19 January 2008

Edensor

Hidup penuh kejutan dan tak akan sempurna. Namun itulah kenyataan. Ikal dan Arai tak pernah tunduk pada keletihan dalam hidup. Mereka menjelajah Eropah sampai ke Afrika. Mereka berkongsi kisah yang penuh tentangan namun tersimpan pelajaran. Dan setiap kisah itu yang menjadikan mereka lebih kuat. Lebih kuat yang disangka, sehingga membuat Ikal percaya pada semangat Edensor-nya tanpa ragu.

Inilah novel ketiga Andrea Hirata yang membuat hati kawan terfikir apa lagi yang ingin Andrea ceritakan setelah Laskar Pelangi dan Sang Pemimpi. Tak cukupkah lagi kisah-kisah hidup yang pernah memukau kawan menerusi dua novel sebelumnya? Namun, kawan bersyukur Edensor masih belum mengecewakan. Andrea tak lepas daripada kata-kata yang puitis dan kisah-kisah yang dramatik.

Ada alasan mengapa kawan pencinta tulisan Andrea Hirata, kerana Andrea membuktikan bahawa tak ada setiap detik dalam hidup ini ditentukan Tuhan secara sia-sia. Amatilah, sehingga satu hari esok anda akan percaya kenapa wujudnya hari ini. Edensor mengukuhkan lagi hubungan istimewa kawan dengan tetralogi Laskar Pelangi. Maka, tak sabar rasanya untuk menantikan pelengkap Tetralogi Laskar Pelangi iaitu Maryamah Karpov.

notakaki:: gila! Ujian belum habis, sempat-sempat lagi habiskan Edensor.

notakaki2::Satu Sahaja Lagi!

7 comments:

Jie said...

novel chenta kuden...sok ade soklan ttg chenta ye..kakjie sdg baca Ayat-ayat cinta skrg ni....

lepas ni tatau nk baca novel ape..baru dok gelidah nk beli buku online gak ni..

buku ape pun kalo kuden yg preview mcm besttt je

HLiza said...

Dah berabad lamanya tak baca novel cinta..last sekali novel baca pun Harry potter..

mad redo1 said...

derah le perabih... buleh enjooooyyyy...

Anonymous said...

salam pkenalan..
laa..time prekso pn dei lg layan novel. tabik~

arsaili said...

saya pun tgh layan novel....ahaks

Kurt Kuden said...

kak kujie, waa ayat-ayat cinte.. saye sndiri tak penah bace, tapi tau aa sbb tibe2 je novel tu jadi fenomena.. siap ade yg nangis2 bace.. muvi dia cakap nk kuar, tapi tak kuar2 pun..

kak hliza.. eh.. ni bukan cite cinte la kak.. haaa,, kak kujie pun same.. ni bukan novel cinte.. ni novel pasal pencarian diri and cinte.. eh ade cinte jugak eh hahhaa

abg mad, ok skarang i m officially MERDEKA!!! temporarily.. huwaaa

arasis.. salam kenal.. datang lagi tau

arsaili.. hehe.. share la novel tu kk...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.