28 January 2008

Bali (2)

.. dan kami terus berlari riang
Kalau di Jojga, seseorang di lingkungan usia seperti kawan, pasti dipanggil 'Mas', tetapi kalau di Bandung, kawan akan dipanggil "Ak". Tetapi lain halnya kalau di Bali, walaupun ada yang memanggil Mas atau Bung atau Bang ataupun Kakak, nama panggilan menurut kamus Bali yang sesuai ialah 'Bli'. Bli Gede, begitulah nama pemandu kami di sana. 1 jam pertama agak terasa janggal, sehingga teman kawan berkali-kali tersasul memanggil 'Mas'. Bli Gede memang mewakili belia di Bali. Nama penuhnya ialah Ketuk Gede. Perhatikan pada perkataan 'ketuk' di hadapanan namanya, kerana inilah salah satu identiti khas milik penduduk Bali. Orang Bali senang kalau nama hadapan anak pertama mereka ialah, Putu, anak kedua, Made, anak ketiga Nyoman dan anak keempat, Ketuk. Secara tak langsung, sekarang kawan sudah tahu dua perkara tentang pensyarah kawan di UGM, Rheumatologist Dr Nyoman Kartia; beliau adalah orang Bali dan juga anak ketiga.

Secara peribadi, selain bentuk muka bumi yang tak puas mata memandang, Bali tak pernah lepas dari pusat pelancongan dunia kerana kebudayaannya yang seakan tak mungkin pupus. Pulau yang cantik mungkin masih banyak, tetapi mencari pulau cantik yang masih kental dengan budaya serta kepercayaannya, Bali-lah antara pulau-pulau yang beberapa itu. Masih terbayang di ruang mata kawan, gadis Bali dengan lembut melirik penuh tajam menari tarian Barong yang terkandung mitos tersendiri. Manakala, sang lelaki bersahut-sahutan dengan watak masing-masing.


Tarian Barong

Jauh ke utara dari Pantai Kuta, Kintamani menghadiahkan kawan panorama yang cukup menakjubkan. Menikmati juadah tengahari sambil menghadap sebuah gunung berapi yang terlihat segak di depan mata benar-benar menyenangkan. Malah, Isnin kawan terasa cukup lengkap, setelah sempat menikmati secangkir kopi Bali hangat, dengan aroma yang kental tradisional tak berhenti memukau hati seorang penggemar kopi. Hujan kemudian turun lalu menyelimuti kami dengan sejuk, dan terciptalah pengalaman petang yang sungguh nostalgia. Hati kawan berbicara sendirian, bersetuju bahawa Bali lebih daripada sekadar sebuah pulau, kerana di tengahnya terkandung pelbagai ciptaan yang layak dikagumi. Lantas, kami menyapa isi alam, hutan, sawah dan perkampungan yang indah nan damai dengan cara yang agak agresif; menunggang All-terrains vehicle (ATV). Hasilnya, perjalanan merentas desa yang tak sedikit laluan yang tak terfikir otak logik kawan untuk lakukan, menjadi sebuah pengalaman yang membekaskan memori di benak kepala kawan. Sungguh mengagumkan. Kami berdepan dengan cerun yang darjahnya menggerunkan, laluan licin yang terlalu licin dan laluan berbatu yang terlalu berbatu. Kami redah semahunya, sehingga terpahat rasa puas. Paling senang, di See Bali Adventure, Tabanan, kami tak perlu menjadi seorang penunggang ATV profesional untuk mencuba ini.

Kintamani

ATV, Seebali Adventure, Tabanan

Inilah Bali. Pulau yang tak pernah puas memujuk masyarakat dunia berkunjung. Namun, pulau ini pernah terkejut dengan dua siri pengemboman yang cukup menyedihkan. Kawan sempat berbicara dengan Mbak Linda. "Cukup ngeri, masih terbayang di mata sekujur mayat seperti daging bakar mencair melekat di pintu". Mbak Linda adalah seorang penduduk Bali, pemilik sebuah pusat spa tetapi asal Sulawesi. "Islam dipersalahkan, tetapi mereka sendiri tak tahu kalau lebih daripada separuh peniaga di sini, rata-ratanya Islam". Entahlah. Ini insiden yang membuka mata dan minda kita. Bali mungkin ada silapnya, tetapi bagi kawan tak ada yang betul dengan membunuh diri sendiri apatah lagi membunuh mereka yang tak bersalah dan hanya sebab mereka bukan seorang Islam. Kawan teringat antara dialog dalam filem tentang Bom Bali, Long Road To Heaven, bunyinya lebih kurang begini, "Sesungguhnya, tak ada jalan pendek untuk ke syurga".

Pagi Jumaat, kami pulang ke Jojga, menutup cerita-cerita yang paling indah buat kami di awal tahun ini. Cerita yang membekaskan rasa puas, rindu dan tak terkata paling dalam di benak kami.


notakaki::Terima kasih Yek!

5 comments:

mad redo1 said...

indah sungguh larian mung kudeng, gambo paling kelah hok dok tengok kintamani, rasa2nya ebiet g ade ada sebut tentang gunung nih dalam saloh satu lagu dia... hok mane kena check smula ah...

rase nok terbang slalu ke bali... hehehe...

Kurt Kuden said...

abg mad. hehe.. mmg tempat ebiet g ade betul ni nok cari ilham hehe...
terbang abg mad! jgn dok terbang, tp jgn lupe singgoh jogja deehh hehe

azrid said...

best nyer terbang, scuba & naik ATV tu....nak pegi jugokkkkk...

miss adventurous activity so much...

Jie said...

cantiknya kuden.... entah bile dpt menikmati indahnya ciptaan Allah spt itu...

Kurt Kuden said...

puan lucky, ATV tu best sangat2! rase nok beli je letok dumoh se! haha

kak kujie, cantik.. sama cantik mcm msia ;-)