30 October 2008

Apa khabar semua?

Walaupun sudah 1 Zulkaedah, tetap ada lagi insan-insan yang rezeki lebih dan bermurah hati buat jamuan hari raya. Ini yang kawan suka ini. Makan-makan sampai gemuk sehingga dah tak ada baju ketat gameshow Bolos itu boleh muat dengan kawan.

Oh ya, musim hujan dah mula turun dengan gembiranya di Terengganu. Angin monsun timur laut sudah mula bertiup mengikut jadual alam, sehingga cuaca petang di Terengganu tak lagi cerah dengan panas matahari, bak kata pepatah, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Sesuai sungguh kata-kata orang tua-tua itu. Memang mencurah-curah hujan yang turun, dan kalaulah tak berhenti di malam harinya, pasti melimpahlah air Sungai Gelegoh itu mencium jalan.

Kawan suka musim ini, rasa macam budak-budak kecil negara atas angin yang teruja supaya salji turun bila tiba hari natal. Begitulah betapa kawan sukanya nak tunggu musim hujan turun, walaupun semua pada maklum yang kalau sudah masuk musim tengkujuh memang tak berapa jauh kaki nak melangkah. Dan katil bersama selimut, itulah teman terulung.

Kalau zaman sekolah rendah dulu, musim ini memang pestalah. Bila satu hari hujan tak turun, memang terus naik basikal jelajah belakang kampung cari jalan yang mula naik air takat-takat paras lutut. Kemudian redah air banjir itu dengan basikal laju-laju. Sampai kampung mana pun kami tak tahu. Sebenarnya, satu sen pun tak ada faedah buat benda itu. Motif apa pun kawan tak tahu. Bukan kenyang pun. Basah seluar baju dan kena gigit lintah pacat dapatlah. Tapi tak tahu apa yang buat kami berhobi semacam itu. Mungkin kempunan nak naik jetski tapi tak dapat kot.

Itu cerita lama. Cerita lama ini orang kata jangan dikenang. Kalau dikenang, mulalah nak sedih-sedih. Semangat pula kawan bercerita malam ini. Sebelum tutup cerita kali ini, eloklah kiranya kalau kawan menunjukkan gambar kuih-muih tradisional yang sempat menjengah rumah kawan pagi tadi. Ma beli masa dia pergi menjual di Pasar Binjai Rendah pagi tadi. Seperti biasa, yang buat kuih-muih tradisional ini warga emas semuanya. Anak-anak muda, menjual bolehlah. Tapi ramai kah? Anak-anak muda berapa keratlah sangat nak kerja jual-jual kuih-kuih kampung ini. Makan asap saja lebih. Baik jual cupcake, lagi glamorkan. Hai, hari ini bolehlah rasa, esok lusa siapa tahu, kalau dah tak ada siapa yang minat nak buat, tak merasalah anak cucu kita esok. Kalau nak tengok kuih kusu, kenalah tengok dalam setem saja.


Mengarutnya kawan malam ini.

5 comments:

mad redo1 said...

sedak sungguh ngarung air sapa ke losong beno dedulu... hehehe... le ning air naik sapa buku lali je... tu pung kalu naik...

Kurt Kuden said...

air lening dok tau air mende abg mad.. mcm2 ade dlm sungai tu ahahha.
kalu dulu pn kotor doh, lening lagi la koho kotor haha

ak_0143 said...

ko ni mmg ptg stim...
aku bawu nak feeling2 ko kembali ke zaman kanak2, skali ada je entri makanan!

anda mmg siot!!!

Kurt Kuden said...

terima kasih datang lagi hahaha

marwan masri said...

excuse me ...
kusu dengan kepala ???
hahha ..