18 April 2008

Merajuk Dengan Diri Sendiri


Pernahkah anda beli barang baru kemudian tak sampai satu hari benda itu rosak gara-gara 'tangan' anda sendiri? Contohnya, beli handphone baru, tetapi tak sampai satu hari dah tercalar.

Ini yang berlaku pada kawan semalam. Tak sampai tempoh 3 jam kawan beli benda itu, benda itu rosak. Bukan rosak sebab benda itu yang 'tak betul' tapi salah kawan sendiri yang cuai.

Semalam, kawan merajuk dengan diri sendiri. Kawan letak benda tu tepi katil dan lepas itu terus tidur. Malas nak fikir. Lagi difikir lagi tertekan. Dalam hati geram tetapi tak tahu nak marah pasal apa. Alhamdulillah, bangun pagi tadi dah O.K, dan lepas ini kena pergi lagi beli balik, sebab benda itu penting.

Sudahlah duit kering, kena beli lagi. Kalau murah tak apa lah jugak.

Pelajaran VI:: Tidur mungkin salah satu cara mengatasi geram. Paling tidak, lebih baik daripada marah orang lain tak tentu pasal.

photocredit:: ©Mercola - Take Care of Your Health

9 comments:

cendawanintim said...

sabar ok, len kali hati2..

Mr. Manager said...

Kuden, Kuden.

ak_0143 said...

kalo mrajuk ngn diri sndri sapa nak pujuk haa???
tak best la mrajuk cmtuh, takde org pujuk... huhu

tapi mmg tido boleh melegakan segalanya...
jadi mari tido!

Kurt Kuden said...

cendawanintim, hehe tq! insya-allah... hehe

mr manager, haha! sorry wat u keliru!! sorry... ;-P

Kurt Kuden said...

ak_0143, hehe.. tu la pasal. nak merajuk lebih2 pun takde org nak pujuk kan.. suh mimpi la pujuk.. so kene la tido haha

ak_0143 said...

ehem! suh mimpi pujuk tuh, as if mimpi basah ke???
hahahahahaha



lariiiiiiiiiii

Kurt Kuden said...

ak_0143, hahahaah takleh cakap bende2 berbaurrrrr tak senonoh kat sini ok haha ni famly blog tau haha

Neeza Shahril said...

apa yang kuden beli tu? cepatnya boleh rosak..
tapi kalau salah sendiri, apa2 pun boleh rosak kan..
sabor sabor.. ada hikmah tu..

Kurt Kuden said...

hahaa! tu la pasal kak! plg geram tu sbb salah sendiri la haha eh cop, kalau salah barang tu memang geram jugak kot.. geram dgn pennjual die skali haha