09 September 2008

Ke KM 10,9

Awalnya, kami bercadang ke Roti Jala Kari Kambing, tetapi sesampai di sana baru kami tahu tempatnya tutup. Kecewa. Tetapi mujur kami telah sediakan rancangan kedua - Waroeng Djokja Seafood & Grill di Jalan Kaliurang KM 10.9.

Ternyata, Waroeng Djokja tak hanya sekadar nyaman di mata malah puas sekali bila hidangannya singgah di lidah. Manisnya cukup, pedasnya aman.

Nasi putih, udang galah, cah kangkung dan sambal

Nasi putih, ikan bawal, sambal dan cah kangkung

Cah Brokoli

Tak banyak yang diharapkan sempena ulangtahun ke-22 Anua kali ini melainkan duduk bersama teman-teman dan menikmati juadah yang menyelerakan. Rasanya cukup nyaman sekali.

Jadi Anua, semoga di tahun-tahun akan datang, kau akan tumbuh sihat dan kuat. Bila kahwin jangan lupa ajak ok.

2 comments:

ak_0143 said...

Jadi Anua, semoga di tahun-tahun akan datang, kau akan tumbuh sihat dan kuat. Bila kahwin jangan lupa ajak ok.

hahaha
perkataan kawen diletakkan selepas sihat dan kuat...
hahaha

Kurt Kuden said...

haha betul la
tak sehat n kuat camne nak kawin
nanti lutut longgar haha