09 April 2008

Jerat Ayam Kapan

"Weh.. Ko jaga hujung sana, aku tunggu bawah pokok rambutan" Sukri mengangguk dan terus ke belakang jamban.

Karim menunduk di bawah pohon jambu air sementara Tarmizi di belakang perigi buta. Serius sekali wajahnya. Dan, Azhar cuma membatu beberapa meter dari Tarmizi.

"Tunggu aku kira.." bisik Karim perlahan. Azhar mengangkat kening. Tarmizi mengangguk.

"Satu.." Mereka merapat ke tengah.

"Dua.." Dan, setapak lagi ke tengah.

"Tangkap!"

Ayam kapan warna hitam itu mencicit lari ke bawah rumah. Azhar cuma tercengang melihat ayam itu lari di bawah kangkangnya.

"Ok Ok.. kita cuba cara lain" Tarmizi bersuara. "Apa kata kita pasang jerat?"

Semua terdiam dan saling memandang.

Ada tiga perangkap di pasang, satu di belakang jamban, satu di bawah pohon rambutan dan satu lagi di tepi perigi. Karim, Azhar, Sukri dan Tarmizi diam di bawah rumah. Menunggu perangkap ayam kapan itu mengena.

Mereka menunggu dengan sabar. Diam dan tak bersuara. Namun, masa bergerak terlalu perlahan, sehingga sabar bertukar bosan.

"Ok, aku dah bosan" Sukri berdiri. Tarmizi cuma mencebik. Dan lalu keempatnya pulang ke rumah masing-masing sebelum azan Maghrib berkumandang.

Di suatu petang yang cerah, Azhar dan Karim berjalan pulang dari sekolah. Sayup-sayup, terasa seolah-olah ada yang menyebut namanya.

"Azhar! Azhar!"

Azhar berpaling. Tarmizi termengah-mengah dengan basikal kuningnya.

"Pak Teh!"

"Kenapa dengan Pak Teh?"

"Ayam kapan Pak Teh masuk perangkap kita tapi mati sebab semalaman tak makan"

5 comments:

ak_0143 said...

errr... apsal aku rasa macam tergantung je ini criter...
adakah aku sudah terkene perangkap jugak smpai rasa digantung??? =)

Mr. Manager said...

Wow.

This is turning me ON!

Kurt Kuden said...

ak_0143, hehe.. ntah aku pun tak tau.. tak reti da nak sambung. so stop kat sini je la..

mr manager, hahaha!

Neeza Shahril said...

ayam kapan tu apa? ayam akak tahu, kapan pun akak tahu. Tapi ayam kapan tu..... ayam masuk keranda ke?

Kurt Kuden said...

neeza shahril, haha masuk kranda! haha ayam kapan ialah ayam saiz dan ukuran dia mcm ayam serama tapi tak semahal atau sekelas ayam serama laa.. bwah sket dri ayam serama hehe