28 April 2008

Hari Kawan Merosakkan Fandanguillo..

...sehingga hancur menjadi sumbang melampau


Ada perkara yang kawan bimbang dan akhirnya benda itu terjadi juga, diluar kerelaan kawan. Kawan membawakan lagu Sepanyol, Fandanguillo karya Bartoleme Cataluyud pada pagi Ahad sempena Pesta Muzik 2008. Kawan telah menjangkakan yang kawan akan dikawal oleh rasa gementar kawan sendiri. Dan, akhirnya, sejak dari bar pertama lagi, kawan sudah salah petik sehingga kawan hilang arah sama sekali tak tahu apa yang hendak diteruskan. Maka, kawan dengan rasa bersalahnya mula main dari not pertama. Al-hasilnya, di sepanjang Fandanguillo itu kawan terbeban dengan rasa bersalah, gementar dan setiap bar dalam Fandanguillo terasa luar biasa susah. Lantaran gementar, tak hairan jari kawan jadi keras dan kaku. Segala terlihat salah dan tidak sempurna. Slur kawan ke mana-mana, lageto yang kosong, pokoknya semuanya sumbang. Lebih marah, ini lah versi Fandanguillo kawan yang sangat teruk kalau dibandingkan dengan sesi-sesi latihan.


Rasa lega dan kecewa bercampur menjadi satu. Kawan lega akhirnya debaran kawan berakhir juga, tetapi kawan kecewa dengan persembahan kawan walau disertakan dengan pentas, sistem bunyi, gitar dan penonton yang sempurna, malangnya gara-gara gementar yang mengarut dan paling penting kemahiran kawan yang masih suam-suam kuku itu, buat kawan jadi hilang arah. Ada sedikit rasa yang tersemat dihati, bermain gitar klasik di hadapan orang selalu menjadi cita-cita kawan, dan Ahad semalam cita-cita itu terkabul walaupun jauh teruk daripada kawan jangkakan! Semoga ini bukan pentas pertama dan terakhir kawan. Apatah lagi berkongsi pentas dengan mereka-mereka yang jauh sempurna daripada kawan, Richard (luar biasa!), Lukman (terima kasih atas tuner-nya) dan Dapper (selamat berkenalan!) menjadikan pengalaman Ahad itu cukup bersejarah.

Itu cerita pada paginya. Perjuangan diteruskan pula oleh teman kawan, Kerp Rockstar yang mengikuti acara drum di sebelah malamnya. Kerp tak pernah mengecewakan kawan dengan permainan drumnya. Ada sisi peribadi Kerp yang buat kawan kagum dengan kebolehannya bermain drum. Iaitu 'perjuangannya'. Maka, tahniah buat Kerp, di mata kawan, kemampuan anda bersama drum di atas pentas sambil berlawan dengan emosi sendiri dan akhirnya menamatkan persembahan sampai ke penghujung lagu, sangat hebat! Satu-satunya drummer perempuan malam itu! Bravo!

Sebagai penutup, ingin kawan limpahkan rasa terima kasih kawan buat guru gitar kawan, Pak Sethya Budi. Beliau bukan sekadar gitaris yang menakjubkan, malah seorang guru dan motivator yang hebat. Terima kasih atas masa, tenaga dan nasihat yang diluangkan, Pak Budi. Dan buat Kerp dan Yati, terima kasih. Kehadiran kalian melengkap rasa kekurangan kawan semalam. Nasihat dan sokongan kalian benar-benar bermakna.

Maafkan kawan kalau tak semua yang tahu tentang hal ini. Kawan ingin sekali bercerita sebelumnya tetapi malangnya kawan tak tahu bagaimana harus memulainya. Di hati kawan, kalian masih tetap kumpulan manusia yang istimewa.

notakaki:: hurm..

7 comments:

ak_0143 said...

mmm takpe...
yang penting dah cube kan..
at least leh gak men...
aku dah brapa kali blaja ngn kwn.. tatau gak...
malas nak try lagi...

at least dah try... mana tau nanti wat konsert akustik sendri lak kan! huhuhu

Jie said...

hebatnya kuden.....clap!clap!

artisticklytouch said...

lu maen lagu pe bro? lagu inul bleh? ada berani?

azrid said...

kelahh mu kuden...
tapi drummer ppuang tu kelahh lg...

Pato & Pearl said...

ada gaya lah kuden..takpe jadikan ia satu "stepping stone" untuk maju kehadapan..malaysia boleh kan...hehehe
Wow, the girl on the drums is just so cool!!

Pearl

g3rm said...

eh,ramai yang cakap the female drummer is so cool.sape la die tu ekk??aku pun nk berkenalan gak!

kah kah kah!

those were the good times..

MyRainbowDiary said...

Perempuan.. play the drum.. Huh.. Rawks!!! Go Girl.. Kurt Kude.. haha.. r u a big fan of lagendary Kurt Cobain (Nirvana)