01 January 2008

118

1 Januari datang lagi!

Hari yang istimewa kerana sensansinya (mungkin bagi sesetengah) jauh berbeza dari 31 Disember 2007 mahupun 2 Januari 2008. Hari di mana semua orang dalam diam mungkin ada semangat baru yang ingin dirayakan atau semangat tahun kelmarin yang ingin diperpanjangkan.

Semoga 2008 tak menjadi tahun yang sia-sia. Tahun yang memiliki kalendar paling meriah dengan kisah-kisah yang bermanfaat berbanding tahun-tahun kelmarin. Serta, inilah tahun yang sampai ke penghujungnya, kita semua akan tersenyum puas bahawa 2008 penuh hal yang baik-baik.

Namun, di meja tulis kawan, azam kawan cuma berlegar-legar antara tiga perkara:
1. Bangun pagi lebih awal
2. Tidur malam lebih lambat
3. Siang hari kurangkan tidur

Ayuh ramai-ramai 'ameen'kan semoga azam kawan termakbul.

Oh ya, lebih manis, 2008 telah secara rasmi menjadi Tahun Melawat Terengganu. Kalau 2007, semua orang dialu-alukan ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia, apa kata 2008 ini kita spesifik-kan lagi pusat percutian kita, Terengganu Darul Iman. Ada Marang, ada Dungun, ada Setiu, ada Besut, ada Hulu Terengganu dan juga BANDARAYA Kuala Terengganu. Hehe..

Untuk membantu pelan pelancongan anda, boleh ke Visit Terengganu atau ke blog Mad Redo1. Bagi kawan Pekebende dah layak mendapat kredit untuk promosi secara tak langsung ke Terengganu.

Sekali lagi, sempena 2008 ini izinkan kawan berdiri di depan PC Royale Internet Cafe Jakal Km5,5 ini sambil melaungkan,

HAPPY NEW YEAR!

5 comments:

nieja said...

happy new yeaR

mad.redo1 said...

do'oh sunggoh mung kudeng... semoga hok tiga tu berjaya dilakukan...

HLiza said...

Laa..semua azam berkisar tentang tidur? Isyyhh isyhh..Den..takpelah, jgn tak jadi dahlah ye. Ganu memnag best..

Anonymous said...

aminn...

selamat thn baru 2008 wat kuden =)

Kurt Kuden said...

nieja.. happy new year!!

madredo1, hehe.. betul ape ambe oyak tu.. kalu homsix je buke blog deme hehe happy new year..

kak hliza, hehe.. byk tidur nanti byk lak benda2 faedah lain tak leh wat hehe

chii.. thx hepi nu year chii!!