16 April 2008

Kisah Kegemaran

Dalam banyak-banyak kisah menarik yang pernah berlaku zaman Rasulullah SAW, ada satu kisah yang menjadi kegemaran kawan sampai sekarang. Dan kisah ini menjadi pengingat buat kawan saat kawan lupa.

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan,

‘Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya’.

Begitulah akhlak Rasullullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang yang bukan Islam pula.

Teman-teman, kawan sering lupa. Jadi buat mereka yang pernah tersinggung dengan kawan, kawan mohon maaf. Sesungguhnya, kawan tak ada beza dengan manusia biasa yang lain. Lupa itu nama kedua kawan.

notakaki::Kawan lupa sumber kisah ini yang tepat dari mana. Nanti kawan cerita lagi.

5 comments:

Vernon Kedit said...
This comment has been removed by the author.
Vernon Kedit said...

Last night I was watching a documentary on History Channel, Astro. The Life of Prophet Mohammad. Interesting.

Neeza Shahril said...

pernah jugak akak dengar cerita ni. Tapi tak tahu pulak limau tu dari perempuan dan perempuan kafir pulak tu..

Thanks kuden share cerita ni ye..

AK said...

thanks sbb kongsi!

Kurt Kuden said...

mr manager, owh eh? waaa besnye ade kat msia leh tgk tv puas puas mcm2 cerita.. ;-(

kak neeza, no prob.. tu la. saya gi cari cite ni sbb tibe2 rase nak bace balik hehe

ak_0143, hehe u r welcome