28 December 2007

Malaikat Di Tengah Hujan


Hujan awal senja itu lebat sekali. Cepat-cepat kawan berlari ke bawah kaki lima bangunan dua tingkat itu. Kawan lihat ke langit, gelap dan kelam. Dari jauh, sayup-sayup terdengar laungan azan. Kawan memeluk diri sendiri dan bersandar di tiang oren, menanti hujan untuk berhenti agar kawan boleh balik. Kawan lihat ke tompokan air di jalan. Titis-titis hujan kian melebat. Kawan tak yakin kawan akan balik dalam masa terdekat. Selain memeluk diri sendiri dan bersandar di tiang, aktiviti yang kawan mampu lakukan; berharap hujan untuk berhenti.

Hujan kelihatan masih seronok untuk ke bumi. Seperti takkan pernah kering air di langit. Langit makin gelap dan malam. Kawan lihat ke sekitar yang kawan sendiri tak tahu apa yang kawan sedang lihat sebelum seorang lelaki lewat 20 tahun berkopiah sambil berpayung menegur kawan. Sepertinya, kawan bersandar tepat di sebelah bilik lelaki itu.

"Cari siapa mas?" Lelaki itu tersenyum.

"Oh.. ga. Maaf mas, saya tumpang berteduh. Nunggu hujan berhenti"

Lelaki itu menghulurkan kawan payung merah hijau.

"Eh, ga pa pa mas. Ntar lagi hujannya berhenti.."

Lelaki itu mendesak agar kawan menerima payung itu. Katanya, kawan boleh pulangkan payung itu esok. Kawan jadi serba salah namun akhirnya kawan mengalah dan kawan balik dengan payung itu.

Sekarang sudah jam 10 malam. 3 jam setelah itu dan hujan tak berhenti memandikan bumi Jogja. Kawan tersenyum sendirian memikirkan andai kawan tolak payung lelaki itu. Tentunya sampai tengah malam, tak mustahil kalau kawan masih di sana berpeluk tubuh. Mungkin pada jam itu, kawan sudah terduduk kesejukan memeluk lutut sendiri.

7 comments:

Orked said...

kuden... ingat, kalau kita berbuat baik pada org lain, InsyaAllah dan yakinlah bahawa akan ada org lain yg akan membalasnya...walau bkn org yg pernah kita tolong dahulu.

Sentiasa percaya, tiap kebaikan ada balasannya...Allah tak pernah mungkir dengan hambaNya.

Kisah ini kembali mengingatkan diri KakJie bagaimana selalunya kita mengatakan mengasihi sesama manusia tetapi tidak pernah melakukannya....

Kurt Kuden said...

yerp.. semoga Allah balas kebaikan lelaki itu. Mulia kan ati dia.. saya sendiri terfikir, kalau saya kat tempat dia, adakah saya buat benda sama?

Anonymous said...

=) kalo chii..ajakk blk sesama :p

mad redo1 said...

kalu tahu doh musing hujang, bawok le payong kalu gi jjalang... hehehe... but life always like that, when you are least expecting it, someone will come and show us there are still good among us humans on this big blue marble.

Anonymous said...

Assalamualaikum...
first time bace blog nih :)....I really miss my kampung....Jogja... :)...mak gue asal sana...start next year MAS and Air Asia ada flight terus ke jogja....haruslah balik sana sokmo :)...

teringat shopping2 giler di malioboro...waaa bestnya mengira jalan dari hujung kedai sampai ke mirota batik...

waa I miss my jogja..

anyway Happy New Year 2008....semoga ceria2 tinggal di jogja eh.... :)

HLiza said...

Kadang2 Allah membantu kita dalam pelbagai bentuk..lelaki ni tentunya disuratkan untuk membantu Kuden. Satu renungan yg best pagi2 Ahad ni. Anyway, akak pun tak gemar bawa payung..leceh..tapi bila perlu nyesal gak..

Kurt Kuden said...

chii, camne nak ajak blk same2.. dah mmg bilik dia kat situ heheh..

madredo1, betul. masih ade yg baik... btw, haha ari tu je tak bwk payung.. payung lipat biasa ade sokmo lam beg. skali ari dok bowok payung tu la ujang ahaha

rose, betul.. orang asli jogja semua baik2.. tu mmg tak leh dinafikan.. MAS pun turun kat jogja ke? caya la!! huhu tapi air asia turun tu yg best tu.. hehe.. thxx rose. jemput dtg lagi. hehe

kak hliza, betul. mungkin ini la salah satu tuhan nak tunjuk kat kita kan..