13 December 2007

Bioskop Hokkuden::Thank You For Smoking

Iya, agak lama kawan tak singgah sini. Macam-macam hal yang berlaku. Sehinggakan ruang waktu kawan semakin sempit. Apatah lagi untuk menjenguk blog-blog orang. Kawan perlukan lebih daripada 24 jam satu hari buat masa sekarang.

Mungkin, untuk memanaskan balik jari-jari kawan menekan punat-punat papan kekunci ini, baik kawan bercerita tentang satu lagi filem yang sempat terselit antara jam-jam kawan yang sedikit itu.

Judul::Thank You For Smoking
Genre::Komedi
Pengarah::Jason Reitman
Pelakon::Aaron Eckhart, Maria Bello, Cameron Bright, Adam Brody, Katie Holmes

Kawan rasa semua orang tahu merokok itu merbahaya untuk kesihatan. Dan kawan yakin ada yang bersetuju kalau rokok disalahkan bila suatu penyakit itu timbul. Tapi bagaimana dengan mereka di pihak yang berbeza? Bagaimana mereka boleh mengiyakan rokok walaupun tahu rokok terkandung zat-zat yang tidak menyenangkan.?

Tetapi itulah tugas Nick Naylor (Aaron Eckhart) sebagai jurucakap di Academy of Tobacco Studies. Tugasnya adalah untuk meyakinkan orang luar bahawa penyakit-penyakit itu timbul bukan disebabkan oleh sebatang rokok. Malah, Nick Naylor akan berusaha dengan idea-ideanya untuk mewujudkan rokok sebagai satu definisi gaya hidup. Dan seperti biasa, perjuangannya pasti ditentang oleh mereka yang mati-mati berjuang bahawa rokok itu dosa. Salah seorangnya ialah U.S senate (William H. Marcy), yang akan sepenuh jiwa dan raga menentang Nick Naylor serta permainan kotor wartawan cantik, Heather Holloway (Katie Holmes) yang membongkar cerita-cerita di belakang tugas seorang jurucakap seperti Nick Naylor.

Sebuah naskah yang penuh satira. Seorang yang salah boleh tampak terlihat benar hanya dengan kuasa manipulasi. Paling menarik perhatian kawan adalah judulnya. Walaupun tertulis 'Thank You For Smoking', secara keseluruhan, kawan tak pernah lihat unsur-unsur pro merokok mahupun anti dalam filem ini. Semuanya digambar secara neutral. Dan paling penting, filem ini menyerahkan sepenuhnya pada penonton untuk berfikir sendiri.

Nick Naylor digambar sebagai seorang yang manipulatif. Walaupun ternyata dia di pihak yang masih samar-samar keberuntungannya, tetapi dia mampu menang hanya dengan alasan menyalahkan fakta-fakta pihak lawan. Perang manipulasi dan psikologi dalam Thank You For Smoking berlanjutan sehingga ke penghujung cerita. Lebih manis, ia disimpulkan dengan cara yang buat kawan angguk bersetuju.

Nick Naylor Thank You For Smoking doesn't hide the truth.. he filters it..

Rating::4/5 bintang

7 comments:

Anonymous said...

mcm menarik...jeles plak ngn kuden..asik dpt citer yg jarang ada kt mesia..ishk2

owh ye..thanks sebab wat review citer2 yg jarang di dgr..yg paling x lupa ..citer life is beautiful..

Kurt Kuden said...

chii!! hehe.. kuden rase cite ni ade kat msia.. cume kene rajin cari kat kedai dvd..
heheh.. u r welcome..

nanti kuden link kan chii punye blog baru tu..

arsaili said...

say NO to smoking

Anonymous said...

hikhiks..tu yg menjd masalah tu..kalo tadek yg wat review ca, kuden...chii tadek la cari2 kot..lgpun..kurang sket layan citer2 yg agak pelik tajuk nye :p

okeh~

Kurt Kuden said...

arsaili.. yeahh!!

chii.. hehe.. tajuk pelik2 tu yg mencabar chii. haha

Anonymous said...

mencabar...huhuh...lgpun kt sini pun payah nk cari kedai cd..kalo ada pun kt pasar.tu nk kena jln jauh lgik..haihs..xper la :p

Kurt Kuden said...

hehe.. chii... takpe2 zmn skarang leh je donlod.. lagi cepat n senang.. hehe