13 March 2008

7 days ago...

Kartika1

Kawan tak tahu kalian bagaimana, tapi buat kawan, ini mungkin antara pengalaman terbesar dalam hidup kawan setelah berjaya masuk ke fakulti kedokteran di Universiti Gadjah Mada. Ini pengalaman yang kawan mungkin tak pernah pun terfikir pada setahun yang lalu kalau kawan akan menikmati ini semua. Masih terasa sakit-sakit di punggung dan bekas sunburns di wajah masih menggelupas lagi dan bersama-sama itu jugalah kenangan 3 hari 'di sana' turut berputar-putar di kepala kawan. Kawan meneguk rasa puas tanpa kecewa setelah diberi peluang oleh Unit Berkuda UGM untuk bersama Mbak Lita dan Mahyas dalam dressage walk trot senior di Kartika Equestrian Championship 2008 yang bertempat di kawasan paling banyak kuda yang pernah kawan saksikan dalam hidup kawan - Detasemen Kavaleri Berkuda Indonesia, Parongpong Bandung.
Photobucket
menuju ke tempat latihan

Teman-teman, sesungguhnya kawan terlalu mentah dalam sukan berkuda dan andai pengalaman kawan yang jadi hitungan, tentu kawan ditertawa sekuat-kuatnya kenapa tegar sekali kawan berbuat hal ini. Kenapa dengan kosong pengalaman itu, kawan langsung sanggup menyapa kejohanan ekuestrian yang bersifat nasional ini? Jujur, kawan tak mengharap untuk menang, tetapi jujur juga paling tidak jauh di hati kawan, terselit rasa tak ingin berada di nombor paling belakang. Maka sesuai sangatlah kalau nama kawan diisi dalam acara paling mudah dan amatur - dressage walk trot senior. Namun tak semudah yang kawan jangka. Kawan bersaing dengan mereka yang bertahun-tahun lebih pengalaman daripada kawan, dilatih secara profesional dan dilengkapi kemudahan yang memicu sisi cemburu kawan serta penampilan elit mereka yang tak habis-habis meniup rasa rendah diri kawan setiap kali kami berselisih bahu. Sedangkan kawan di Jogja, dua kuda; Iwe dan Ayu itulah sumber latihan kawan. Kalau bagus mood mereka, maka baguslah latihan kami, tetapi kalau sebaliknya, huru-haralah kami semua di kandang serba daif itu. Teman-teman, kawan tak bohong kalau kawan katakan, yang melatih kawan di Jogja adalah mereka yang sama-sama ikut pertandingan di sini, mereka yang 3,4 tahun lebih dahulu mengenal kandang di sini, dan mereka sama seperti kawan, anak UGM. Sehingga Kawan terfikir, inilah perkara paling menyedihkan untuk berada di sini, tetapi ternyata tidak kalau terserlah rasa bangga, sebabnya dengan hanya cuma sebuah kandang kecil yang itupun menumpang di tanah orang, kami masih berani untuk berkongsi medan pertandingan dengan insan-insan yang hubungan sosialnya bersama kuda-kuda jauh lebih profesional daripada kawan.

Photobucket
main arena

Photobucket
indoor

Kalau teman-teman ingin tahu, di sana kawan berperang dengan emosi sendiri. Sehingga pernah pada satu saat, kawan rasakan menerima peluang ini adalah salah satu kesilapan terbesar yang pernah kawan buat. Ingin saja kawan pulang terus ke Jogja dan lupakan hari itu. Setiap satu kemungkinan terburuk saat hari pertandingan tergambar satu persatu di ruang mata kawan sehingga ia berkaca. Semua orang di sana terlihat sungguh hebat di mata kawan, namun malangnya, kehebatan merekalah menjadi aura negatif pembunuh semangat. Setiap saat mendekati hari pertandingan, setiap itulah semangat kawan putus bercerai satu persatu. Teman-teman, percayalah kawan, saat tubuh ini menggigil takut, ketakutan itu jugalah yang mula menjelma menjadi zat paling positif buat kawan. Dan percayalah juga teman, kalau ingin sekali kawan katakan di sini, Tuhan telah mengurniakan kawan keluarga dan sahabat-sahabat yang sungguh menakjubkan. Mereka jauh dan dekat bak dahan tempat kawan berpaut sebelum sempat kawan jatuh menyembah muka ke bumi. Dan dahan itu tak pernah patah sehingga akhirnya kawan mampu melalui hari itu.

Kartika2

Berada di arena, suasananya sepi sekali sehingga terdengar jelas nafas Lipstick menghembus. Kawan sedar betapa kawan masih tidak sempurna menunggang kuda, namun kawan telah berjanji pada diri bahawa kawan akan tetap habiskan pertandingan ini tanpa pernah menyerah. Dan saat hormat akhir kawan pada sang juri, berbunga mekar di hati bahawa kawan menang dengan diri sendiri dan berjaya selesaikan walk trot. Ingin sekali kawan memeluk seluruh dunia betapa kawan puas untuk telah menghabiskan pusingan itu. Dan seluas dunia juga kawan terbangkan rasa syukur kerana daripada 18 penunggang kuda di acara kawan yang setiap satu di antara meraka kawan kagum sekali, kawan berjaya di tangga ke 13. Teman-teman, kawan tahu nombor kawan itu banyak sekali, tetapi jangan kalian risau, kawan tak pernah kecewa malah pengalaman pertama menikmati sukan berkuda ini lebih maha-luar-biasa hebat rasanya!

Photobucket
Anak UGM:Mbak Lita, Kawan, Pristie & Mbak Ella (dressage preliminary), Kiru, Mahyas dan di belakang Mas Yahya (show jumping)

9 comments:

Harajuku PearL said...

larilah..hai kudaku..larilah,ayuh lari...lagu Sharifah Aini keeps playing in my head bila baca post ni...hehe

Pearl & Pato

Kurt Kuden said...

Pato & Pearl sekeluarga, haha! a`ah laa kenapa saya tak terpikir lak.. nak wat lagu tu jadi soundtrack la.. haha! best kan lagu tu

Jie said...

best lah kuden...pengalaman tu....kakjie suka dressage walk tu..ade seni2 lenggok kuda tu. Baru semlam bercerita dgn abg bab sukan berkuda ni, hari tgok kuden dah atas kuda..

wahhh..larilahhhh....kudaku...lari!

azrid said...

wahhh kuden...

akak bangga sekali.Tahniah...
Lps ni bleh la join endurance kat trg lak...

Kurt Kuden said...

kak kujie, owh eh.. skang mcm sgt excited nk blajar2 bekuda betul2 lagi.. tapiii byk halangan sgt la kak.. hummm

puan lucky, haha tq kak! endurance? iskk.. byk lagi tu kak ehh kena tuntut ilmu bekuda... di msia bukan calang2 kan ekuestrian dia.. hebak2 blake nung..

mad redo1 said...

buleh ah jadi dokter kegemaran DYMM sultan mizan ah pas nih... tak ramai pun dokter berkuda kat ganu nih... hehehe...

kakkumei said...

kudennn
jeles jeless..
nak join gak..
tapi aku tak ske kuda sbb dia lagi besar dari aku...
(boleh tak?)

Kurt Kuden said...

madredo1, haha ameeennn. gane2 pun ni ambe kene jadi doktor betul2 dulu. argghh lamenyeee

rean, rean 2006? hehe.. bole je rean. mane tau, bile ko da join ko jadi suke kat kude2 itu hahaha

kakkumei said...

yep rean 2006. ada rean len lagik ke?huhu!

hahaha..ntah.aku dulu ada 2 org kawan giler kuda..naseb baik tak terjangkit.mwahahahaha!

tgk arr kalo aku rajenn...(keyword rajhenn. XD)