Musim hujan di Indonesia masih belum menunjukkan sebarang tanda-tanda ingin berubah musim. Tiap-tiap petang hujan dan angin kencang menjamah bumi ini sehingga tak hairan kalau di Jakarta, bencana banjir melanda lagi. Petang tadi sekitar pukul 4 lebih, hujan lebat mencurah-curah seperti biasa. Kawan di pinggir jalan, berpayung menunggu bas jalur 7 untuk ke Jalan Affandi (nama lama:Jalan Gejayan). Walau berpayung, kawan terpaksa mengalah pada hujan yang seakan tak nak berhenti turun. Maka, kawan berfikir elok kawan meneguk secawan kopi di Pandan Leaf Coffeeshop sementara menunggu hujan agak kurang turun.
Kawan melangkah ke arah pintu utama Pandan Leaf yang berkaca lutsinar sehingga tak kira dari luar atau dalam, masing-masing dapat melihat antara satu sama lain. Pelayan-pelayan perempuan cantik manis sedang menyusun roti di rak kayu. Dan, dua orang pelayan lelaki di kaki lima Pandan Leaf sedang asyik berbicara sambil mata melihat jalan raya kuyup bermandi hujan. Cuma tinggal dua langkah sahaja lagi, kawan ulang, cuma tinggal DUA LANGKAH sahaja lagi agar kawan dapat mencapai tombol pintu kaca itu, sebelum kawan terlentang, punggung rapat menyembah lantai basah, sambil kedua kaki terangkat ke udara! Iya, kawan jatuh di hadapan Pandan Leaf! Serentak, semua mata dari dalam dan luar Pandan Leaf tertumpu ke arah kawan. Saat itu, sedikit pun tak rasa sakit di punggung, cuma yang pasti, kawan dapat rasa muka kawan membengkak menahan malu. Kawan cepat-cepat bangun masuk ke dalam Pandan Leaf dan di sambut mesra oleh pelayan cantik manis itu, sambil tersenyum berkata, "Jatuh ya mas?"
Ini bukan kisah pertama kawan mem'badut'kan diri di khalayak umum, masih banyak, antaranya kawan pernah menjatuhkan sphygnomanometer saat terbaring melakukan derma darah, atau membeli penyangkut tuala di sebuah kedai plastik sambil di pipi tercalit coklat Kit Kat sebesar syiling 50 sen ataupun, berjalan dari bilik ke kampus yang jaraknya 20 minit jalan kaki dan akhirnya tersedar bahawa rupa-rupanya zip seluar kawan terbuka sebesar-besar alam hanya pada minit ke 15!
photocredit::© Basic Physics
12 comments:
kah kah kah..aku rase, org Pandan Leaf tu akan ingt ko sampai bile2 la weyy..hahaha..jahatnyer aku gelakkan ko kan..kihkihkih..camaner la belh jatuh..selipar ko xde bunga ke??=)
memang kelako mung kuden...
kerahh sukke ke mung...
hahaha
kalo pasal coklat terlekat kat muka ckp la lovebite... kalo pasal suar terbukak sebesar alam, tatau nak nolong da... mu pakai tak apa2 dlm tu??? hehe
pasni kena suruh the lima wat lagu khas utk ko... Badut Separuh Masa... gerenti hits!
hehe..tatau nk kata pe da..adeih..len kali kena carefull la..ishk2
doyot, a`ah.. slipar jepun Chisel punya pasal la ni.. ahahah! nampak je cun, padahal tak bebunga haha
Puan Lucky, haha.. malu wehh kak.. balik bilik baru rase sakit punggung haha
Ak, haha, nasib baik aku idup zaman fesyen pakaian dalam sedang pesat membangun.. haha msti la pakai!
chii.. tu la.. kuden rase, kuden da catwalk macho2 da hahaha
haihs...watpe catwalk..x macho ar..cam pelik je..ahaha.ops..taper la..at least ada gak citer utk anak cucu nnt :p
Accident pronelah Kuden nih..
Risaunya camne ni..Jakarta tak stop hujan lagike..insya-Allah akak kena pi Jakarta hujung bulan ni..hal kerja, utk 2 hari. Harap2 hujan dah reda time tu.
kudeng!!..why so precise tu???..dua langkah, 15 minit..tompok besar 50sen.. OCD ker....hahaha
elo kudeng.. wah bangganya, org kelate d indonesia.. cnei pun keja ujan gak encik kudeng. dah terbiasa... pasal terbiasa membadutkan diri tu, sounds so cute la.. hehe...
ahahaha!! mekasih kerana menjengah ya mas!
mmg malu wooo jadi benda camtu..ahaha!! aku pn ada gak perstiwa memalukan camtu. apa kata ko start tag org 'perkara yg memalukan tp boleh share dlm idup anda'
amacam?
hehe
chii, haha catwalk yang macho la.. hehe
kak hliza, tatau la kak, macam tanak berenti je hujan nii.. iskkk
dbi, haha agak2 laa..
green nilsen, ko kate cute? hahahahaha sape nak jadi badut wehh haha
anul, haha nak kena wat tag ke? haha mcm org layan je kan..
Yes, been raining when I was there for work. Will be coming back there again...Mintak tips pasal Jakarta leh tak?...(read our blog)..
Sure Kuden expert tentang ni kan ;)
Pearl
Post a Comment