28 February 2008

Bioskop Hokkuden::Ayat-Ayat Cinta

Judul::Ayat-Ayat Cinta
Genre::Drama Romantik
Pengarah::Hanung Bramantyo
Pelakon::Fedi Nuril, Rianti Cartwright, Carissa Putri

Kawan tak pernah baca novel Habiburrahman El-Shihrazy ini dan tak tahu apa yang berlaku dalam Ayat-ayat Cinta(AAC). Namun setelah menonton semalam, kawan bersetuju dengan Kepam kalau filem AAC ini lebih sesuai buat mereka yang pernah membaca novelnya. Mungkin kawan terlalu meletak harapan terlalu tinggi dengan betapa luar biasanya AAC ini akan menjadi setelah melihat penangannya pada banyak orang di sekeliling kawan.

Kisah cinta antara Fahri, lelaki Indonesia yang digambarkan sempurna sebagai Islam dan isterinya, Aisha gadis Jerman pemilik sepasang mata yang sangat cantik serta Maria, gadis Katolik yang jauh menyimpan perasaan terhadap Fahri. Dan ada beberapa konflik di sepanjang sisi AAC timbul bila muncul beberapa orang lagi yang juga mencintai lelaki Indonesia kegemaran semua orang itu.

Teman-teman kawan selalu membicarakan betapa watak Fahri itu harus dibawa oleh seorang yang sangat berwibawa, namun bila melihat Fedi Nuril, kawan agak sangsi, dan mungkin benar kata Ustok, kalau Teuku Ryan yang jadi Fahri. Kawan tak salahkan Fedi kerana mungkin cerita AAC yang daripada sebuah novel yang diringkaskan terlalu mudah ke layar perak dan menyebabkan Fedi kurang mampu meninggalkan bekas di hati kawan. Dan Rianti sebagai Aisha, walau saat berpurdah, matanya terlihat sungguh misteri, namun Rianti masih kurang 'arab'nya 'Jerman'nya. Namun, Carissa Putri sebagai Maria adalah watak kegemaran kawan. Jujur kalau salah satu perkara yang membuat kawan tetap di kerusi menonton adalah watak Maria. Namun ada satu lagi perkara yang paling menyedihkan dalam AAC, iaitu pelakon pembantu dan 'ekstra' yang kononnya berketurunan Arab, berwajah Arab, berbahasa Arab namun tertangkap basah kerana mereka jelas bukan Arab.

Tambah teman kawan lagi, AAC yang kawan tonton telah diringkas sependek-pendeknya, sehingga banyak cerita yang 'melompat' dan watak yang muncul untuk sia-sia. Kawan tak sedikit bersetuju dengannya. Melihatkan cerita yang tergesa-gesa untuk menghabiskan semua cerita dalam novel itu, terasa betapa masih ada ruang yang terlihat kosong.

Hanung masih pengarah kegemaran kawan semenjak menonton Jomblo dan Catatan Akhir Sekolah dan walau betapa sedikit kecewa kawan terhadap AAC, kawan masih tak ragu dengannya. Mungkin kredit Hanung harus diberi bersama kepada semua krunya. Walau masih terlihat ragu-ragu dengan latar belakang Al-Azhar dan Mesir, namun tak dapat tidak masih terlekat elemen dramatik dalam AAC ini. Apatah lagi semua lagu di filem ini seolah diadun sempurna mengikut ceritanya, kecuali saat AAC nyanyian Rossa ciptaan Melly berkumandang kerana terdengar seperti anda menonton Heart dan Apa Artinya Cinta dan sewaktu dengannya.

AAC masih tetap sebuah filem komersial Indonesia, namun tak menghalangnya untuk berdiri satu tapak lebih depan daripada yang lain. Oh ya, sebelum kawan mengakhiri ulasan AAC, ada satu yang ingin kawan kongsi dengan anda, sebenarnya sebelum menonton, yang tergambar di kepala kawan, AAC berkisar tentang perjuangan cinta pada Pencipta sambil ditemani kisah cinta manusiawi, namun setelah menonton, ternyata AAC masih kental dengan cerita cinta yang berat, penuh drama dan syahdu.

Rating::2.5/5 bintang

post-script(re-edit 2:18pm 28 Feb) - Thanks Kerp sebab mengingatkan kawan!

16 comments:

WNA said...

tak pernah dgr pun cite ni.
tapi poster menarik :)

Jie said...

kakjie dah baca novel dia, skrg ni anak sedara kakjie ( LELAKI ) yg pinjam nk baca

kata dia org novelnya hebat....eeemmm..bg kakjie biasa2 je....entahlah..susah kot nk memenuhi piawaian kakjie..kahkahkah

tapi kalau filem dia ade,nak le juga tgok....mcm mana hebat ke ..tp awai2 lagi kuden dah ckp mcm tak bessssst je...

azrid said...

tengok wayang pulok...
kena kabbo ke ustaz aziz ni...hikss

Unknown said...

erm..mcm x menarik je..
baca novel je ar

mad redo1 said...

oh awok eh, ssiang dia nok enjoy sket, dok payoh la kkabo...

ke guane, kudeng?

Kurt Kuden said...

purplechoc, ni latest indonesian muvie.. novel adaptation

kak kujie, saya pun tak penah bace.. tp kawan2 mcm suke bebenor je.. eh, takpelah kalau kak kujie nak tengok, mane tau menarik minat kak kujie. ni pandangan peribadi jek..

puan lucky, dok soh aa royak kak.. debbor nih nok balik kg. huwaa

chii, mungkin better bc novel je, sbb sme yg penah bace suke gile cite tu..

abg madredo1, caya la abg mad!!! Gimme 5!!! hup!!!

WNA said...

owh yeke.tak perasan awak di indonesia skarang.best nye~~

Anonymous said...

Kalu rajing, cari filem JUNO & ATONEMENT...feel good movies for 2008...

cari jugak filem I'LL BE THERE dan jugak NO COUNTRY FOR OLD MAN...superb!

Malaysia punya muvie sekarang ni tgh meletop DUNIA BARU, Pierre Andre act alongside, rockchick Elyana.

Kurt Kuden said...

purplechoc, alhamdulillah la.. indonesia bukan tempat yg salah.. ;)rajin2 dtg la jogja.. hehe

yang tak bernama, aku dah tgk Juno n aku suka tapi tak berminat nak buat review sbb ade prinsip aku yg aku takkan share cite ni dekat org.. sorry ehh.. tp aku setuju sgt ngan mung, cite tu best! n atonement, aku dah ade cume tak berpeluang nak tgk. ari tu smpat browse cam2 tu je.. huwaaa agak bz tp nak tgk sgt!! thxx nanti aku cari I'll b there n No country for old men!! thxxx ehh

ttg dunia baru? hehee.. betul ke ni bessstttt.. hmmm.. nanti ade pluang aku tgk..

noushy syah said...

Yooo...

hahhaha, where's your speech in Javanese to accept the awards?lolz..

BTW, whatever story of this movie is, I surely think that the poster is gr8!

Have a nice w/end and chill out my friend.Take care yea.

Harajuku PearL said...

I heard about this one and with rave reviews...Must catch it..got DVD?..hehe

Pearl

arsaili said...

rendah nya bintang

Kurt Kuden said...

noushy, haha cannot speak javanese lagi la.. gimme 10 yrs, nanti msti saye leh hehe.. suke sgt award tu!! huhu thnxx skali lagi, a`ah poster die chanteq kan.. tapi tu la kalau lah jln cite die lagi best, mesti lagi syok.. take care of yourself too..

madam pearl, DVD? hmm nnti b4 i balik msia this coming june, saye tolong carikan, tp skarang tak kuar lagi kot.. eh, tak silap saye ada kawan2 yg dah dapat donlod.. illegally heheehe

arsaili, hehe.. pandangan dari seorg peribadi yg tak de pengetahuan filem pun, so jgn kisah sgt.. rs nk tengok, tngok jeee hehe

cendawanintim said...

Salam kenal2 buat kurt,

tak belik ngundi erk???hikhik..

anyway, smoga slamat di seberang sana..

Anonymous said...

Juno is about how you deal with your big problem, and face it with matured thinking and beware about pro and cont, do and don't...but of cos but lah..tak sesuai dgn budaya timur...but kita bleh nilai from humanitarian perspective.

kepada kurt kuden jugak, aku tgh busy for my first novel launching at KL INTERNATIONAL BOOKFAIR, schedule on 4th march at PWTC. Can't wait, i'm participating with the other SEA WRITE Winner too.

well, lu patut bukak website Hujan..i love this nu band...malaysian made okay. Aku dh try cari lubang utk tolong aku capai cita-cita terbaru aku - Menjadi Penulis Lirik Unconventional. hahaha. Hujan just suit with me, the music, the soul and the frankness. One day I'll write a lyric with them. Just wait!

Sokmogitu

Kurt Kuden said...

cendawanintim, salam kenal dan malangnya aku tak register lagi punnn huwaaaa rakyat yg jahat aku nih..

sokmogitu, betul, tu yg aku ske dgn JUNO.. aku suke percaya diri dalam cite tu.. dan plg aku suke, mung da siap 1st novel!!! siottt bakpe nok launch baru oyak!! saje je ehhh.. aku nok beli se!! balik msia aku cari, aku takboh mg beri, tp aku nok beli sndiri!! waaaa n hujan, aku dok penoh dngo lagu die.. mmm nanti ade pluang aku dengo ehh.. thnxxx sbb oyak! SEA thing, waaaaaaaaaaa nganga aku bc, kagum ngan mung!! congratSSS!!!!