20 February 2008

Bioskop Hokkuden::Jumper


Judul::Jumper
Genre::Fiksyen, Aksi
Pengarah::Doug Liman
Pelakon::Hayden Christensen, Samuel L. Jackson

Sedang kawan tak tahu apa yang ingin diisi di blog ini, akhirya muncul Jumper yang sempat kawan tonton petang semalam. Pertama sekali sebelum anda salah sangka, ini bukanlah sebuah filem kegemaran kawan. Sekadar salah satu perkara yang kawan ingin kongsi bersama anda (mungkin terpaksa). Jumper sebuah filem aksi 'fiktif' yang menampilkan Samuel L. Jackson yang pernah memukau kawan di satu-satunya filem yang akan muncul di kepala jika disebut namanya iaitu 51st State. Namun, dalam Jumper tak banyak sisi beliau yang kawan jadi teruja (walau masih tetap hebat dan mungkin bagi sesetengah orang sangat hebat). Namun, sebagai Jumpers, Hayden Christensen (David Rice) bukan orang yang salah dan begitu jugalah Jimmi Bell (Griffin).

Jumper sebenarnya agak ringkas iaitu kisah Roland (Samuel L. Jackson) memburu jumpers manakala David Rice sibuk melompat merentas 'globe'. Namun, perkara yang satu-satunya menyelamatkan Jumper ialah kesan khas dan idea 'Jumping' yang sangat terlalu mengesankan. Tetapi, kawan kadang-kadang agak menyampah juga dengan David Rice di awal-awal cerita yang terlalu bebas melompat ke sana sini tanpa cerita! Dan yang paling buat kawan kurang senang dengan Jumper, penutupnya yang mungkin buat sesetengah orang akan berkata, "Itu je ke?". Lebih parah lagi, kawan tidak dapat tidak kalau kelemahan akhir cerita itu kawan ingin salahkan jalan cerita dari awal lagi. Bagi kawan, Jumper sebenarnya agak menarik andai kata ia cuma sebuah episod di Star World, tapi untuk sebuah filem, kawan angkat kaki.

Keseluruhan, walau cuma begini hidangan Jumper buat kawan di hari Isnin, dan sudah terlanjur kawan tonton, ada perkara yang buat kawan ingin tonton sekuel-nya (pasti ada!), kerana kawan terlalu ingin tahu asal usul kaum Jumpers dan siapa Paladin. TETAPI (Dengan semua huruf besar), Jumper tetap bukan filem kegemaran kawan.

Rating::2/5 bintang

6 comments:

AK said...

uish...
bagus ini entry!
bagus!
(hehe... puji2 supaya dpt balik smngt mengupdate!)
haha

slalunya lah kan.. orang wat entry untuk citer yang best tgk.. ini utk citer yang tak ske ditengok... len sket la perspektifnya... hehe

amboi... berjalan sakan ya... bila lah nak g indon ni...

btw, pasal yang ari tuh, diorang dah decide g istanbul... so indon tak dapat... neway, nak ucap trime kasih byk2 sbb tlg mana patot... kim salam kat pong skali tau!

Anonymous said...

erm..tgk iklan cam menarik..
owh ye..kuden da tgk game plan...kalo lum..chii suggest tgk ar..sgt suwet tgk the rock berlakon...ehehe...tp sure da tgk nye kn

Kurt Kuden said...

ak, hehe.. tenkiu weh..

waaa.. gi istanbul ehh.. bestnyee.. takpe.. nanti ade rejeki leh dtg sini.. aameeenn

chii, lom tgk la chii, ramai kawan kuden kate cite tu best gile.. nak gak tgk tapi kurang berkebetulan.. nanti ehh.. thxx gak sbb bgtau..

Anonymous said...

okeh2..chii sarankan kuden tgk ..WAJIB :p

Kurt Kuden said...

haha! orait chii!!

Harajuku PearL said...

Special effects - pass!
soundtrack - pass!
actor & actress - pass!
jalan cerita - FAIL lah babe..

hehhe but we enjoy the scences

P&P