12 February 2008

Cerita di Pangandaran

.....pada 8 Februari 2008.

Pesisir pantai yang lutsinar bergenang seperti kaca melihatkan batu laut berserakan di dasar Pantai Batu Karas. Tak kurang hebat sungguh indah panorama pagi di sini. Saat deruan ombak pagi bernyanyi berjaya menarik kawan untuk terlena di gigi air berselimutkan angin segar, terdengar dari jauh suara riang Gana, Has, Jamal berciak-ciak mandi-manda di tengah pantai. Mereka berusaha menangkap ombak namun tak mungkin kerana ombak lebih dahulu menangkap mereka hingga basah. Maka begitu, suara mereka terdengar lebih riang. Dan, Batu Karas pun mula meriah. Pencinta pantai bergilir tiba dan saat matahari belum sempat tegak di kepala, kami singgah ke sebuah jambatan gantung milik sebuah desa. Walau terlihat usang, daif dan keselamatan yang ragu-ragu, kawan tak dapat menipu diri sendiri bahawa jauh di sudut hati, kawan kagum. Sejujurnya, kawan yakin tak pernah terlintas di fikiran penduduk desa kalau jambatan ini bukan untuk melancong, namun keunikannya berjaya menukar status jambatan kecil ini sebagai sebuah pemandangan yang mampu mencuri perhatian setiap yang datang.

Setelah kenyang menikmati Ayam Pepes, khas dari Pangandaran, kami terus menongkah arus di Green Canyon. Kami mudik ke hulu menyaksikan ciptaan yang cukup mengagumkan. Hutan hujan menghijau rimbun memagari perjalanan kami merentas Green Canyon. Walau tak berpeluang melihat air sungai yang pekat kehijauan dek musim hujan yang menjadikan airnya kecoklatan, kawan tetap puas. Sampai ke perhentian terakhir, jeram mengalir deras sekali. Titisan air dari lereng yang tinggi tak terjangkau, menyusuri stalagmit dan menitis di kepala kami. Air sungai terpercik membasahi betis, dan di celah pohonan tinggi yang seperti langit-langit tinggi tiba-tiba menjadi luar biasa indah saat matahari mula menusuk masuk melewati celahan itu. Kartee dan Guna dengan gayannya melompat terjun terus ke dalam jeram deras, dan membuat kami satu-persatu mula turun dari bot membiarkan jasad ini bersatu merasakan betapa derasnya jeram di Green Canyon. Pengalaman yang tak terkata nikmatnya. Kami berpaut pada batu yang besar tak terkira, dan beraksi semahu-mahunya di depan lensa milik Shen Yew dan Budi, seolah-olah inilah hal paling hebat yang pernah kami lakukan.


Petang pun tiba. Di Taman Nasional di Pantai Pangandaran, hutan rimbun melebar di pinggir laut dan tentunya inilah sebuah hutan yang cukup mengerikan. Gua-gua tinggalan alam kukuh tetapi pekat berbau mistik. Merinding bulu roma saat mendengar cerita Gana dan Kartee yang mengepalai ekspedisi kami dan bertemu nenek tua di sebuah pondok bermentol kuning. Saat senja mula berlabuh, hujan mula rintik turun. Waktu tak terlalu mengizinkan kami meredah sang hutan lebih dalam. Sayang tak sempat kami melihat Rafflesia di sebelah air terjun. Kawan dan Nair berlari ke pantai saat hujan mula turun. Dan, saat kami tiba, kami saling terpukau. Air lautnya jernih bukan mainan, hijau kebiruan yang paling indah. Lebih indah dari Batu Karas yang pertama kali pernah memukau kami pagi tadi. Karang laut berserakan di pesisiran pantai dan ombak bergulung gagah membuat kami tak berkedip-kedip melihat kecantikan alam. Sungguh mempesonakan.


Malam akhir di Pangandaran, kami menikmati makan malam makanan laut yang sesungguhnya sungguh sedap. Pengalaman kawan 3 tahun di Jogja, menikmati makanan laut di sini agak mahal untuk status seorang penuntut seperti kawan, namun di sini, kawan berani katakan harga yang ditawarkan terjangkau murah. Sehingga di suapan terakhir pun, kami tak habis-habis tersenyum puas menikmati ikan, udang dan sotong yang dimasak pelbagai cara pilihan Yek, Non dan Pong. Malam akhir itu juga kami rayakan dengan bunga api dan mercun yang ditembak tepat ke tengah laut. Bunga-bunga api mekar berkembang di dada langit dan tepat di permukaan laut, terlukis pantulannya. Kami bersorak gembira melihat malam di Pangandaran yang penuh warna-warni bersulam nada riang. Sebelum ke sini, kawan ingin sekali mencuba basikal dua tempat duduk ini. Dan malam itu, keinginan kawan terkabul. Bersama Guna, kami bersorak paling riang, berbasikal dengan laju membelah jalan pesisir Pantai Pangandaran. Akhirnya, sebelum melambai kali terakhir buat Pangandaran, kami berkumpul ramai-ramai dan mendengar cerita-cerita seram. Dingin malam itu menyuntik rasa takut, ditambah lagi bunyi ombak malam yang seolah-olah melatari dengan lagu paling sedih.


Jam 11 malam, kami meninggalkan Pangandaran dengan seribu satu cerita yang takkan terlupakan. Memang masih banyak yang belum diterokai, dan hakikatnya satu hari di sana terlalu singkat buat semua. Namun kawan yakin, paling tidak inilah satu lagi sisi Indonesia yang sempat kawan singgah di suatu hari di awal Tahun Baru Cina, Pangandaran, Jawa Barat.

photocredit::© Shen Yew Studio dan © Budi

11 comments:

Wanpetunjuk said...

Binjai rendah....dekat sgt ngn bukit payung...
lama tak balik bukit payung....

Anonymous said...

bestnye..da lama x kuar2..jeles :(

Unknown said...

kurt - siapakah awek cun yg terngaga semasa mandi itu? kim salam ek... abaikan msg ini kirenya si die udah berpunye! :P

Kurt Kuden said...

wanhidayat, hehe.. balik la bukit payong.. bukit payong maju doh lening heheh

chii, skali skala kuar aa chii. kasi refresh sket badan

hannan, hahaha! name dia Swarnalatha Nair. Dia dah berpunya aa hannan. Weh , aku report kat mek mung kang baru tau hahaha! ade ati tuuh haha

HEMY said...

waaaa...jeles2 ko leh jalan2 macam ni..teringin nyaaaa

azrid said...

belajar pastu jenjalan

pastu belajar lagi...then jenjalan...

memang best jenjalan masa belajar kan??

Anonymous said...

kuden..aku rase dah x sesuai nama Green Canyon, kena tukar jadik Brown Canyon..sbb air die coklat..haha..cantik la gambar tapi..klakar betol..teringin nak gi..tp time air die hijau la..heheh

Kurt Kuden said...

Anul, best. tp tu la.. sementara duk tempat org ni, explore la mane yg mampu.. nanti da blk msia takdenye nk dtg balik haha

Puan Lucky, haha! kalau buat ratio antara belajar ngan jalan2.. rase mcm 1:10 je haha

doyot, hehe.. gi la time hijau.. aku pn rase cam nak gi pangandaran skali lagi.. mcm santai je.. n nak makan SEA FOOOODDDDD!!!

Anonymous said...

hehee..tul tuh..sok nk masuk utan..nk cari kwn dlm utan..ahah

Jie said...

sonoknya Kuden.... cantiknya pemandangan....indahnya ciptaan Tuhan...

Harajuku PearL said...

Best lah pictures kat sini...very nicely done. Good job

P&P