04 April 2008

Aroma Paling Istimewa

Menghirup secawan milo hangat di pagi hari, mungkin menjadi pelengkap istimewa hari-hari milik kawan. Nikmatnya, sungguh tak terperi. Riak air yang masih pekat warna koko dan liuk wap hangat terlepas ke udara, berputar-putar bersama kisah-kisah manis hari kelmarin.

x x x

Rumput masih berembun. Langit masih membiru. Matahari, masih malu untuk terlihat semua. Burung-burung berciak paling merdu di pagi itu. Dan di anak tangga paling atas, anak kecil berwajah kusam duduk sambil bersandar ke daun pintu. Tersengguk-sengguk menahan kantuk.

“Hok aloh, dang lagi tidur. Mung nok gi takmboh? Derah bangung!”
(Ya Tuhan, sempat lagi tidur. Kau nak pergi tak nak? Cepat bangun !)

Tuk Wan membetulkan selendang dibahunya. Beg duit kecil erat di genggaman jemari kanan tangan kanannya. Daun pintu ditutup rapat, maka, anak kecil itu pun bangun malas dan menguap.

Anak kecil itu membuntuti Tuk Wan tanpa soal. Mereka berdua bergandingan tangan saat meniti jambatan buluh dengan hati-hati. Dan melewati jalan kecil beralas daun-daun basah serta ranting-ranting patah di tengah-tengah pohonan getah. Dan akhirnya tiba di sebuah warung kecil pinggir jalan. Warung kecil yang dikunjungi anak kecil dan Tuk Wan hari-hari semalam.

Pok Ngoh Tok terlihat sibuk bersama dapur kayunya. Sekali-sekala, Pok Ngoh mencapai tuala putih di bahunya dan mengelap keringat di dahi, di leher dan di pipi. Pok Ngoh Tok ceria seperti biasa, namun bicaranya minimum kerana suara Pok Ngoh Tok sengau. Cerita Tuk Wan kepada anak kecil, lelangit mulut Pok Ngoh Tok berlubang, sebab itu Pok Ngoh Tok sengau. Tetapi, sekali Pok Ngoh Tok bersuara, pasti riuh rendah suaranya bercerita dengan lantang dari hati. Dan, semua di warungnya tidak ada yang tak mengerti.

Anak kecil berfikir, antara nasi lemak dan laksam, yang mana lebih enak. Anak kecil berpaling kepada Tuk Wan dan beritahu kalau pagi itu dia ingin sekali telur separuh masak. Anak kecil mencapai sebungkus nasi lemak di hadapannya, lalu telur yang masih panas itu dicurah terus ke atasnya. Demi Tuhan, buat anak kecil, sesuap nasi lemak bersiram telur separuh masak, rasanya cukup nostalgia.

Aroma dari gelas putih itu menusuk tepat ke rongga hidungnya, membuat anak kecil tersenyum sendiri lalu mencapai gelas itu tepat ke bibirnya.

“Panas!”

Tuk Wan berpaling pada anak kecil lantas menuang milo panas itu ke dalam piring kecil. Lalu anak kecil itu menghirup hingga licin. Aroma dapur kayu Pok Ngoh Tok yang kental menyempurnakan rasa milo itu. Dan, Tuk Wan tuang lagi milo ke dalam piring kecil itu, lalu anak kecil itu hirup lagi hingga licin. Berkali-kali hingga kosong gelas putih itu. Anak kecil menjilat bibir, puas dan tersenyum bangga kalau milo panas itu sekali lagi di pagi itu berjaya dihabiskannya, apatah lagi dengan licin.

x x x

Kawan mencapai milo hangat di meja, lalu mencuba kalau sehingga hari ini, kemahiran minum dari piring itu masih belum pernah hilang. Namun sesungguhnya, kawan rindu sekali pada Tuk Wan di sisi kawan dan menuang milo buat kawan seperti Tuk Wan pernah tuangkan pada anak kecil itu.

Ya Tuhan, ingin sekali kawan ungkapkan hal ini buat Tuk Wan ‘di sana’ sekarang juga!

6 comments:

azrid said...

hok aloh...sungguh nostalgik...
teringat kat arwah 'cik' saya...
lepah mandi ssunga...kara air telaga..jiruh...ohh nyaman sungguh...

fav nina hirup air teh dlm piring..

Noushy Syah said...

yeyyy!! I love the aroma of hot chocolate and coffee..so inviting and seductive, lolz! Though I'm not a coffee drinker :)

Reminiscing your Tuk Wan,I supposed is your grandpa rite?

Have a gr8 weekend my friend..more hot choc?:p

AK said...

waa.... walk down the memory lane ek???
takde lak berkesempatan dapat pengalaman cmtuh..
thnks 4 sharing!

NKxvii said...

weyyy best gile entry ni
ko mesti comel kan mase kecik dulu=)

mad redo1 said...

derah sunggoh pengomen #1 sapa sinning... saya wahhi gok minung gittu... se agi kalu cicoh khepok keping denge kopi O... sedak gok tu...

Kurt Kuden said...

puan lucky, waa rindu jugok air telaga umoh tok! waaa sejukkk

noushy, tak.. tu my nenek.. a`ah la.. rinduunyeeeeeeerrrr

ak_0143, saje tibe2 tringat hehe.. u r welcome

nkrouge, bukan mase kecik je la cumil. skarang pun NK hahahaaha

abgmad, kepok keping ngan kopi O? okkkk.. hahhahahaa dok leh time haha