29 October 2008

PekNek

Bosan petang ini paksa kawan untuk paksa Ma buat kek segera. Iya, kek segera yang bahan-bahan dia dah siap adun dalam kotak itu, dan kita cuma perlu tambah 5 butir telur. Memang tak pernah cuba pun, Ma pun tak pernah tengok, cuma kawan gatal-gatal tangan dan menggunakan alasan esok dah Ahad dah nak balik Jogja dah untuk paksa Ma beli masa pergi Sabasun hari itu ha ha.


Enon pun ada. Dia seorang sahaja yang ada kat rumah sebab yang lain kat sekolah lagi. Haih budak-budak zaman sekarang sekolah sampai pukul 5-6 petang, sekolah apa pun kawan tak tahu lama-lama sangat. Maka, bersama Enon, kami pun peknek (baca macam Haji Bakhil sebut picnic dalam Nasib Si Labu-Labu) belakang rumah. Penuh kayu kayan rumput rumpai keliling buaian yang memang tak sesuai langsung nak peknek tu.

Oh ya, kek dah siap. Tahu tak rasa dia apa? Dia rasa MANIS! Ha ha pening kepala kawan sebab manis sangat. Dah lah bancuh sirap manis. Sampai sengal gigi-gigi makan sebab manis sangat. Tak habis pun, tapi tak apa, lepas maghrib kawan tahu siapa yang boleh habiskan. Ya, ada 5 lagi lanun-lanun yang boleh habis kan. Mujur tak membazir. Geliga sungguh kawan.

Tak lama kawan kat belakang sebab Enon dah membebel kena gigit nyamuk.

4 comments:

ak_0143 said...

ko ni mmg rajen ye buat segala keje semata2 nak memuaskan NAFSU makan ko...
haha

ko buat aku nak try buat kek lak pasni...
siot!

missy suzi said...

tajuk n3 bkn psl food..
rs nk bace gak..
tup2..dan lagi cite psl food die..
adoilaa..hahaha.
mcm ble blk jogja dh xmkn dh!
kehkeh~

Kurt Kuden said...

ak_o143, haha nak buat macam mana.. aku rasa tu hobi terbaru. nanti da bosan tukar la

suzi, haha blk jogja mkn ayam bakar ngan sambal je la ari2.. haih.. takpe2 bsyukur ape yg ada.. ain la ni bukan nak masak.

missy suzi said...

ain loot masak pe..
arituh die msk rendang..
heboh 1 ym!!hahahaha..
ko rs x rendang die??