28 August 2008

Wa Tu Ka Fe

Sejak minggu lalu lagi, Dikky ajak kami untuk cuba Wa Tu Ka Fe. Katanya, ini antara kafe yang memiliki jam operasi melangkaui 24jam, yang juga sebenarnya agak jarang-jarang kalau di Jogja.

Tapi kami tidaklah menunggu awal pagi setelah jam 12 tengah malam baru mahu ke sana. Masih banyak lagi kerja yang boleh kawan buat dari tiba-tiba ke sana di tengah-tengah malam buta. Lebih-lebih lagi ujian Anatomi cuma tinggal dua hari sahaja. Haish. Jadi, sementara membelek anatomi, kami curi-curi waktu sendiri ke Wa Tu Ka Fe. Mujur ada Dikky, dan keretanya. Kerana mereka berdua, kami tak perlu runsing-runsing berfikir untuk pergi ke sana dan balik lagi. (tepuk tangan lah)

Payal sudah di Jogja. Ohoho tiba-tiba saja ada iklan ini

OK. Wa Tu Ka Fe agak sepi. Tak tahu sepi kerana malam itu bukan malam minggu atau memang itu suasana sebenarnya, SEPI. Tapi kawan memang tak kisah. Yang penting, kawan bersandar, kaki lurus dan bontot di kusyen empuk sambil menikmati Hazelnut Coffee Blend.

Malam pun kian pekat. Dan ada antara kami, pandangannya mula redup. Mengantuk. Bukan salah kopi tak cukup kuat, mungkin fisiologi badan sudah lama imun terhadap caffeine. Atau mungkin penat hari itu dah tak tertanggung oleh apa-apa pun sehingga cuma katil bantal dan selimut menjadi jawapan.

my fair pink lady

Kawan lah tu. Haha

Kawan tidur dulu. Selamat malam.

5 comments:

Kujie said...

lor..lupa katup lampu ni..

arsaili said...

salam..puasa dan raya di perantauan ke?

Kurt Kuden said...

HAHA kak kujie.. saye ngantuk ngat.. dok tahan doh.. dok ingat nok katuk haha

salam.. puasa di di sini.. tp raya di terengganu laaaa hahaha lame tak nampak ko ..

ak_0143 said...

serius la blog ni mmg nak kene ban dengan gue!!!
huhu =p

Kurt Kuden said...

sabar bang! sabar! bawak mengucap bang! haha