28 August 2008

Capreoo Sebelum Anatomi

Mas Nasrul menutup kelas tambahan Anatomi pada jam 2 petang tadi. Penat lenguh semua ada. Itu peluang terakhir kami untuk belajar menggunakan mayat-mayat kerana hari ujiannya adalah ESOK! Oh tidak. Banyak lagi istilah-istilah yang belum melekat di kepala ini. Banyak lagi nama-nama bahagian mata, hidung, tekak dan telinga yang belum sempat kawan singgah dan bermesra. Banyak lagi!

Isk. Memikirkannya sahaja pun dah cukup memenatkan.

Kita rehat dulu lah. Mari kita sama-sama turun dari Angkut tepat-tepat di Pandan Leaf Bakery dan masuk ke dalam dan duduk dan pesan Capreoo.

Ueeennaaakkk!!

Jadi teman-teman, kalau singgah beli roti kat sini, jangan lupa beli Capreoo sekali. Oh ya, mintak mas itu untuk tambah whipped cream. Uuuenaaakk!

Bagi kawan, Pandan Leaf antara tempat yang menyediakan minuman yang boleh tahan, walaupun roti-roti dia... (sambung sendiri)

2 comments:

ak_0143 said...

blog ini kan....
hurm
hurm
hurm

mmg satu blog yang tak boleh dibaca dibulan pose!!!

Kurt Kuden said...

ini saje je ni nak test kekuatan mental ko.. hehe bejaya tak aku? haha