06 September 2008

Berbuka Bersama Duta Malaysia di Indonesia

Kami buat keputusan untuk ke sana agak lewat. Sampai-sampai sahaja Jas atas pentas sedang bersyarah. Semua meja hampir sembilan puluh lapan peratus penuh. Mujur meja Yek dan kawan-kawan ada sisa dua kerusi. Walau paling depan dan sebelah meja VIP, tempat yang kalau boleh kami tak berminat sebab paling jauh dengan makanan, terpaksalah juga kami ke sana daripada duduk ke mana-mana entah. Tapi tak apa kami yakin, kalau sudah rezeki pasti tak ke mana kan? kan?


Inilah dia Duta Malaysia di Indonesia. Nama dia macam dekat banner tu. Biasalah, tengah-tengah ucapan itu mesti ada tepuk-tepuk tangan masa beliau keluarkan punch-line kan. Tapi kawan lupa apa kata beliau. Orang tepuk, kawan pun tepuk lah. Kata supportive.


If: Idid bangun! Jangan tidur
Yek: Lambat lagi ke buka ni?
Idid: Saya lapar.. saya lapar..

Dan seperti yang dah tertulis di atas itu, kalau meja kawan sebelah meja VIP. Cuba teka siapa ada di meja itu? Bukan yang baju melayu warna merah jambu itu.

Gana!! yang sesekali anda boleh dengar dia ketawa dan tahu bahawasanya ketawa dia tak ikhlas melainkan ambik hati orang-orang penting di meja itu hahaha

Selepas Farizi mengumandangkan azan Maghrib dan membaca doa berbuka puasa, kami berpusu-pusu ke belakang cari makanan. Tetapi sebutir nasi pun tak ada. Melainkan kuih dan minuman.
Lumpia dan cendol yang sedap

Syarat untuk makan nasi dengan lauk-pauk yang sedap, kita semua kenalah pergi solat Maghrib berjemaah dulu. Maka, kami cepat-cepat pergi ruang solat dan berdiri paling kiri; lokasi paling dekat dengan pintu ke tempat makan. Harus dong!

Arip yang tertolak-tolak sehingga ke tengah-tengah saf haha

Selesai Isa menghabiskan bacaan doa selepas solat, kami tak sedar bagaimana pinggan berisi nasi penuh dengan lauk sudah di tangan. Sebabnya, kami bergerak sangat cepat sehingga kami sendiri pun tak sedar. Hebat sungguh kan?

ayam goreng+belado paru+baby buncis udang+kakap mayo+keropok udang yang sedap

Buah-buahan yang rasa macam buah-buahan.

Sup. Err.. Sup apa-kah ini?

Terima kasih kepada pihak penganjur. Lain kali kalau buat lagi, kawan akan berusaha untuk tak cuma berselipar jepun seperti malam ini. Haish. Manalah saya tahu makan kat sini..

Selamat Bersahur!

7 comments:

rean said...

ko pakai selipar ke kuden??
ish ish ish..

btw, nama sup tu sup jagung manis. XD

Kurt Kuden said...

haha ramai je pakai slipar.. tp slipar aku agak slipar toilet sket laa.. mase amik wudu nak solat, sme org pinjam slipar aku.. siot hahah

ohh itu eh name dia ahah tq tq

:+:+:+:ayenaucyuk:+:+:+: said...

eh aku kenal pakcik tuu..pakcik tu dh dtg surabaya dlu.. uwek!! heheh..pakcik Duta tersebut pernah bertugas kat Vancouver mse aku ade kt sane..slalu gi tgk cite P.Ramlee kat umah die..mak aku kate laaa...aku tak ingt papee..hahaa

comel la ko nih kuden panggil aku ayena..huehue

Kurt Kuden said...

haha da tulis ayena, panggil ayena la haha pak cik tu penah cite gak penah gi sana sini.. tp best la banje2 mkn mcm tu haha jrg weh kt jogja makan best. tu yg jakun sampai taruk lam blog haha

Kujie said...

kudenn.... kenapalahhhh menunya sedap2...kak jie hari2 simple je..bile nk ade special mcm tu..heheh

Kurt Kuden said...

haha tah la kak. saya pun heran haahha alaaa kak.. ni sekali sekale je.. biasanye makan nasi sayur ayam goreng cam tu je.. takde spesel2 cam ni pun haha tu pun nasi bungkus

ak_0143 said...

mmg blog ni nak kena letup...
tak abes2 entri makanan

slamat aku baca tgh aku nak sahur ni...
kalo tak...
mmg aku antar virus ke blog ni!
huhuhu