24 March 2008

Jangan Gila Donk!




GILA! Kawan tak tahu kenapa, tapi inilah, Indosiar Superstar Concert, rancancan kegemaran kawan buat masa ini. Mas Eko dan Ruben yang jauh daripada normal, atau percaya diri Nona Igun tingkat tinggi, ataupun ke'sengal'an Uncle Jessy yang luar biasa sengal atau juga sampai satu saat boleh mengheret Ning Emil di kancah kegilaan mereka, semuanya bercampur baur menjadi persembahan hiburan yang mampu menjentik nafsu ketawa kawan dan langsung memikat hati.

Memang ramai yang akan memandang sinis dengan rancangan berdurasi ENAM (6) jam ini, tapi kawan tak peduli, paling tidak, ini perkara yang tak penat bikin kawan gembira.

Pelajaran III: Ketawalah, nescaya seluruh dunia sedang ketawa bersama anda, tetapi andai anda bersedih, sesungguhnya cuma anda sendiri yang sedang bersedih.

2 comments:

chii said...

alala..tgh sedih2 ke.jom2 kita gembirakn hati sendiri..

tul tu..ketawa penawar duka....

Kurt Kuden said...

hehe.. tq chii.. tapi takdak a sedih sgt .. biase2 je.. tp tu mmg feveret cite kuden wat ms skang