan angin menyapa kami di atas dengan penuh lembut.


pemandangan dari atas...

Kami turun dan keluar ke jalan utama untuk berbeca ke Malioboro Mall. Ternyata, jalan yang kami lalui untuk keluar itu menembusi Pasar Ngasem; jalan yang ditunjuk lelaki pertengahan 30 tahun tadi. Berganda-ganda lebih dekat daripada jalan yang kami jelajahi tadi. Malah, tak memenatkan.

Tamat

8 comments:

chii said...

owh..pd awalnya chii ingtkan tamansari ..tmn bunga..or haiwan.hehe..nice
best tul dpt jln2 ya

Kurt Kuden said...

hehe.. ari tu ngah bosan, tatau nak gi ane.. sbb tu gi sana haha

chii said...

eh..br perasan ayat bawah tu..jln yg ditunjuk laki pertghan 30an tu lgik dkt eh..ihiks...tape2..org kata..mencegah lebih baik dr mengubati..belajar dr pengalaman..so pasni da tau nk lalu mn..pastu bkn ke...jauh berjln..luas pemandangan kan :p

Kurt Kuden said...

chii.. hehe.. tu la.. kuden pikir positip wpun mmg capeeekkkk dehhh! haha

Phaik Hsia said...

Hehe, I've been there once, those really are guides or 'pemandus' there...led us in and out and told us stories bout the place and all...

but wanna agree with your friend too, better be safe than sorry...

since you're bored, have you visited the Gembiraloka mini zoo here?
museum affandi too (always wanted but havn't visited the museum)

Kurt Kuden said...

Mini zoo a.k.a BunBin (keBun Binatang? hehe.. i Havent been there yet.. n not musuem afandi either..

jom p. hsia!! lets visit m. afandi during dis hols! tapi afta i balik dari bandung la.. huhu!!

happy hols p. hsia!!

Mr. Manager said...

Love your style of writing. Beautifully elegant.

Kurt Kuden said...

vern, hehe.. tq.. hopefully.. akan jadi kenyataan la.