20 March 2008

Bioskop Hokkuden::Vantage Point


Judul::Vantage Point
Genre::Thriller, Aksi
Pengarah::Pete Travis
Pelakon::Dennis Quaid, Forest Whitaker, Matthew Fox

Mungkin kalau kawan menonton Vantage Point sebelum Before The Devil Knows You Are Dead, kawan akan kagum dengan filem ini. Sebabnya, yang agak membezakan dua filem ini mungkin cuma pada jalan cerita, dan malang sekali ini adalah pandangan kawan tentang Vantage Point, maka tak dapat kawan cerita lebih banyak kalau BTDKYAD itu lebih kaya dengan emosi dan penutupnya luar biasa dramatik.

Berbalik kepada Vantage Point. Seingat kawan, lebih daripada 80% filem ini sarat dengan aksi-aksi yang tak kalah buat kawan terkejut. Walaupun babak yang sama diulang berkali-kali terutama bahagian bom meletup dan kawan masih tetap terkejut, namun andaikata ada 15 watak lagi yang mereka ingin ceritakan, dan pada kali yang ke 12 , mungkin kawan sudah tak terkejut. Sama juga dengan aksi kejar mengejar kereta, kawan masih tak dapat lupa kalau salah satu aksi terbaik dalam kejar kereta yang pernah kawan lihat ialah Italian Job, maka persembahan di Vantage Point walaupun mampu menarik minat kawan, malangnya kawan masih belum puas. Apatah lagi dengan agen Barnes (Dennis Quaid) yang terlalu heroic, walau dilanggar lori tapi masih gagah keluar daripada kereta. Tapi dalam filem, apa pun boleh berlaku.

Tak bermakna kawan tak suka filem ini, kerana paling tidak, kawan sanggup menahan diri daripada buang air kecil semata-mata untuk mengetahui kesudahannya dan kawan punya watak kegemaran di filem ini, Howard Lewis (Forest Whitaker).

Rating::3/5 bintang

3 comments:

ak_0143 said...

hahaha
aku dah tgk citer niyh...
not bad la..
sbb aku ske teknik2 flashback neyh utk kembangkan watak...
macam citer 'kami' kat 8tv... tatau ko tgk tak...
aku tak tgk citer2 yang ko comparekan tuh...
maybe lgi best kowt....

rean said...

mcm best jek..nnti aku gi tgk kat 21...

Kurt Kuden said...

ak_0143, hmm bole tahan la.. oh ye cube a try tgk cite2 tu ehh

rean, exam lu rean.. study!! haha