07 January 2008

Hari Cerah


Sabtu semalam adalah hari yang sangat indah. Antara hari yang memiliki sinaran matahari paling lama di siang hari di musim-musim hujan seperti ini. Lebih indah daripada itu, keputusan 2 ujian yang tertangguh sekian lama telah diumumkan, dan sekalian rasa syukur yang tersisa di dunia ini kawan persembahkan buat Tuhan Maha Adil, kerana debaran kencang di dada mula tenang. Kawan bersorak di dalam hati di celah-celah kesibukan orang lain di depan dinding kaca itu. Walaupun nilainya berapalah sangat berbanding A dan A/B yang dimiliki mereka yang lain, tetapi kawan cukup gembira paling tidak sama gembira seperti mereka itu. Mungkin sikap kawan yang masih toleransi pada nilai 'B' (terlalu toleransi, manusia tak akan maju, bukan?).

Namun, 2008 tak akan selalu indah seperti Sabtu semalam, masih banyak lagi ujian dunia yang harus kawan tempuh. Bermula 8 Januari sehingga 11 hari di hadapannya, jantung berdegup lagi, dan kawan perlu buktikan pada Tuhan, bahawa kawan bukan tergolong antara mereka yang cepat lupa diri, juga janji pada diri sendiri, insya-Allah, 2008 lebih banyak good grades dipegang. Bahkan, semoga kawan tak kufur dengan nikmat itu. Paling penting, jangan bertuhankan TIDUR.

6 comments:

DBI said...

kudeng..biaselah jadi student debor sokmo..tapi biler keje kekgi..lagi lah debor..

mad redo1 said...

Bagus
Belajar
Berdikari.
Bersungguh-sungguh
Berusaha menjadi manusia yang
Berilmu

Banyak positif B itu, walaupun mencapai A akan menjadikan kita lebih cemerlang (C tuh...)

hehehe...

arsaili said...

harap berjaya dan lebih cemerlang

Kurt Kuden said...

dbi, tu a pasal. setiap 7 minggu debbor.. hahha... dang kawan dulu la sakit jatung gamoknye..

abg madredo1, yeahh!! ameennn.. dok sampai sejam lagi exam, sempat agi nih hahhaha

arsaili, ameenn.. ko pun sama di aussie.. aussie kan?

Jie said...

kuden... moga dipermudahkan segala urusan...8-11...cepatlah masa berlalu...kakjie tak sanggup nk dengor dupdap dupdap jantung dia lagi...kehkehkeh

wish mu luck deh

Kurt Kuden said...

thnxx kak kujiee!!!hehe.. dupdap laggggiii niiiigghhh