20 April 2008

To 'TER' is human..


Bila kali terakhir anda TERtidur dalam bas?

Kali terakhir kawan ialah hari Khamis lepas. Mungkin sebab letih berpanas dekat Fakultas Ilmu Budaya pada siangnya, maka apabila kawan naik bas ke Gejayan, kawan sempat tertidur.

Sedar-sedar bas sudah beberapa puluh meter dari tempat dituju. Bila bangun dalam hati terus gelabah, tetapi tak nak lah tunjuk depan penumpang lain kalau kawan sebenarnya tertidur dan dah terlajak. Kawan tahan sikit dan tak terus berhenti sambil buat muka seolah-olah lambat lagi nak sampai, lepas itu perlahan-lahan kawan bangun dan turun seperti tak ada apa-apa yang berlaku. Al-hasilnya kawan terlajak hampir satu kilometer. Kemudian barulah mencanak-canak kawan naik bas lain sebab dah betul-betul lambat.

Pelajaran VII:: Jangan tidur dalam bas!

photocredit:: © ABC news

9 comments:

Mr. Manager said...

Kudeeeeeeeen, Kuden.

Neeza Shahril said...

hehe.. kesian dia. kena cari bas lain pulak.
Akak tak pernah tido sampai terlajak rasanya.
Sebab akak memang jenis gelabah bila naik bas. Takut terlepas destinasi..

ak_0143 said...

moral of the story ; cover itu penting! huhu

HLiza said...

Tertido ni kes biasa..pernah tido masa prep dan kepala bergoyang 360 darjah..sampai satu kelas dok gelakkan..

pernah tido dlm bas sampai terlajak destinasi..teksi jgn cakaplah.

sekarang tido masa drive. Memang gila..

HLiza said...

He he..kalau ada apa2 ceramah, tak kira ceramah ugama ke..lecture ke..product training ke pun akak memang calon favourite yg jadi tumpuan ramai sebab tido dgn selambanya..

artisticklytouch said...

ye...tido itu memang best. Pernah tido masa kutbah Jumaat, sedar-sedar orang dah angkat takbir he he

mad redo1 said...

mad redo1 pernah tido dalam komuter, nak turun kat putra, belakang bukak mata sudah sampei segambut... mujur cross jejantas jek untuk naik semula train sambil maintain "inilah destinasiku" look... hehehe...

Kurt Kuden said...

mr manager, Heeeeeeeee.. ;-)

kak neeza, hehe! tapi kalau da ngantuk nak wat camne kak? tak leh tahannnn!! haha

ak_0143, Haha!! Yeszaaa!! I cudnt agree more haha

kak hliza, haha!! betul. saya suke tido dalam bas. tak tau sbb ape. tp pokoknya best la haha.. akak tido time ceramah? haha saya suke tgk org tido time ceramah sbb dgn tersengguk2 nye mcm org mancing ikan haha

tapi tau tak kak, kat indonesia, presiden indonesia pantang org tidur time ceramah, sapa tido, main hp bercakap akan kene buang kerje.. huuu scaryy


art_touch, hehe tido time khutbah tu yg berdebar tu. sebab penah denga pakcik depan saya tido sambil berdengkur!! maluu seyy!! hahaha apatah lagi kalau jenis drooling kan haha

abg mad, haha!! betul! betul! dalam ati, Tuhan je tau betapa malunya hahaha

Pato & Pearl said...

hehehehe..i know tat panic feeling...pernah tau satu ketika I naik MRT..alih alih...TERsadar dah hujung tanjung....(time time sekolah lah...sekarang tak...hehe) Maintain..maintain..

Pearl